Ahad, 29 April 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Program Pentas Gawai WAI FM Iban <b>di Lubok Antu</b> 5 Mei ini

Posted: 26 Apr 2012 03:48 AM PDT



SRI AMAN, Rabu (25 April) – Penduduk dari kawasan Lubok Antu dijemput untuk memeriahkan Program Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 yang akan berlangsung di Rumah Jubang, Sebangki Panjai, Lubok Antu pada 5 Mei ini.
Jurucakapnya Monica Midi menerusi siaran media hari ini memberitahu Program Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 itu nantu akan bermula pada jam 6.30 petang di rumah panjang tersebut.
"Program yang diadakan pada setiap tahun ini akan dirakam bagi tujuan siaran di radio (WAI FM) pada 31 Mei kelak bersempena dengan sambutan perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun tahun ini.
"Ia akan didahului dengan jamuan makan malam kepada para hadirin sebelum upacara perasmian oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak pada jam 8 malam," menurut beliau.
Sebaik sahaja selesai upacara perasmian tersebut, para hadirin kata Monica akan dihidangkan dengan persembahan nyanyian lagu oleh beberapa orang artis rakaman Iban popular di negeri ini.
Antara artis rakaman Iban yang akan mempersembahkan lagu masing-masing pada Program Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 itu nanti ialah Dom Romeo, Achan, Ita Medin, Jennarino Jeraki, Betty Bawing dan Ranne Pat..
"Program Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 ini turut diserikan dengan persembahan sketsa oleh Bunyau (Stonton James) dan Bunyau (Ken Michael) dari Bahagian Iban WAI FM.
"Malah, mereka juga berpeluang untuk bertemu dengan beberapa orang juruhebah radio WAI FM yang lain disamping mengambil bahagian dalam acara cabutan tiket bertuah serta kuiz pada program itu nanti," katanya.
Justeru orang ramai dari sekitar kawasan Lubok Antu kata Monica dipelawa untuk memeriahkan Program Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 terbabit di Rumah Jubang Bin, Sebangki Panjai pada hari yang dinyatakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads