Jumaat, 6 April 2012

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Lebih banyak persatuan bekas tentera lebih bagus <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 23 Mar 2012 03:49 PM PDT

THOMAS LING

SIBU: Penubuhan pelbagai persatuan bekas tentera dilihat tidak mendatangkan sebarang keburukan kepada bekas-bekas tentera.

Sebaliknya menurut Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) Thomas Ling, penubuhan persatuan bekas tentera dapat membantu kebajikan bekas tentera yang terabai.

"Kalau hanya bergantung kepada persatuan yang sedia ada, adalah agak sukar dari segi sumber manusia yang dialami persatuan. Ini kerana kebanyakan bekas tentera berada di luar bandar," jelasnya.

Ling menyambut baik usaha penubuhan pelbagai persatuan bekas tentera yang disifatkannya dapat membantu menyelesaikan masalah bekas-bekas tentera dalam menjaga kebajikan serta kepentingan mereka dalam persatuan.

Tambah beliau, setelah mengadakan 14 kali aktiviti turun padang dan perjumpaan dengan bekas-bekas tentera, seramai 15 bekas Sarawak Trackers dikenal pasti di Pakan, Engkilili, Limbang, Kanowit dan Sibu.

"Kebanyakan bekas-bekas tentera ketika ditemui pada perjumpaan, mengalami pelbagai masalah seperti tidak mempunyai kad bekas tentera dan buku pengakuan perkhidmatan.

"Disebabkan masalah tersebut, mereka tidak boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan di hospital secara percuma. Pentingnya berdaftar dengan persatuan," ujar beliau.

Katanya lagi, persatuan turut akan mencalonkan nama 15 bekas Sarawak Trackers untuk mendapatkan pengiktirafan Pingat Jasa Malaysia atas jasa dan sumbangan mereka ketika berkhidmat dalam ketenteraan.

Meskipun baharu diiktiraf pada 1 November 2011, PVTMS kini mempunyai seramai hampir 500 ahli dan menyasarkan 1,000 hingga 2,000 ahli pada tahun ini.

"Saya amat berharap ahli-ahli yang berdaftar dapat membantu persatuan bersama-sama mencari veteran-veteran tentera agar kebajikan mereka turut terjamin.

"Persatuan sedia membantu dari segi bantuan-bantuan yang boleh dipohon daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Bantuan ini adalah seperti bantuan sara hidup, bantuan persekolahan bagi tanggungan, bantuan bencana alam dan sebagainya," jelas Ling.

Tambah Ling, PVTMS akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas tentera di Kanowit yang diadakan di Dewan Masyarakat Kanowit hari ini pada jam 8.30 pagi diikuti di pejabat SEDC Meluan, Julau pada jam 2 petang.

Beliau turut menasihati bekas-bekas tentera yang ingin mendaftar sebagai ahli, agar menyediakan Bat D 92D/Kad Bekas tentera atau BAT92/Buku Akaun, tiga keping gambar pasport, salinan kad pengenalan, yuran RM20 untuk seumur hidup dan RM80 bagi baju korporat persatuan.

Menurut Ling lagi, bagi bekas-bekas tentera yang berminat menceburi bidang pertanian terutama penanaman getah, dialu-alukan untuk mengikuti Program Penanaman Getah yang ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA).

"Kita ada menyediakan borang permohonan bagi mengikuti program pada majlis pertemuan itu nanti," jelas beliau.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Ling melalui talian 013-8017056 ataupun pejabat PVTMS (084-349755).

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads