Rabu, 29 Februari 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Abdullah Saidol Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri - <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 10:22 PM PST

ADUN Semop Abdullah Saidol akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri esok hari.

Majlis dijadualkan bermula pada sebelah petang esok itu akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri.

Beliau menggantikan Abdul Karim Rahman Hamzah yang kini menganggotai kabinet negeri sebagai Menteri Muda Pembangunan Belia dan Menteri Muda Perumahan.

 Sebelum ini Abdullah juga dipilih sebagai timbalan pengerusi Kelab ADUN Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Malaysia.

Abdullah merupakan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Sarawak, juga menggantikan Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdullah menang dengan majoriti besar di Semop dalam Pilihan Raya Negeri Ke-10, selepas menggantikan Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Abdullah ketika dihubungi, menjawab dengan SMS berkata: Perlantikan ini adalah satu amanah serta tanggungjawab yang harus di pikul selaras dengan agenda politik pembangunan dan perpaduan kaum yang menjadi teras agenda politik BN yang sering kita dengar menjadi intipati ucapan serta pesanan YAB KM Sarawak. Insyallah, saya akan sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik menepati falsafah dan agenda politik ini untuk kesejahateraan kita bersama di negeri Sarawak tanah tumpah darah kita. Kita harus berkerjasama dan bersatu di semua peringkat masyarakat.

Pilihan raya umum Jun depan? - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 26 Feb 2012 10:42 PM PST


Dr Jeniri Amir
Kebelakangan ini saya sering ditanya, bilakah pilihan raya umum ke-13 akan diadakan?
Sesungguhnya, ramai yang ingin mengetahui tarikh penting itu. Sejak sekitar setahun lepas lagi, begitu banyak tukang ramal yang membuat tekaan silap. Ketika agensi berita antarabangsa AFP bertanya tentang soalan yang sama tahun lepas, saya mengatakan besar kemungkinan bulan Jun tahun ini. Sama ada tekaan saya itu betul atau tidak, hanya masa yang dapat menentukannya.
Sebelum ini, ramai yang meramalkan PRU13 itu bakal diadakan Mac, tetapi disebabkan dua faktor utama yang menyelubungi kerajaan Barisan Nasional, maka tarikh itu dikatakan tidak lagi sesuai. Pertama, membabitkan NFC iaitu bersabit  isu  lembu dan kondominium yang ada kaitan dengan keluarga salah seorang menteri kabinet. Kedua, adalah berkaitan dengan skim gaji baharu yang begitu kontroversial, sehingga dikatakan mengecewakan sebahagian besar penjawat awam kerana tidak menepati janji yang diberi, selain dilihat terlalu memihak kepada penjawat tertinggi.
Kita boleh terus membuat ramalan dan memberi tarikh baharu setiap kali tarikh yang diteka berlalu. Hanya Perdana Menteri dan beberapa orang kepercayaan beliau yang mengetahui bila pilihan raya akan diadakan.
Namun, yang pasti tidaklah terlalu dekat. Bulan Mac adalah terlalu awal. Saya masih percaya bahawa pertengahan Jun adalah jangkaan yang terbaik, iaitu dua minggu selepas perayaan Hari Gawai Dayak dan Keamatan di Sarawak dan Sabah dan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum  bulan puasa yang dijangka pada 23 Julai. Tidak mungkin pilihan raya diadakan pada tahun depan.
PRU13 merupakan pilihan raya yang begitu penting bagi BN dan Pakatan Rakyat. Ketika BN berusaha keras untuk mengekalkan kuasanya, Pakatan Rakyat pula mernafsu besar untuk menakluki Putrajaya.
Mengikut perkiraan saya, tidak mudah untuk Pakatan Rakyat menewaskan BN dalam pilihan raya akan datang selagi majoriti kerusi di Sabah dan Sarawak masih digenggam oleh BN. Berdasarkan kenyataan beberapa pihak dalam BN Negeri Sarawak, mereka yakin untuk menguasai sekurang-kurangnya 24 atau 25 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini.
Pada pilihan raya umum 2008, BN menguasai 30 kerusi. DAP memenangi kerusi bandar Kuching, sebelum satu lagi kerusi jatuh ke tangannya dalam pilihan raya kecil Sibu pada 2010. Untuk pilihan raya nanti, SUPP dijangka tewas di lima kerusi bandar. Dijangka dua kerusi luar bandar milik PRS dan SPDP juga akan dimenangi Pakatan Rakyat. Adakah mungkin kerusi Mas Gading, Hulu Rejang, Saratok atau Baram terlepas daripada tangan BN?
Agak mudah untuk membuat ramalan tentang tarikh pilihan raya. Petanda jelas adalah, lihat sahaja pergerakan dan aktiviti membabitkan pemimpin tertinggi negara, khususnya Perdana Menteri dan timbalan beliau. Adakah mereka luar biasa ligat atau sibuk dengan pelbagai aktiviti di pelbagai tempat? Jika mereka semakin banyak turun ke padang berjumpa dengan rakyat, maka ini merupakan petanda jelas bahawa gendang perang semakin dekat.
Jika mereka banyak menjelajah ke pelbagai pelosok negeri dari Perlis hingga ke Sabah, sudah terang lagi bersuluh bahawa, tidak lama lagi pilihan raya bakal diadakan. 
Tengok sahaja pergerakan Perdana Menteri pada hujung minggu lepas. Pada hari Jumaat, beliau berada di Melaka, manakala pada pagi Sabtu beliau menjelajah ke Kedah, sebelum berangkat ke Sibu pada sebelah petang. Pada pagi Ahad pula beliau sudah berada di Selangor, negeri yang benar-benar mahu dikuasainya balik dengan apa-apa cara.  Jelas kelihatan bahawa pergerakan beliau semakin intensif, dengan menjelajah ke segala ceruk dan pelosok negara. Segala tindak-tanduk pemimpin tertinggi akan membawa isyarat dan kesan tertentu terhadap rakyat.
Dalam pertemua sedemikian, sedapat mungkin mereka  dan juga para pemimpin lain, termasuk di peringkat negeri ingin berjumpa dengan sebanyak mungkin rakyat. Apakah yang dilakukan oleh pemimpin berkenaan ketika berjumpa dengan rakyat?
Selain memberi makanan dan minuman percuma, mereka cuba sedaya upaya untuk berjabat tangan dengan seramai mungkin rakyat dan pengundi.  Mereka ingin kehadiran mereka dirasai oleh rakyat sesuai dengan slogan, 1Malaysia: Rakyat didahulukan, presasi diutamakan. Mereka juga mahu mendengar rintihan dan masalah rakyat. Sedapat mungkin, masalah rakyat diselesaikan di situ juga, dengan memberi jaminan bahawa masalah terbabit akan segera diselesaikan.
Caranya, adalah dengan memberi peruntukan segera, kadangkala berjumlah berjuta-juta ringgit. Yang penting, rakyat senang hati, rungutan dan masalah yang membelenggu mereka untuk sekian lama diselesaikan, dan akhirnya BN dilihat sebagai parti yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.
Ketika ditanya oleh agensi berita AFP tahun lepas, antara jastifikasi yang saya berikan mengapa pilihan raya  bakal diadakan pada tahun ini, ialah pentingnya kerajaan memastikan bahawa segala program transformasi yang dilaksanakannya sudah menyerap dan melimpah ke peringkat bawahan.
Maksudnya, segala kesan daripada rancangan yang diperkenalkan untuk membantu rakyat perlu terlebih dahulu dirasai dan dinikmati oleh mereka. Ini termasuklah Program Transformasi Kerajaan (GTP), selain transformasi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Hakikatnya, program transformasi berkenaan adalah hasil daripada kajian dan dapatan daripada pelbagai sesi percambahan fikiran dan pertemuan dengan pelbagai pihak dan rakyat akar umbi.
Isu dan masalah yang dibangkitkan dalam sesi berkenaan dirumuskan dalam program terbabit, sebagai langkah dan tindakan konkrit untuk menangani rasa tidak puas hati rakyat, yang menjadi punca utama kegagalan BN menguasai majoriti dua per tiga kerusi Parlimen dalam pilihan raya lalu, selain kegagalan mereka menakluki lima buah negeri. Persoalannya, sudah berjayakah kerajaan menangani segala isu dan masalah yang menjadi penyebab rakyat dan pengundi menolak BN dalam pilihan raya lalu?
Sejauh manakah kerajaan telah berjaya menangani masalah jenayah, hubungan kaum yang meruncing ketika itu, masalah peningkatan kos sara hidup dan gaji, dan sebagainya? Adakah tindakan kerajaan memberi baucer buku RM100 dan bantuan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah merupakan sebahagian daripada langkah untuk menyelesaikan masalah itu? Atau itu lebih sebagai tindakan untuk memancing undi rakyat? Kita tidak dapat lari daripada tafsiran bahawa, memberi bantuan sedemikian merupakan satu tindakan berbau politik yang tentunya mempunyai kesan dan implikasi politik.
Memang, dari satu segi, bantuan tersebut, dapat dianggap sebagai tindakan memberi ikan, dan bukannya mengajar rakyat bagaimana untuk memancing. Bagaimana jika ikan itu sudah habis? Adakah kerajaan akan memberi bantuan yang serupa setiap tahun atau setidak-tidaknya setiap dua tahun? Jujur sahaja, kerajaan tidak boleh sentiasa memberi ikan, sebaliknya, ia perlu membiakkan lebih banyak ikan di laut atau di kolam  agar lebih ramai yang menikmatinya, malah yang jauh lebih penting ialah , kerajaan perlu mengajar rakyat untuk memancing ikan yang banyak itu?
Faktor lain yang menjadi pertimbangan utama adalah sejauh manakah pengundi Melayu, India dan Cina sudah beralih angin kembali ke BN? Bagi pengundi Cina, sudah hampir pasti, sukar untuk BN memenangi hati mereka. Boleh dikatakan, pengundi Cina hampir berpatah arang dengan BN setidak-tidaknya untuk pilihan raya akan datang sebahagiannya kerana mereka masih belum puas hati dengan transformasi yang dilakukan kerajaan, khususnya membabitkan politik, ekonomi, pendidikan, dan tadbir urus kerajaan.
Namun, kerajaan BN kelihatan yakin bahawa sebahagian besar daripada pengundi Melayu dan Cina sudah berubah sikap. Mereka dikatakan kembali kepada BN. Najib dan UMNO yakin berdasarkan sambutan terhadap acara yang diadakan sejak kebelakangan ini,  UMNO pasti akan dapat memenangi kerusi yang sebelum ini ditawan oleh parti lawan.
Ya, jika Najib sudah yakin sebahagian besar rakyat akan menyokong BN, maka itulah ketikanya beliau akan memutusdkan tarikh sebenar pilihan raya diadakan. Beliau perlu membuat perkiraan betul, kerana pilihan raya ini amat penting bagi memastikan beliau dan BN terus berada di Putrajaya.
Penulis ialah penganalisis politik dan penulis buku prolifik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads