Ahad, 9 Oktober 2011

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Penampang catat sejarah jadi daerah pertama <b>di negeri</b> Sabah <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2011 09:39 PM PDT

by RUZAINI ZULKIFLI ruzainiUB@gmail.com. Posted on October 8, 2011, Saturday

SEBAT... Donald melakukan gimik memegang rotan sambil menyebat papan tanda 'Saya Anti Kutu Sampah' sebagai simbolik perlancaran KAKS Peringkat Daerah Penampang di Kompleks Beli Belah Megalong kelmarin.

PENAMPANG: Perlancaran Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS) peringkat Penampang kelmarin menjadikannya sebagai daerah yang pertama melaksanakan program itu di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin berkata ia selaras dengan pembangunan sedia ada di kawasan Penampang yang kini semakin pesat dan dalam masa sama turut mementingkan aspek kebersihan demi menjaga imej daerah yang mempunyai banyak produk pelancongan itu.

Menurutnya, menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang ditunjangi oleh Majlis Daerah Penampang (MDPG), perkara demikian juga perlu mendapat kerjasama daripada orang ramai bagi menjayakannya serta menjadikan Penampang sebagai daerah bebas daripada sampah.

Bermula kelmarin, Donald menegaskan mana-mana individu yang didapati membuang sampah di merata-rata tempat di daerah berkenaan bakal berhadapan tindakan kompaun sebanyak RM500 serta merta oleh pihak MDPG.

"Bagi MDPG, kompaun itu bukanlah amat penting namun adalah menjadi keutamaan kita semua berhenti untuk mengamalkan sikap membuang sampah secara sesuka hati.

"Bayangkan, di daerah Penampang ini terlalu banyak produk pelancongannya seperti Banjaran Crocker, kampung-kampung Moyog dan sungai-sungainya yang jernih belaka.

"Tidakkah kita semua rasa bersalah sekiranya meninggalkan generasi hadapan dengan pencemaran dan gagal melihat peninggalan indah khazanah alam diperolehi di kawasan Penampang ini," katanya.
Tambahnya, antara kelainan KAKS di Penampang adalah aktiviti gotong-royong menangkap kutu-kutu sampah dengan para peserta di bawah kendalian MDPG hanya perlu menjadi pemerhati.

"Gotong-royong ini lebih berkesan berbanding dengan aktiviti memungut sampah kerana perserta akan melihat sendiri betapa malunya kutu-kutu sampah ditangkap kerana melakukan kesalahan. Dengan ini juga peserta juga nanti tidak mahu diri mereka dalam keadaan sama kelak," katanya.

Donald yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri berkata demikian ketika berucap pada Perlancaran KAKS Peringkat Daerah Penampang di kompleks beli belah Megalong, Donggongon di sini kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Penampang, William Sampil, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandaraya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Robert Lipon, wakil Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr Chua Kim Hing dan Pengerusi Persatuan Penjaja Donggongon, Amiribrahim Mattasan.

Dalam pada itu, William berkata setakat ini terdapat lima termasuk pejabat, premis serta sekolah telah diisytiharkan sebagai zon tanpa sampah di daerah berkenaan dengan didahului pejabat MDPG.

"Kawasan yang lain ialah Pejabat Persatuan Penjaja Bandar Donggonggon, SMK Bahang, SMK Limbanak dan Sandakan Turf Club (STC) Donggonggon.

"Kita percaya selepas pelancaran KAKS ini yang dipengerusikan saya sendiri, ia mampu mengubah perspektif ramai khususnya penduduk daerah Penampang untuk mengutamakan kebersihan.

"Saya percaya dengan adanya kerjasama dan sokongan padu daripada semua akan menjayakan kempen ini dengan menjadikan hasrat daerah Penampang tanpa sampah akan tercapai," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads