Ahad, 9 Oktober 2011

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Seminar Perkongsian Amalan Persekitaran Berkualiti (5S <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2011 02:11 AM PDT

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

MPC Sarawak meneruskan lagi siri pendedahan informasi bertujuan ke arah peningkatan produktiviti, inovasi dan kualiti untuk sesebuah organisasi mahupun individu yang terlibat. Satu seminar berkaitan dengan pendedahan 5S yang bertajuk Seminar Perkongsian Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) - Standard Baru & Amalan Terbaik telah diadakan di Auditorium Pustaka Miri di Miri, Sarawak pada 6 Oktober 2011 yang lalu. Alhamdulillah, pihak MPC Sarawak merasa gembira dengan penyertaan dan kehadiran peserta seramai lebih daripada 130 orang yang menunjukkan bahawa 5S antara agenda utama organisasi di Sarawak. Ada di antara peserta datang dari Kota Kinabalu, Sabah dan juga dari Kuching, Mukah, Limbang, Sibu dan lain-lain bahagian di Sarawak. Seminar ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Suhaimy Abdul Talib, Pengarah MPC Sarawak.

Seminar dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Miri ini telah membentangkan 3 kertas kerja iaitu:

1. Standard Baru Persijilan 5S, oleh Encik Mokhzani Aris, Perunding Kanan MPC

2. Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Lembaga Pelabuhan Miri - Encik Shebli Hairani, Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Miri & Puan Faridah Haji Julaihi, Penyelaras 5S MPC

3. Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Lembaga Air Sibu - Tuan Haji Ariffin Haji Kahar, Pegawai Perhubungan Awam, Lembaga Air Sibu

Seminar ini juga telah menjalankan agenda yang lain iaitu lawatan penandaarasan ke Lembaga Pelabuhan Miri yang merupakan antara Pemenang bagi Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti Peringkat Kebangsaan anjuran MPC pada tahun 2010.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan terima kasih juga untuk Lembaga Pelabuhan Miri dan pihak Pustaka Miri, Sarawak. Sehingga berjumpa lagi di program yang akan datang!

Lebih 130 peserta menyertai seminar ini.

Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Suhaimy Abdul Talib, Pengarah MPC Sarawak

Pembentangan 1 oleh Encik Mokhzani Aris - Standard Persijilan 5S Baru MPC

Pembentangan 5S di Lembaga Pelabuhan Miri oleh Encik Shebli Hairani, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Miri

Persembahan 5S Lembaga Pelabuhan Miri juga turut disampaikan oleh Puan Faridah Haji Julaihi - Penyelaras 5S MPA

Pembentangan ke 3 oleh Lembaga Air Sibu yang disampaikan Tuan Haji Ariffin Haji Kahar

Lawatan 5S ke Lembaga Pelabuhan Miri yang disertai oleh Peserta Seminar

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads