Sabtu, 8 Oktober 2011

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Anugerah Seri Asrama Terbilang ( ASAT ) Peringkat Negeri <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2011 02:32 AM PDT


Petikan gambar daripada anakdalamgading.com 2009

Tahniah Kepada Kumpulan Gong Tok Desa Kerana Telah terpilih mewakili bahagian Miri ke pertandingan Tarian ASAT Peringkat Negeri Sarawak 2011

Tempat : Kota Semarahan
Tarikh : 13 – 15.10.2011

Syarat Pertandingan Tarian Tradisional 2011

MATLAMATMemberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah menengah serta meningkatkan
ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2OBJEKTIF2.1 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli
yang sistematik.
2.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
2.4 Mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar asrama sekolah.
2.5 Mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati
oleh setiap generasi agar ia tidak luput di telan zaman.
2.6 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.

3.KONSEP PERTANDINGAN3.1 Pertandingan Rampaian Tarian Tradisional.
3.2 Rampaian TIGA tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli) dan BUKAN gerak tari kontemporari
/ kreasi baru
3.3 Satu persembahan rampaian tarian yang berterusan dan tidak dipersembahkan dalam tiga masa yang berbeda.

4.LAGU / MUZIK IRINGAN 4.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu-lagu lama atau baru tetapi mestilah
terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
4.2 Lagu / Muzik iringan adalah secara permainan CD, bukan 'live music'

5.PENYERTAAN 5.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah asrama harian (Sekolah Menengah)
SMK Tingkatan 4 kebawah dan SK Tahun 5 ke bawah
5.2 Setiap negeri hanya layak menghantar satu pasukan yang terdiri
dari 8 (minimum) hingga 15 peserta (maximum)
5.3 Setiap pasukan akan diiringi oleh seorang pengurus dan seorang jurulatih.

6.PERSEMBAHAN 6.1 Setiap kumpulan hanya mempersembahkan SEBUAH tarian rampaian.
6.2 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan tarian dan tidak menjolok mata.
6.3 Persembahan tarian wajib melibatkan semua peserta dalam pasukan tetapi
tidak semestinya melibatkan semua jenis tarian.
6.4 Ketua Hakim akan menentukan samada kumpulan dibenarkan membuat persembahan ulangan
jika berlaku kerosakan teknikal pada CD / Pemain CD

7.MASA 7.1 Persembahan Rampaian Tarian Tradisional tidak boleh
kurang daripada 6 minit dan tidak melebihi 10 minit.

8.CD LAGU 8.1 Setiap pasukan mesti serah CD Lagu
(sila labelkan negeri pada CD tersebut)
kepada pengelola dua minggu sebelum pertandingan

9.PEMARKAHAN
9.1 Koreografi atau keaslian tari – 35 markah
9.2 Kesantunan & adab Pentas – 20 markah
9.3 Busana dan tatarias – 20 markah
9.4 Pecahan tari dan pola lantai – 15 markah
9.5 Koordinasi gerakan dan muzik – 10 markah

10.PEMENANG
10.1 Tempat Pertama SK/SM
10.2 Tempat Kedua SK/SM
10.3 Tempat Ketiga SK/SM

Bahagian sekolah
Jabatan sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads