Selasa, 4 Oktober 2011

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Kualiti Sarang Walit <b>di Mukah</b> « Suara Anak <b>Sarawak</b>

Posted: 04 Oct 2011 12:52 AM PDT

Dua tahun lalu, seorang kenalan usahawan ghairah bercerita kepada saya tentang perusahaan sarang burung walit yang pesat berkembang di Mukah sejak 2005.

Menurut beliau,  bahagian tengah pesisir pantai Sarawak itu terdapat paling banyak haiwan liar berkenaan kerana di sana mempunyai tahap kualiti udara bersih.

Ternyata kata rakan saya itu bukan omong kosong. Di sana memang terdapat begitu banyak burung walit berterbangan di udara.  Bangunan sarang burung tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Sejak itu juga ramai ahli perniagaan termasuk di kalangan jutawan dari Sibu melabur wang mereka dengan membina Rumah Sarang Burung (RSB) di sekitar bahagian Mukah.

RSB kos mahal dan kos sederhana terdapat di Jalan Mukah/Oya.

Mereka membina bukan sebuah, tetapi sampai berpuluh buah selagi di situ ada tanah untuk diterokai serta berpotensi untuk didedekati burung berkenaan.

Dua kategori saiz utama sarang burung  konkrit iaitu kos sederhana dan mahal pada kadar antara RM200,000 hingga RM300,000 sebuah itu terdapat banyak di Jalan Mukah/Oya, Jalan Mukah/Balingian, Jalan Oya/Dalat, selain Jalan Matu-Daro.

Dalam pada itu ada juga penduduk tempatan mengusaha perniangaan ini secara kecil-kecilan dengan membina sarang menelan kos RM30,000 sehingga RM50,000. Biasanya ia diperbuat daripada bahan lebih murah.

RSB kos rendah di Dalat

Senario sedemikian ternyata telah mengubah pemandangan di Mukah kepada sebuah destinasi yang saya sebutkan sebagai 'eko-park'

Senario ini sejajar dengan perkembangan sihat di mana sarang Burung Walit telah menjadi antara eksport komoditi utama pertanian Negara beberapa tahun kebelakangan.

Mengikut rekod, sehingga akhir tahun 2007 dianggarkan terdapat lebih dari 20,000 premis burung ini di negara kita.

Jumlah itu meningkat kepada 50,000 premis sekarang ekoran bilangan pengusaha semakin ramai mengetahui prospeknya di tahap antarabangsa.

Salah seorang pengusaha, Pius Nee Leong Hong di Dalat berkata, beliau menceburi perusahaan sarang walit tahun lalu setelah mendapat galakan daripada kawan-kawanya di Sibu.

"Katanya, golongan jutawan malah bilionair sudah pun menceburi bidang ini di Sibu sejak sekian lama, mengapa awak tidak," jelasnya antara kata-kata yang membuat dia teruja.

Namun kata Nee, beliau tidak terus mengambil langkah terburu-terburu sebalik membuat rujukan kepada pihak bewajip berhubung kesannnya terhadap masyarakat.

Selepas yakin dengan penjelasan pihak berkenaan juga di kalangan kenalannnya sendiri barulah Lee membuka membina sarang tersebut pertengahan tahun 2010.

Beginilah walit bersarang dalam RSB

"Sebelum buat saya bimbang, kemungkinan ia mendatangkan keburukan kepada orang ramai, lebih-lebih lagi masalah H1N1 suatu ketika dahulu.

"Tetapi kata mereka ia tiada mendatangkan kemudaratan. Jadi saya buat keputusan mendirikan sarang tersebut," ujarnya.

Beliau  mewujudkan sarang burung di atas bangunan tiga tingkat yang kedudukannya terletak tidak jauh dari sungai.

Sebuah bangunan 'tiga dalam satu' untuk keperluan komersial dan kediaman di jalan Dalat

Ia tampak lain daripada RSB lain kerana 'tiga dalam satu' iaitu premis menjual hardware di tingkat bawah, sementara di tengahnya tempat kediaman dan bahagian atas ialah sarang burung.

Ramai orang kata mengusaha RSB adalah suatu pelaburan jangka panjang menguntungkan.

Ada pula yang berkata sebaliknya kerana mendapati tidak semua RSB akan menuai hasil, kerana burung tidak semestinya datang ke situ.

Orang ramai membeli sarang burung walit kerana khasiatnya

Apa pun hakikatnya sarang burung memang menguntungkan jika hasilnya banyak sekali menuai.

Anggaran harga sarang burung mentah sekilo dipasaran adalah di antara RM300.00  hinga RM7,500.00 dan boleh mencapai harga antara RM10,000-RM18,000 untuk yang telah siap diproses.

Penuaian sarang burung di negara ini juga kini menjadi antara yang terbesar di kalangan negara-negara Asia Tenggara selain Indonesia.

Permintaan bagi pasaran sarang burung banyak diterima dari negara-negara Asia seperti Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura.

Tinjauan mendapati perusahaan sarang burung liar itu menjadi tarikan penting kepada ahli-ahli perniagaan kaya tempatan dan luar.

Pada dasarnya industri walit bukanlah satu industri yang baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini penuaian sarang burung ini telah diusahakan secara besaran-besaran dan memberi pulangan yang menguntungkan.

Produk sarang burung dipamerkan di Pesta Kaul

Dalam tempoh lebih sedekad ini, pengusaha-pengusaha telah menerokai kaedah-kaedah dan teknologi-teknologi baru dalam industri ini untuk mempertingkatkan pengeluaran.

Ia perladangan yang mesra alam dan berkonsepkan industri hijau.

Untuk perusahaan kecil pula kerajaan menyediakan bantuan geran pada 2010 disediakan peruntukan RM5 juta dan modal permulaan RM10,000 sehingga RM30,000 kepada seorang peserta.

Jabatan Perkhdmatan Veterinar (JPV) dipertangungjawab dalam industri ini. JPV mewujudkan struktur bangunan pemeliharaan burung walit yang standard di samping menjami pemeliharaan alam sekitar.

JPV juga akan mengetuai pemantauan terhadap pemeliharaan burung walit sejajar garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat.

Pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Tanah..memberi kelulusan sebelum pengusaha diberi lesen.

Pembesar suara yang diletak di beberapa sudut RSB untuk menarik perhatian burung walit

Kenapa permintaan terhadap sarang burung sangat tinggi di pasaran Asia adalah kerana khasiatnya sangat tinggi.

Khasiat sarang burung walit banyak diperkatakan sejak dulu lagi. Ia yang mampu melancarkan fungsi paru-paru, perjalanan darah, menambah daya ketahanan badan, meningkatkan kekuatan jantung dan banyak lagi untuk kesihatan manusia.

Produk sarang burung walit dijual dengan harga antara RM220 hingga RM320.

Secara umumnya sarang burung walit diperbuat daripada air liur burung itu dan mempunyai kualiti tertentu dengan nilai harga yang berbeza berdasarkan jenis dan warna sarang.

Jelaslah industri sarang burung walit telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain daripada bidang-bidang perniagaan yang lain.

Kalau dahulu Mukah hanya sinonim dengan hasil tanaman rumbia dan 'umai', (sejenis hidangan ikan dihiris kecil-kecil untuk dimakan bersama cecah popular di kalangan masyarakat setempat), namun kini sarang burung walit mula mengambil tempat.

Sesiapa pun boleh melabur dalam industri ini. Caranya melalui pembelian sebuah RSB berserta tapak tapak rumah yang dimaju sebagai Eko-park. Harga satu RSB tersebut ditawarkan dengan harga RM200,000 hingga RM300,000.

Nampaknya rumah burung lebih mahal daripada rumah kos sederhana sekalipun ia hanya dilengkapi peralatan audio dan pembesar untuk memanggil haiwan berkenaan.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana Mukah tiba-tiba menjadi tumpuan walit? Itu saya tidak pasti.

Namun ada orang yakin sambil mendakwa kejadian semulajadi itu berikutan kemusnahan kawasan habitat utamanya di Aceh akibat Tsunami pada 2003.

Itu luar dari kuasa kita manusia. Apa yang perlu difikirkan sekarang ialah Wow!….hasil tuaian dari RSB mencecah RM10,000 hingga RM20,000 sebulan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads