11 di sarikei sarawak - Google Blog Search |
Ziarah Da'awah Ke Ulu Kota Siri 9 : Beraya <b>Di</b> <b>...</b> - AMAL <b>Sarawak</b> Posted: 21 Sep 2011 04:21 PM PDT Laporan Ziarah Kampung Nur Azhar, Ulu Kota, Pakan, Pada tanggal 16 September 2011, Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak (AMAL) telah mengadakan sesi ziarah ke Kampung Nur Azhar di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Ekspidisi Ziarah kali ini di ketuai oleh Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak Sdr Mohd Ali Murad. PAra ahli ekspidisi yang lain adalah Sdr Jaini (Jaini Water & Gas), Sdr Tajul Anuar (Uni Curtin), Sdr Amir Zulhaqeem (Uni Curtin) dan Sdr Awangku Iskandar (AMAL Bintulu). Penduduk-penduduk kampung itu merupakan saudara-saudara baru berbangsa Iban yang baru sahaja memeluk Islam. Objektif ziarah tersebut adalah untuk melihat perkembangan mereka di sana di samping berkongsi ilmu-ilmu asas Fardhu Ain. Mereka juga turut diraikan dengan Majlis Jamuan Aidilfitri. Masyarakat Iban dari Rumah Bandok yang berhampiran juga dijemput sama untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Perjalanan bermula pada malam 15/9 lagi dengan dua buah kenderaan bertolak memulakan misi dari Masjid Piasau di Miri sesudah selesai menunaikan solat fardhu Isya'. Setibanya di Sarikei pada Subuh berikutnya, kami disertai Ustaz Fadzli beserta anaknya yang mewakili HIKMAH. Setelah selesai membeli barang-barang keperluan di Bandar Sarikei, ekspedisi ke Ulu Kota diteruskan dan kami tiba di destinasi pada jam 12.30 tengah hari. Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh Ketua Kaum En Azhar dan penduduk-penduduk Kampung Nur Azhar. Setelah menunaikan solat Zohor, kami pun menjamu selera bersama-sama dengan mereka. Pada sebelah petangnya pula, kami telah menziarahi sebuah keluarga Iban di Rumah Panjang Bandok yang baru sahaja kematian salah seorang ahli keluarganya mereka. Kami diberi layanan yang baik oleh penghuni rumah panajng tersebut walaupun berbeza agama dan kepercayaan. Mudah-mudahan akhlak yang ditunjukkan umat Islam akan menarik lebih ramai lagi daripada kalangan mereka untuk memeluk agama yang suci ini. Pada hari kedua, kami telah membahagikan tugas sesama kami untuk melaksanakan beberapa perkara. Ada yang ditugaskan untuk bersiap di dapur bersama orang kampung untuk Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri selepas Zohor. Satu kumpulan lagi pula telah pergi menjalankan kajian di kawasan sekitar untuk mencari sumber air bagi kegunaan harian penduduk kampung tersebut. Sekumpulan lagi diketuai Ustaz Fadzli telah mengadakan Kelas Asas Fardhu Ain bagi penduduk kampung. Antara aspek ilmu yang ditekankan ialah cara solat, cara berwudhu', bertayamum dan bacaan Al-Fatihah. Pada hari itu juga, sahabat-sahabat seperjuangan yaitu Sdr Nuzul, Sdr Ali Aziz dan Sdr Abd Rahman dari Yayasan Amal Unit Kuching juga turut tiba untuk menghulurkan bantuan. Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri pada tengah hari itu berjalan dengan lancar. Ramai masyarakat Iban sekitar bukan Islam yang hadir sehingga malam. Majlis dimulakan dengan sedikit pengisian daripada Ustaz Fadzli untuk menyampaikan kepada para tetamu tentang keindahan dan kemurnian Islam serta erti kemenangan di Aidilfitri. Tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Iban itu mudah-mudahan mampu menyentuh hati penduduk sekitar dengan izin Allah. Pada sebelah petangnya juga kami berkesempatan untuk menikmati keindahan alam Ulu Kota dan juga tidak melepaskan peluang untuk mandi-manda di Sg Bundak yang terletak berhampiran. Airnya sejuk tetapi sedikit keruh disebabkan aktiviti pembalakan yang sedang dijalankan di hulu sungai. Diharapkan sungai ini tidak bertambah teruk dan tercemar kerana sungai inilah sumber air terpenting bagi Rumah Panjang Bandok dan kawasan sekitarnya. Pada waktu malam, telah diadakan pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat menggunakan kaedah Homeopathy kepada para penduduk kampung. Ramai yang berbaris untuk urusan tersebut. Pemeriksaan tersebut dijalankan oleh Ustaz (Dr) Nuzul dari Yayasan Amal Unit Kuching. Dr Nuzul yang fasih berbahasa Iban sangat disenangi oleh para pesakitnya. Pada hari terakhir, kami bercadang untuk bertolak dari Ulu Kota pada jam 8 pagi. Namun hujan yang turun menyebabkan kawasan tanah merah berbukit tidak dapat dilepasi kenderaan pacuan empat roda yang kami naiki. Mungkin kalau kenderaan kami menggunakan tayar jenis 'offroad' tentu dapat memanjat bukit yang tinggi itu. Walaugbagaimanapun, Alhamdulillah dengan izinNya, cuaca kembali baik kemudiannya pada pukul 10.30 pagi. Kami pulang pada jam 1.30 petang setelah menunaikan Solat Zohor. Sedikit majlis penutup dan pemberian sumbangan kepada penduduk kampung juga turut diadakan sebelum kami berangkat pulang. Secara keseluruhannya, hadaf dan objektif ziarah kali ini tercapai dalam memberikan sumbangan kepada saudara-saudara Islam kita yang baru dan diharapkan akan lebih ramai masyarakat Iban tertarik dengan keindahan Islam. Pelbagai pengalaman berharga telah kami perolehi dan mudah-mudahan ziarah seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa dalam menyebarkan agama Islam kepada seluruh pelusuk masyarakat. ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! |
You are subscribed to email updates from di sarikei sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan