Khamis, 29 September 2011

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Lapan wanita China ditahan <b>di Miri</b>, seorang berbogel <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 28 Sep 2011 08:15 PM PDT

MIRI: Sembilan wanita warga asing dengan seorang daripada mereka didapati sedang berbogel bersama pasangannya di dalam sebuah bilik telah ditangkap dalam serbuan di beberapa pusat hiburan serta pusat refleksologi dan urut di sini tengah malam semalam.

Serbuan yang bermula lewat malam semalam dilakukan oleh sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuching.

Dalam serbuan yang dilakukan sekitar jam 12 tengah malam itu, polis berjaya menahan lapan wanita warga China di sebuah pusat hiburan di kawasan Miri Waterfront di sini.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua wanita terbabit yang berusia lingkungan 30-an mempunyai pasport dan pas lawatan sosial namun tidak memiliki permit kerja yang sah.

Mereka kemudian ditahan kerana disyaki bekerja di pusat hiburan tersebut tanpa mempunyai permit kerja sah.

Sementara dalam satu serbuan berasingan, polis berjaya menahan seorang lagi wanita warga China di sebuah pusat refleksologi dan urut di kawasan Bintang Commercial Centre di sini.

Ketika ditahan, wanita terbabit yang juga berusia lingkungan 30-an didapati sedang berbogel bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya di dalam sebuah bilik di pusat berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita terbabit ada memiliki pasport dan permit kerja sah.

Bagaimanapun, dia kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kegiatan yang tidak bermoral dengan melacurkan diri di pusat tersebut.

Kesemua wanita yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads