Jumaat, 16 September 2011

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Larian pelajar SK St Columba <b>di Miri, Sarawak</b>

Posted: 01 Jul 2011 05:34 PM PDT

July 2nd, 2011 | by abuadam |

image

Acara ini diadakan di pdg pusat belia Miri sempena larian 1murid 1sukan 1malaysia yang  diadakan Serentak di semua sekolah seluruh malaysia pada 2 Julai 2011. Padang pusat belia terletak di tengah bandaraya miri di antara sekolah2 dan pejabat2 agensi kerajaan.

>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android

Tags: , ,

Pekerja gempar temui buaya <b>di</b> kolam Taman Bulatan <b>Miri</b> <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2011 07:39 PM PDT

Posted on September 13, 2011, Tuesday

Syarikat telekomunikasi tangguh laksana caj 6 peratus telefon prabayar

MIRI: Beberapa pekerja am Taman Bulatan Miri semalam gempar dengan penemuan seekor reptilia dipercayai buaya yang sedang berjemur dan kadang kala timbul dalam kolam terbabit.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Miri semalam memberitahu pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar jam 8 pagi semalam dan usaha mencari dan menangkap buaya itu sedang dijalankan.

"Kita dimaklumkan mengenai buaya itu oleh pekerja am yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelengaraan taman yang terkejut kemunculan seekor buaya yang sedang berjemur di kolam itu," katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beberapa anggota JPAM yang menerima laporan itu kemudiannya bergegas ke lokasi yang dilaporkan dan mendapati buaya berkenaan sering timbul dan berenang-renang di tengahtengah kolam terbabit.

"Kita sedang mencari jalan terbaik untuk menangkap buaya terbabit sama ada menggunakan teknik pukat supaya kehadiran buaya terbabit tidak mengundang bahaya kepada pengunjung di taman itu," katanya.

Ekoran penemuan buaya terbabit, semua pengunjung Taman Bulatan Miri yang menjalankan aktiviti bersenam dan sebagainya dinasihatkan tidak mendekati kolam atau melihat buaya itu secara dekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads