Ahad, 4 September 2011

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Projek pembangunan <b>di</b> luar bandar tetap dilaksanakan <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2011 07:50 PM PDT

by Watt Zacchaeus. Posted on August 31, 2011, Wednesday

BN tidak pernah lupa janji-janji yang pernah dibuat, jamin Abu Seman

SIBU: Penduduk di luar bandar harus bersabar menanti projek pembangunan dilaksanakan di kawasan mereka kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan melupakan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya negeri yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Abu Seman Jahwie berkata, kebanyakan projek terutama yang menelan kos berjuta-juta ringgit perlu dirancang dengan teliti sebelum di-laksanakan supaya ia benar-benar memberi faedah kepada rakyat dalam jangka masa panjang.

"Oleh kerana itu, projek yang hendak dilaksanakan mengambil masa untuk dilaksanakan," katanya semasa menasihati penduduk Rumah Gangga Kumbang, Bruan di daerah Matu dekat sini, baru-baru ini.

Abu Seman melawat rumah panjang terbabit untuk mendengar masalah dihadapi oleh penghuninya.

Selain itu, beliau turut me-ninjau projek pembangunan yang sedang dilsakanakan di rumah panjang berkenaan.

Beliau berkata, rumah panjang itu dalam tahun 80-an adalah yang paling terpencil tetapi berkat kesabaran mereka kini rumah panjang berkenaan dapat dihubungi oleh jalan raya.

"Inilah rahmatnya apabila kita sentiasa bersabar dan memberikan kepercayaan kepada BN untuk menerajui negeri ini amnya negara kita ini," tegas beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri.

Sesungguhnya kerajaan BN, katanya, tetap me-ngotakan janji-janjinya kepada rakyat berbanding pihak pembangkang yang hanya pandai bercakap.

"Cakap mereka hanya tinggal cakap. Belum ada pun projek pembangunan yang saya lihat dilaksanakan oleh pihak pembangkang di daerah ini," jelasnya.

Penduduk di daerah Matu, menurut Abu Seman, akan menyaksi serta menikmati kemajuan lebih pesat menjelang tahun 2030 apabila projek pembangunan wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dilaksanakan.

Malah, katanya, SCORE akan turut menyedia ba-nyak peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan dan sebagai persediaan untuk mendapat tawaran pekerjaan dalam SCORE itu, ibu bapa hendaklah melengkapkan anak-anak dengan ilmu pengetahuan dengan menghantar mereka ke sekolah.

Abu Seman meluangkan masa hampir dua jam untuk bermesra dengan para penghuni rumah panjang berkenaan.

Sungguhpun di bulan Ramadan, namun ia langsung tidak menyekat Abu Seman melawat kawasan pilihan rayanya untuk bertemu dengan para pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads