11 di marudi sarawak - Google Blog Search |
SPDP akan tubuh jawatankuasa pemantau <b>di</b> daerah <b>Marudi</b> | my <b>...</b> Posted: 02 Sep 2011 08:34 PM PDT Posted on 03 September 2011. BELURU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menubuhkan satu jawatankuasa pemantau di Marudi bagi memastikan semua projek yang dirancang oleh kerajaan berjalan lancar. Menteri Muda Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Sylvester Entri berkata, jawatankuasa pemantau ini amat penting agar projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kontraktor memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. "Jawatankuasa ini nanti akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memantau projek-projek yang sedang dijalankan. Saya tidak mahu mendengar aduan mengenai projek tertentu sebaik sahaja ia nanti siap," katanya dalam lawatan sambil kerja ke Rumah Sylvester Anap di Sungai Mallang, Bakong semalam. Tambahnya, projek itu amat penting dan akan memanfaatkan rakyat tempatan, justeru ia perlu dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan pada peringkat awal. Ujar Entri, SPDP di Marudi mempunyai keupayaan untuk memantau perkembangan mengenai beberapa projek yang sedang dilaksanakan. Sebelum ini, kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah meluluskan beberapa projek antaranya jalan raya, parit, bekalan air dan elektrik . Sementara itu, rombongan turut melawat projek bekalan air di Rumah Collin Sait, Rumah Joshua (tempat letak kereta), Rumah Sylvester Anap (perparitan dan elektrik) dan Rumah Engkas (perparitan). |
SPDP akan tubuh jawatankuasa pemantau <b>di</b> daerah <b>Marudi</b> <b>...</b> Posted: 02 Sep 2011 08:34 PM PDT by Sudan Ajang. Posted on September 3, 2011, Saturday BELURU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menubuhkan satu jawatankuasa pemantau di Marudi bagi memastikan semua projek yang dirancang oleh kerajaan berjalan lancar. Menteri Muda Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Sylvester Entri berkata, jawatankuasa pemantau ini amat penting agar projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kontraktor memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. "Jawatankuasa ini nanti akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memantau projek-projek yang sedang dijalankan. Saya tidak mahu mendengar aduan mengenai projek tertentu sebaik sahaja ia nanti siap," katanya dalam lawatan sambil kerja ke Rumah Sylvester Anap di Sungai Mallang, Bakong semalam. Tambahnya, projek itu amat penting dan akan memanfaatkan rakyat tempatan, justeru ia perlu dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan pada peringkat awal. Ujar Entri, SPDP di Marudi mempunyai keupayaan untuk memantau perkembangan mengenai beberapa projek yang sedang dilaksanakan. Sebelum ini, kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah meluluskan beberapa projek antaranya jalan raya, parit, bekalan air dan elektrik . Sementara itu, rombongan turut melawat projek bekalan air di Rumah Collin Sait, Rumah Joshua (tempat letak kereta), Rumah Sylvester Anap (perparitan dan elektrik) dan Rumah Engkas (perparitan). |
You are subscribed to email updates from di marudi sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan