Selasa, 16 Ogos 2011

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Dua sekolah rendah agama dibina <b>di Sarawak</b> tahun depan | My Library

Posted: 15 Aug 2011 08:22 PM PDT

Posted on August 16, 2011, Tuesday

http://www.theborneopost.com/2011/08/16/dua-sekolah-rendah-agama-dibina-di-sarawak-tahun-depan/

KUCHING: Kerajaan negeri bakal membina dua sekolah rendah agama menjelang tahun depan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, dua sekolah itu nanti masing-masing dibina di Mukah dan Kuching.

"Kerajaan membina dua lagi sekolah rendah agama adalah bagi memenuhi permintaan dan keperluan di kedua-dua kawasan itu menerusi peruntukan daripada kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di SMK Tun Ahmad Zaidi di sini semalam.

Daud memberitahu dengan adanya dua lagi sekolah rendah agama di Sarawak ia dapat menambah peluang anak-anak tempatan untuk belajar di sekolah tersebut.

"Sekarang ini kita ada lapan sekolah agama, dua sekolah menengah dan selebihnya sekolah rendah di setiap bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang kecuali Mukah dan Kapit," katanya.

Tambahnya, dengan adanya MoU tersebut, ia dapat memudahkan urusan pentadbiran dan pembangunan sekolah agama di negeri ini.

"Saya berharap dengan adanya MoU ini ia dapat memudahkan kerajaan menghulurkan bantuan serta meningkatkan mutu prestasi pelajar di sekolah ini sekali gus mencapai sasaran kita untuk menjadi sekolah berprestij di negeri ini," ujarnya.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Mufti Negeri Sarawak Ustaz Kipli Yasin, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed dan tetamu kehormat lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads