KUCHING: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak merancang untuk membuka sebuah lagi pejabat baharu di Limbang.
Pengurus Cawangan Khidmat Pelanggan, Bahagian Perancangan dan Hal Ehwal Korporat PERKESO Chan Hood Cheng berkata, perkara itu masih di tahap cadangan dan penelitian sedang dilaksanakan.
Beliau menjelaskan cadangan untuk membuka pejabat baharu di Limbang itu bagi memudahkan kerja-kerja berkaitan PERKESO seperti tuntutan, pendaftaran dan sebagainya.
"Sekarang ini mereka yang mahu berurusan dengan kita terpaksa berjalan jauh iaitu ke Miri untuk menyelesaikan urusan mereka.
"Sebab itu, saya lihat keperluan untuk membuka sebuah lagi pejabat baharu di Limbang amat bertepatan dalam memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah berkenaan PERKESO pada Seminar PERKESO Bersama Media di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.
Chan menjelaskan kini Sarawak mempunyai lapan pejabat di seluruh negeri iaitu di Kuching, Bintulu, Sri Aman, Miri, Sarikei, Kapit dan Sibu.
Pada masa sama, beliau menyeru pengamal media dan badan bukan kerajaan (NGO) agar memperluaskan ilmu tentang kemudahan yang disediakan PERKESO untuk membantu golongan memerlukan.
"Ramai di antara pencarum PERKESO tidak mengetahui tentang faedah dan kemudahan yang ada disediakan, justeru untuk menyebarkan maklumat ini, kita amat berharap media dapat membantu kita termasuklah NGO di negeri ini," ujarnya.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
KUCHING: Bagi parti ke mai menira Pakatan Rakyat (PR) ba Sri Aman agi mengkang bedau bisi pemutus.
Lebuh meda pengawa ke udah digaga kenyau ari beberapa taun ke udah, chalun ke aruh diambi nya kepala DAP pampang Sri Aman Leon Jimat Donald ke udah chakah bejalai ngelawa redak sereta udah mega mantu mantai penusah ke nekul mensia mayuh dalam sitak dia.
Tang taja pia bisi berita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mega ngining penuduk nya kelebih agi pengudah seiku personaliti nya bekau menijer besai Sarawak Forestry Wilfred Landong udah masuk parti.
Leon, lebuh ke dipinta meri penemu ba pekara politik ke nyadi diatu, enda irau ati lalu nyemetakka penerang nya opis DAP di Sri Aman udah lama meri servis.
"Aku nadai komen ba PKR. Semina aku madah aku udah chakah bejalai seraya kimpin, ngelawa rumah panjai ba sitak nya. Opis aku buka tujuh hari seminggu, enti sema aku nadai ba opis, henfon aku semampai buka ngambika nyamai orang ngiga aku.
"DAP Sri Aman bisi staf ke gawa penuh maya enggau sekeda volunteer ke mantu tujuh hari seminggu mending lalu mutarka kompelin rayat ke dibai ngagai sida," ku iya.
Leon, datai ari ruang bilik politik, masuk DAP dalam Januari 2009 kala bediri di Simanggang ba pengawa bepilih betapi enggau Francis Harden Hollis ari BN-SUPP.
Taja pan enda mujur, Leon, 38, enda medah ngereja pengawa ba sitak tu lalu dipeda tebilang tegal suah ngelawa rumah panjai enggau genturung pendiau dia ninting minggu.
Graduate dalam BA (hons) Business Administration ari Bolton University, Manchester diberi sukung ari apai iya empu ke udah tiga renggat nyadi Kaban Parlimen (MP) Sri Aman Jimmy Donald ari DAP.
Lebuh ke bejaku ba Serian sekretari besai DAP Lim Kit Siang udah meri pemendar ngagai Leon mai menira PR betapi enggau Barisan Nasional di Sri Aman.
Ba kaul bukai, Wilfred enda bula ngining Sri Aman taja iya manggai pekara tu ba tuai parti meri pemutus sapa ke patut nyadi chalun.
Iya ngenyitka ati mensia mayuh lebuh ti masuk PKR laban suah dipeda sempil enggau perintah sereta raban politik BN lebuh ke gawa semilan taun enggau Sarawak Forestry.
Ba interviu bedau lama ke udah, orang ubas 56 taun ke ngenggam masters of marketing degree ari United Kingdom, madahka iya udah ngambi penemu deka bediri nyebut sitak parlimen Sri Aman enggi PKR laban nya sitak tebal bansa Iban.
Iya nyebut tu laban tebal raban PKR di Sarawak nya Dayak nyengkaum bansa Iban. Ba tenung iya PR deka numbuhka perintah besai udah pengawa bepilih tu ila.
PR bedau nyimpul tusun penuduk ari tiga bengkah parti nya DAP, PKR enggau PAS ungkup 31 bengkah penuduk parlimen di nengeri tu. DAP enggau PKR bedau mutarka ambu penuduk nyengkaum Sri Aman.
Maya ke diatu, semina dua bengkah penuduk parlimen aja ke diarika PR iya nya Bandar Kuching enggau Sibu sama bela pegai DAP.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
BATU NIAH 1 Mac – Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam bertindak tegas apabila menolak untuk memotong reben sebagai simbolik perasmian bangunan kabin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis yang terletak kira-kira 100 kilometer daripada Miri.
Keengganan itu berpunca daripada rasa tidak puas hatinya apabila melihat kualiti struktur binaan kabin itu yang tidak mencapai standard Kementerian Pelajaran.
Menurut beliau, masalah itu bukan hanya berlaku di SMK Subis, bahkan turut membabitkan keseluruhan projek pembinaan bangunan kabin kelas di sekitar Subis dan Baram.
Katanya, daripada 32 buah blok yang sepatutnya dibina, hanya enam blok sahaja yang disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan serta menepati kriteria digariskan kementerian.
"Kalau ikutkan hati, saya sangat marah dengan kontraktor terbabit, pembinaan kabin tersebut amat mendukacitakan sehingga ada yang tidak siap dan ditinggalkan begitu sahaja.
"Kalau yang dah siap pun, ia tidak mematuhi ciri-ciri yang kita kehendaki seperti ada kabin yang tiada sistem perparitan, tangga tidak mematuhi aspek keselamatan selain material yang digunakan bukan yang ditetapkan," katanya yang jelas amat kecewa dengan perkembangan itu.
Beliau yang dalam lawatan kerja selama tiga hari bagi meninjau 12 buah sekolah di Bekenu, Sibuti dan Subis bermula kelmarin ditemui pemberita selepas melawat blok kabin kelas di SMK Subis yang merupakan salah satu daripada projek yang gagal memenuhi standard.
Mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Aidan Wing dan ADUN Bekenu, Rosey Yunus.
Kementerian Pelajaran sebelum ini meluluskan pembinaan kira-kira 300 bangunan kabin sekolah yang setiap satunya membabitkan kos RM260,000 di seluruh Sarawak.
Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata projek pembinaan itu diserahkan kepada 10 syarikat kontraktor dan dua daripadanya didapati telah gagal menyiapkan projek.
Katanya, kementerian sudah mengenal pasti dua syarikat tersebut selain bertindak menamatkan tempoh lanjutan pembinaan.
"Lebih 80 peratus projek bangunan kabin di Subis dan Baram gagal disiapkan, selain pembinaan yang dilengah-lengahkan dan ditinggalkan begitu sahaja.
"Sedangkan keutamaan kita adalah keselamatan pelajar dan suasana pembelajaran yang kondusif, kita tak mahu pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar khususnya di luar bandar terjejas kerana kegagalan kontraktor," tegasnya.
[unable to retrieve full-text content]Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim di Pekan Bau Sarawak: Sambutan di Sarawak terus mantap…. Share this: StumbleUpon · Reddit. Like this: Like. Be the first to like this. This entry was posted on January 8, 2013 at 10:57 am and is filed ...
KUCHING, 10 Dis (Bernama) -- Statistik indeks jenayah Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak bagi tempoh Januari hingga Disember tahun ini, berjaya dikurangkan 7.86 peratus berbanding tempoh sama, tahun lalu.
MIRI: Seramai 100 pelajar sekolah yang kurang bernasib baik, masing-masing 50 orang di kawasan penempatan di Long Banga dan Bekenu, hari ini menerima bantuan kewangan daripada 1Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat milik penuh kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sendiri menyampaikan bantuan bernilai RM450 bagi setiap pelajar sekolah rendah setahun dan RM600 bagi setiap pelajar sekolah menengah setahun, apabila beliau melawat kedua-dua kawasan penempatan itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, 1MDB berkata ia adalah kumpulan kedua pelajar yang mendapat manfaat daripada projek itu melalui program tanggungjawab sosial (CSR) yang mensasarkan pelajar sekolah menengah dan rendah di kawasan pedalaman Sarawak. Kumpulan pertama penerima itu membabitkan 20 pelajar dari Kanowit yang menerima bantuan dari Perdana Menteri pada Februari tahun ini.
Najib yang juga pengerusi lembaga pemegang amanah 1MDB juga menyampaikan sumbangan syarikat sebanyak RM200,000 bagi membina dua unit "Rumah Arau" atau rumah kediaman sementara bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Tegageng di Subis dan SK Kuala Kebulu di Sebauh.
Konsep rumah itu menyediakan tempat tinggal sementara bagi ibu-ibu dan pelajar prasekolah yang tinggal agak jauh dari sekolah.
Rumah Arau seperti sebuah rumah panjang dengan "tanju" (beranda terbuka) dan "ruai" (ruang tamu bersama) dengan penghuni semua bilik boleh beristirehat bersama. Penghuni kemudahan ini boleh menikmati bekalan elektrik 14 jam setiap hari selain sebuah bilik mandi dan tandas yang dikongsi bersama.
Dua rumah Arau yang pertama adalah bagi SK Nanga Encheremin di Kapit dan SK Lusong Laku di Belaga, yang telah disiapkan pada Jun tahun ini. - BERNAMA
Aku berkesematan singgah melawat kilang sagu di sebuah kampung di daerah Matu Daro, Sarawak semasa membuat 'site survey' untuk projek USP Fasa 3. Aku pergi ke sana dengan pegawai dari perpustakaan negeri Sarawak.
SERAH TUGAS: Sarifuddin (kiri) menyampaikan dokumen Serah Tugas kepada Wan Zaizodin sambil disaksikan oleh Poniman di IPD Betong, semalam.
BETONG: Bermula 3 Disember lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong secara rasminya mampunyai Ketua Polis Daerah (KPD) yang baharu apabila Deputi Superintenden Polis (DSP) Wan Zaizodin Wan Jaafar menerima pelantikan itu menggantikan DSP Sarifuddin Mustafa.
Pada masa yang sama, Wan Zaizodin sebelum ini berkhidmat sebagai KPD Tatau, Bintulu mengambil alih tugas menggantikan Sarifuddin yang dilantik sebagai KPD Betong sejak sembilan bulan lalu.
Dalam pada itu, Sarifuddin yang belum sampai setahun berkhidmat sebagai KPD Betong akan memulakan tugas sebagai Pegawai Turus D9 (Siasatan Kes Bunuh) di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching.
Majlis Serah Terima Tugas jawatan berlangsung di Bilik Gerakan IPD Betong dengan disaksikan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Poniman Margiman yang mewakili Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Pada majlis tersebut, Wan Zaizodin dalam ucapannya berkata beliau menghargai semangat berpasukan yang telah dijayakan oleh KPD terdahulu dan meneruskan usaha bagi mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan sistem penyampaian barisan hadapan pasukan polis untuk mendekati rakyat.
"Sebagai orang baharu di sini, saya akan merujuk kepada keperluan yang perlu disampaikan kepada rakyat dengan usaha meneruskan kesinambungan serta kecemerlangan tugas yang ditinggalkan oleh DSP Sarifuddin sebelum ini," katanya.
Hadir sama para pegawai kanan, pegawai-pegawai dan para anggota IPD Betong.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
PROGRAM Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan Sarawak berhampiran Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS semalam mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.
Orang ramai berpusu-pusu menghadiri program Merdeka Rakyat di kawasan mereka untuk mendengar sendiri ucapan yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan menurut pengirim gambar, sekitar 3,000 hadirin membanjiri tapak ceramah.
Ini menunjukkan rakyat Sarawak khususnya di sekitar Kota Samarahan, sudah bersedia untuk menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.
Sokongan Rakyat Sarawak sangat penting untuk Pakatan Rakyat menawan putrajaya, hanya Sabah dan Sarawak terutama kawasan pedalaman sahaja yang masih menyokong Barisan Nasional.
Dengan kata lainnya, Barisan Nasional hanyalah "jaguh kampung" kerana parti itu tumbang di kebanyakkan bandar-bandar seluruh Malaysia pada 2008.
Barisan Nasional hari ini sekadar mengharapkan undi orang kampung dan penduduk pedalaman yang mudah diperbodohkan melalui media-media arus perdana seperti TV3 yang masuk ke rumah-rumah mereka setiap hari. Selagi rakyat boleh diperbodohkan, selagi itu BN berkuasa.
PROGRAM Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan Sarawak berhampiran Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS semalam mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.
Orang ramai berpusu-pusu menghadiri program Merdeka Rakyat di kawasan mereka untuk mendengar sendiri ucapan yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan menurut pengirim gambar, sekitar 3,000 hadirin membanjiri tapak ceramah.
Ini menunjukkan rakyat Sarawak khususnya di sekitar Kota Samarahan, sudah bersedia untuk menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.
Sokongan Rakyat Sarawak sangat penting untuk Pakatan Rakyat menawan putrajaya, hanya Sabah dan Sarawak terutama kawasan pedalaman sahaja yang masih menyokong Barisan Nasional.
Dengan kata lainnya, Barisan Nasional hanyalah "jaguh kampung" kerana parti itu tumbang di kebanyakkan bandar-bandar seluruh Malaysia pada 2008.
Barisan Nasional hari ini sekadar mengharapkan undi orang kampung dan penduduk pedalaman yang mudah diperbodohkan melalui media-media arus perdana seperti TV3 yang masuk ke rumah-rumah mereka setiap hari. Selagi rakyat boleh diperbodohkan, selagi itu BN berkuasa.
Bukan main berdendang lagi Anwar menjual ubat kuat di pekan Limbang Sarawak.... Kalau beliau jadi Perdana Menteri harga petrol akan diturunkan dalam masa 24 jam setelah beliau angkat sumpah sebagai PM.
Selepas kegagalan Ceramah Merdeka Rakyat bersama Che'gu Bard di Samarahan pada Disember lepas, calon PKR Sarawak di Parlimen Samarahan, Arip Ameran sekali lagi akan membawa Ceramah Merdeka Rakyat di Samarahan. Kali ini lebih gempak dan lebih meriah dengan menjemput Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Nuar Liwat untuk berceramah pada Ahad, 6 Januari 2013 di Desa Ilmu, Samarahan.
Ini susulan pendedahan blog Wira Kenyalang dan kumpulan Bloggers Anak Sarawak™ yang mewar-warkan tentang kehadiran penonton hanya seramai 40 orang. Lebih tepat lagi kerusi lebih ramai daripada penonton. Atas sebab itu, Arip Ameran dan PKR Sarawak terpaksa 'menjemput' Anwar Ibrahim agar penonton yang akan hadir lebih ramai daripada sebelumnya.
Selain Anwar, penceramah PKR yang akan memberikan ucapan ialah bekas UMNO Lajim Ukim, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, Pengerusi Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atau lebih manja panggilannya Mak Lampir, ADUN Krian Ali Biju dan beberapa pemimpin PKR Sarawak yang lain. Pada malam itu, calon PKR di Parlimen Samarahan yang juga bekas calon PKR di DUN Asajaya, Arip Ameran akan mengetuai Ceramah Merdeka Rakyat di Samarahan.
Dijangkakan isu yang akan dibangkitkan Arip Ameran pastinya isu feri di Muara Tuang, isu tanah yang menjadi santapan harian PKR apabila mengadakan ceramah, isu rasuah dan isu Audit Negara 2012.
Untuk mengingatkan dirinya supaya tidak lari ikut skrip, Arip Ameran akan sentiasa berceramah dengan membawa sekeping nota supaya fitnah yang disampaikan tidak berbeza dengan apa yang telah dirancang PKR. Inilah perlakuan seorang seorang peguam syariah yang dikatakan handal di Sarawak oleh sesetengah penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang.
Manakala, selebihnya isu nasional yang menjadi modal untuk menjerat rakyat Samarahan dan Sarawak untuk mengundi Pakatan Pembangkang dalam PRU-13.
Diandaikan isu nasional yang dibawa Anwar Ibrahim antaranya Rosmah-Deepak, isu pembelian Scorpene, pembunuhan Altantuya, rasuah BN dan beberapa isu menjelang PRU-13.
Di antara isu yang tidak akan disentuh Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR Sarawak ialah isu pengambilan tanah di Kelantan oleh pemimpin DAP Perak, Amanat Haji Hadi, kes saman Anwar Ibrahim terhadap S.Nalakaruppan, Kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu, isu-isu besar Selangor dan banyak lagi.
Buat rakyat Samarahan jangan lupa datang menyaksikan Ceramah Merdeka Rakyat anjuran PKR Sarawak dengan kerjasama PKR Samarahan. Selepas dengar ceramah keesokan harinya jangan lupa baca Utusan Melayu dan blog-blog Bloggers Anak Sarawak untuk mendapat kebenarannya. Ini kerana apa yang diperkatakan pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang di Sarawak hanyalah spekulasi dan selebihnya janji gula-gula politik.
Janji atau manifesto Selangor PRU 2008 pun sehingga kini masih belum ditunaikan dan kini sudah hampir masuk PRU-13.
TEMPAT MENARIK DI SARAWAK | MUSIEM KUCHING | BANDAR KUCHING Entry sambungan dari part sebelumnya...belum baca klikSINI Baca dari awal okeh baru best then korang akan tahu tempat menarik di Kuching Sarawak
3/12/2012 9.00pagi.
Hari ketiga( Isnin ) *sobsob sedih dah hari ketiga. Mbr yg stady unimas tak dpt nk follow pagi ni ,before antar kereta kul 11.00 sempat juga lawat Muziem Kuching..Macam-macam benda boleh dpt dekat muziem ni mengenai Sarawak Borneo. Salah satu tempat menarik di Kuching Sarawak. Walaupun tak boleh snap pic aku beranikan diri juga snap pic yang mana aku rasa nak snap .Dah kena tegur pun snap juga buat xtau ja .haha..jauh kot nak dtg sini apa salahnya sekali sekala degil sikit kan ..
Meh tengok pic yang sempat snap ni.. Lepas antar kereta terus keluar jalan-jalan lagi area Kuching Waterfront tp hari ni start shopping ole-ole tuk family, kawan dekat semanjung . Sampai rambang mata tak tau nak beli apa semua nya nak beli sampaikan tabung buloh sarawak pun beli..haha..
2jam dekat area-area kedai ni saja tau sampai rasa pening kepala tgk duit dok keluar ja..haha...
Antara barang-barang baju 4 helai, kain pelekat / batik 2 pasang , Fridge magnet , keychain, tabung, beg sarawak, alas meja, patung kucing etc..haha !!
SERAH TUGAS: Kelihatan Nik (kanan) melakukan penyerahan tugas secara rasmi kepada Ahamad (kiri) sambil disaksikan oleh Poniman (tengah).
SARIKEI: Kes pecah rumah mencatat jumlah tertinggi daripada keseluruhan kadar indeks jenayah yang dicatat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei bagi tempoh Januari hingga pertengahan Oktober ini.
Ini terutamanya apabila ia dibandingkan dengan dua jenis kes yang biasa berlaku iaitu kes melibatkan curi kereta dan motosikal, kata Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Poniman Margiman.
Katanya kes pecah rumah yang membabitkan rumah sewa adalah paling banyak berlaku.
Sehubungan itu beliau mahu orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjadi saksi kejadian agar membuat laporan segera kerana tindakan serupa mampu memberi peluang kepada polis mengambil tindakan segera, terutama dalam membanteras dan mengatasi jenayah tersebut.
"Kadar indeks jenayah yang berlaku pada tahun ini telah menunjukkan penurunan sebanyak 13.75 peratus daripada tahun lepas bagi tempoh yang sama.
"Pada 2011, sebanyak 269 kes jenayah kami terima manakala bagi tahun ini pula kes yang kami terima ialah 232 kes dan daripada jumlah tersebut ia telah menunjukkan penurunan sebanyak 37 kes berbanding tahun lepas.
"Walaupun kes-kes jenayah masih ada berlaku di daerah ini, tetapi keadaannya masih terkawal dan selamat," kata Poniman.
Beliau berkata demikian sewaktu penyerahan tugas melibatkan Pemangku Ketua Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran IPD Sarikei Inspektor Nik Mohd Nazri kepada Ketua Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran IPD Sarikei yang baharu ASP Ahamad Fauzi Sabri, semalam.
Kekosongan jawatan tersebut telah berlaku apabila pemegang jawatan berkenaan iaitu ASP Willie Kikih telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke Kuching.
Manakala bagi Ketua Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran IPD Sarikei yang baharu pula, ASP Ahmad Fauzi beliau telah berpindah dari IPD Miri ke IPD Sarikei.
Dalam ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut, Poniman menyeru semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar terus memberikan komitmen terhadap tugas yang telah diamanahkan.
"Dalam pihak kita menggiatkan aktiviti Komuniti Policing yang berobjektif merapatkan lagi hubungan pihak polis dengan masyarakat, kita telah menyediakan pelbagai program untuk aktiviti ini.
"Salah satunya pada Ahad ini (21 Oktober) kita bersama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Chan Chuan akan menganjurkan kempen derma darah dan aktiviti pemeriksaan kesihatan.
"Sehubungan itu, kita menyeru kepada masyarakat dan anggota PDRM khasnya, agar turun beramai-ramai pada program ini nanti kerana ia adalah satu daripada tanggungjawab sosial," ujarnya.
Kata Poniman lagi, program ini akan diadakan di Dewan Suarah Sarikei bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari tersebut.