Ahad, 5 Ogos 2012

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


CT120. HIDANGAN RAMADHANKU « LAMAN MENULIS GAYA <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2012 08:20 PM PDT

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Posting kali ini adalah untuk merehatkan sedikit minda dan fikir buat sementara waktu sebelum melanjutkan lagi Travelog Hajjah di Bumi Haramain.

Hari ini  15 Ramadhan kita berpuasa. Sungguh cepat masa berlalu dan tinggal separuh bulan lagi untuk bersedia mengiringi kepergian Ramadhan yang ditunggu setahun yang lalu. Menjelma pula Syawal, hari kemenangan. Hati ini bagai mengharap biarlah seluruh bulan dalam tahun ini adalah bulan Ramadhan. Tentu sekali mustahil berlaku kerana ketentuannya sudah demikian sejak azali lagi. Setiap bulan Islam mempunyai keistimewaan masing-masing dan tidak ada yang memudharatkan.

Direbut bulan Ramadhan kerana hebatnya ganjaran yang Allah kurniakan kepada hamba-NYA yang beriman, mematuhi perintah dan larangan-NYA. Ditangisi kepergiannya kerana bimbang tidak akan bertemu lagi untuk menjadi tetamu Ramadhan di tahun mendatang. Dirindui kehadirannya kerana tidak ada lagi gandaan amal ibadah yang dikhususkan kepadanya yang tidak ditemui dalam bulan-bulan yang lain. Subhanallah.

Hargailah Ramadhan tahun ini kerana mungkin inilah Ramadhan Terakhir kita.

GORENG PISANG RANGUP menjadi menu wajib setiap hari berbuka. Sebabnya ? Ini buah pisang kapok dari tanaman sendiri. Anak-anak  tidak jemu makan goreng pisang yang saya hiris nipis dan digoreng rangup. Kadang kala kami hanya bersahur dengan goreng pisang sahaja. :D

Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, biasanya saya akan membeli lauk pauk, kuih muih dan minuman di Bazaar Ramadhan di bandar Sarikei hampir setiap hari kerana letih untuk memasak sebaik pulang dari kerja. Pelbagai juadah dijual untuk memudahkan orang ramai berbuka puasa di rumah masing-masing. Hati bagai dipanggil untuk menikmati hidangan yang membuka selera tetapi belum tentu berkhasiat dan tidak diketahui apakah nutrimennya membantu meningkatkan kesihatan yang berkesan. Yang kita tahu, hanya membeli sahaja.

Tahun 2012, hanya baru sekali saya mengunjungi Bazaar Ramadhan. Itupun kerana saya ingin makan ayam panggang dan minum air tebu. :D Saya mengambil langkah berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan. Bukan kerana bakhil, kedekut atau lokek. Tetapi saya  membuat keputusan, dipersetujui oleh SPH dan anak-anak untuk menyedia dan memasak sendiri segala juadah berbuka. Lagipun saya masih mempunyai masa lapang untuk mengatur menu simple bagi juadah berbuka.

Anak-anak sudah biasa dengan makan sederhana. Mereka diajar untuk tidak membazir. Setiap makanan yang dihidang mesti habis dimakan supaya "tidak berkawan dengan syaitan." Mereka tidak berkeluh kesah apabila hidangan saya hanya satu atau dua menu sahaja. Namun saya akan pastikan menu masakan saya adalah yang TERBAIK hari itu. Anak-anak juga tidak menggalakkan saya membeli di Bazaar Ramadhan kerana mereka kata membazir. Baik masak sendiri lagi banyak berkatnya. Alhamdulillah.

Berikut adalah beberapa menu hidangan berbuka puasa yang telah saya masak untuk keluarga bagi menyambut riang kehadiran waktu berbuka yang selalu ditunggu-tunggu dengan tidak sabarnya oleh anak-anak. Waktu berbuka puasa bagi Sarikei dan kawasan yang sewaktu dengannya adalah jam 6.48 petang.

SPECIAL (1) SAMBAL TEMPOYAK GORENG

Tempoyak adalah terhasil dari isi durian yang sudah dipisahkan dari bijinya. Kemudian digaul sebati dengan garam secukup rasa mengikut kehendak sendiri. Biarkan masin sedikit agar lebih tahan lama. Dimasukkan ke dalam balang dan ditaburi sedikit gula pasir di atasnya untuk mengekalkan aroma. Kemudian tutup ketat. dan simpan di dalam peti sejuk.

Selain dimakan mentah bersama nasi, tempoyak boleh juga dimasak secara goreng atau berkuah (asam pedas). Namun begitu, saya lebih suka menggorengkannya bersama udang dan daun kunyit.  Aroma baunya yang harum manis menyebabkan tidak sabar untuk menikmatinya ketika panas-panas.

Sayur taugeh adalah antara sayur kegemaran saya. Biasanya digoreng kering dan dicampur udang serta pelbagai sayuran lain seperti kacang pendek, lobak dan anak jagung muda.

Cucur udang bersalut tepung gandum sahaja dengan "corn kernel" bersama daum saderi dan cili merah adalah hidangan kegemaran seisi keluarga. Semakin enak dan lazat dimakan apabila dicecah dengan sos chili Thai yang diperah dengan sedikit limau kasturi untuk meyeimbangkan rasa masam dan manis sos.

Ayam Masak Tomato atau di Sarawak dikenali sebagai Ayam Masak Merah adalah kegemaran anak-anak. Cuma saya modifed sedikit rasanya dengan mencampurkan daun limau purut agar lebih wangi dan menimbulkan selera. kadang kala saya campurkan daun kunyit untuk menambah aromanya.

SPECIAL (2) BUBUR PEDAS

BUBUR PEDAS sangat terkenal di Sarawak. Zaman saya kecil-kecil dulu, Bubur Pedas hanya dapat dirasai pada bulan Ramadhan sahaja. Bulan-bulan lain sangat sukar untuk ditemui bumbu Bubur Pedas ini. Tetapi sekarang, makanan tradisional Sarawak ini sudah dijual di luar musim bulan Ramadhan. Kita boleh makan Bubur Pedas bila-bila masa sahaja tanpa menunggu hadirnya bulan Ramadhan.

Tidak semua orang mahir membuat BUMBU Bubur Pedas. Hanya yang telah mewarisi resipi dari emak, nenek dan keturunan mereka sahaja yang dapat menghasilkan BUMBU Bubur Pedas yang lazat. Harga Bumbunya sudah meningkat RM25.00 untuk sekilo disebabkan harga bahan-bahan bumbu semakin meningkat terutama kelapa parut.

Bubur Pedas adalah makanan kesukaan nombor satu saya. Jika memasak Bubur Pedas, tidak ada makanan lain bersamanya kerana Bubur Pedas sudah cukup mengenyangkan. Rujuk foto Bubur Pedas di atas, yang siap saya masak dengan pelbagai campuran sayuran yang berwarna warni, daun kunyit dan ayam. Selalunya saya juga akan menambah, tauhu kering (fucuk) dan udang bagi keseragaman cita rasa. Sangat enak dimakan panas-panas.

SPECIAL (3) UDANG MENTEGA CHEESE

Resipi Butter Prawn yang sangat sedap ini telah diubahsuai oleh adik saya, Ros. Namun diubahsuai lagi oleh saya yang suka menambah kelainan dalam sesuatu masakan. :D Keenakan menu ini adalah daun kari yang digoreng garing sehingga menyemarak bauan yang menggigit tangkai hati.

Selain itu bawang besar digoreng rangup bersama udang putih besar (RM18, sekilo) bersalut tepung jagung, tepung gandum dan telur. Rasanya manis masin kerana diadun bersama roti cheese dan tepung susu. Hmmm… masakan yang menawan hati. sangat menggugah selera. Alhamdulillah. Terima kasih adikku sayang untuk resepi idaman ini. :D

Dadih adalah kegemaran anak-anak. Paling mereka sukai adalah dadih berperisa coklat, mangga, cappucino dan jagung. Anak-anak suka membantu saya menyiapkan hidangan pemanis mulut ini. Maka, kerja saya semakin ringan dan dapat istirehat panjang. :D

Foto diambil ketika sedang menikmati juadah makan tengah hari di Restoran EH Delight.

MILO CINCAU mula saya minum ketika makan di Restoran EH Delight, Sarikei. Menyiapkan resipi ini sangat mudah. Milo dimasukkan ke dalam gelas mengikut jumlah yang disukai. Tambahkan sedikit gula pasir dan beberapa sudu susu krimer manis mengikut rasa kepekatan sendiri. Campurkan cincau manis yang sudah dicincang halus. Kemudian masukkan air putih bersama ketulan ais. Siap untuk diminum. Sangat sedap diminum sejuk. Anak-anak selalu memuji minuman MILO CINCAU buatan saya. Lebih sedap dari Restoran EH Delight. :D  

Selain Milo Cincau, saya juga menyiapkan minuman Lobak Susu yang di 'blend' buahnya untuk mendapat pati air lobak. Kemudian dicampurkan dengan susu krimer manis dan gula pasir sebelum dicampurkan dengan air putih dan ais. Minumlah dengan senyuman yang menawan. Isi buangan lobak pula, tidak disia-siakan kerana saya akan 'modified' menjadi Cucur Lobak Manis. Tidak membazir kan ? – Fotonya akan kemudian disiarkan kerana cadangnya esok hendak buat air lobak. :D

SPECIAL (4) LAKSA SARAWAK

Laksa kegemaran yang menjadi pilihan saya dan keluarga. Semalam saya hidangkan untuk berbuka dan bersahur. Hanya Laksa Sarawak. :D Jika makan di mana-mana kedai makan, pilihan pertama saya akan jatuh pada menu Laksa Sarawak kerana setiap kali makan, rasanya berbeza. Dalam banyak-banyak rasa Laksa Sarawak, pilihan utama saya adalah Bumbu Liza's Laksa Sarawak. Sangat sedap, pedas dan memenuhi cita rasa saya. :D

Roti Sanwich Tuna Pedas adalah makanan saya kerana saya kurang makan nasi. Anak-anak akan menyantap sama walaupun pedas. Semakin enak apabila ditambah dengan Cheese dan dibakar sehingga Cheesenya mencair.

Ringgggg…ringgggg, alarm dari Blackberry Torch sudah disetkan pada jam 4.00 pagi. Dengan setianya, jam itu membangunkan saya untuk memberi ingatan waktu sahur sudah tiba. Jam 4.30 pagi kami sekeluarga mula menghadap hidangan sahur yang disiapkan dengan rasa syukur yang tinggi kepada Allah swt.

Hidangan yang sangat ringkas iaitu minuman panas segera mengikut cita rasa masing-masing dan roti sanwich berintikan ikan tuna pedas dengan cheese yang kemudiannya dibakar. Kemudian akhir sekali meneguk air putih untuk mengakhiri makan sahur. Jarang sekali kami sekeluarga makan  dari lebihan waktu berbuka.

Kebiasaan makan sahur yang ringkas adalah hasil dari kebiasaan makan sahur untuk puasa sunat Isnin dan Khamis yang menjadi amalan kami sekeluarga sebelum tiba bulan Ramadhan. Anak-anak tidak pernah merungut dengan makan sahur yang disediakan. Alhamdulillah. Waktu Imsak bagi Sarikei adalah jam 5.05 pagi. manakala waktu Subuh pula, jam 5.15 pagi.

Apakah menu berbuka puasa dan makan sahur sahabat sekalian? Lain tempat, lain makanan dan lain seleranya.  :D

 4 Ogos 2012 (Sabtu)/ 15  Syawal 1433H/ 10.44 pagi - Sarikei, Sarawak

AKU…. dan apapun yang pernah aku berikan padamu sewaktu – waktu dulu, simpanlah di dasar hatimu yang terdalam. Dan sewaktu-waktu itu, ada kenangan yang boleh diingati saat kaki ini akan melangkah pergi untuk salam terakhir. Aku…. malu dengan seada-adanya, menatap keunggulan cintamu yang selalu sedia menerimaku dengan seada-adanya. Di sisimu, ada sekeping hati yang lembut di sebalik ketegasanmu. Yang paling aku rindu adalah SENYUM dan PENDIRIANMU.

- SITI FATIMAH AHMAD -

Tags: , , , , , , , ,

Sabtu, 4 Ogos 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Bulan Membaca dan Bulan Merdeka 2012 « Majlis Daerah <b>Marudi</b>

Posted: 16 Jul 2012 07:11 PM PDT

Aktiviti yang dianjurkan oleh Bahagian Perpustakaan, Majlis Daerah Marudi dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak ini telah dilangsungkan di Perpustakaan Awam Marudi pada 15hb Julai 2012. Berbagai aktiviti telah diadakan dan ianya telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada orang awam.

Jumaat, 3 Ogos 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Nahas ngeri ragut lima nyawa <b>di Sri Aman Sarawak</b> | Kamaluddin&#39;s <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2012 03:42 AM PDT

- Jul 20, 2012 18:42:38.

MENGERIKAN: Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang masih tersepit di dalam kereta Kancil yang remuk teruk selepas bertembung dengan lori pembancuh simen dalam kemalangan di kawasan San Raba, Sri Aman semalam.

SRI AMAN: Tiga wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan terbunuh dalam kemalangan ngeri di antara sebuah ke-reta Kancil dan lori pembancuh simen di Kilometer 24 Jalan Sri Aman-Sarikei dekat sini, pagi semalam.

Kemalangan maut yang berlaku sekitar jam 9.05 pagi di kawasan San Raba itu turut menyebabkan seorang lagi wanita dan seorang kanak-kanak lelaki mengalami ke-cederaan parah.

Mereka yang terkorban ialah pemandunya Mohd Richell (Rachell Nyaring), 22, Santi Abdullah, 19, (isteri Rachell), Jamillah Ali, 24, Jamayah Ali, 24, (kembar) dan Nur Raymie Abdullah berusia satu tahun.

Manakala mangsa yang ce-dera parah ialah Janggah Hamiyah, 47, (ibu mentua Rachell) dan Rudi Minggat Abdulah yang berumur satu tahun lebih dan merupakan anak kepada Rachell.

Menurut sumber, kesemua mangsa yang terdiri daripada satu keluarga itu dalam perjalanan dari Engkilili menuju ke Sri Aman.

"Kenderaan yang dinaiki semua mangsa dipercayai memasuki lorong bertentangan di kawasan San Raba lalu bertembung dengan sebuah lori pembancuh simen dari arah Sri Aman.

"Lima daripada mereka terbunuh serta-merta, manakala pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Dua mangsa yang meng-alami kecederaan parah masih dirawat di Unit Kecemasan Hospital Bahagian Sri Aman, tambahnya.

Kesemua mayat mangsa kemudiannya dihantar ke bilik mayat hospital untuk tinda-kan lanjut.

Kongsi / Share Laman Sosial/Social Network

Selasa, 31 Julai 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Pandelela Rinong <b>Di</b> Upacara Perasmian Sukan Olimpik London <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2012 04:53 PM PDT

Gambar Pandelela Rinong

Pandelela Rinong Anak Pamg – pembawa bendera Malaysia di Upacara Perasmian Sukan Olimpik London 2012 yang berasal dari Bau,Sarawak. Lahir pada 2 Mac 1993 . Beliau adalah atlet terjun papan anjal. Pandelela ialah pemenang anugerah Olahragawati Kebangsaan 2011.

perarakan pasukan malaysia olimpik 2012

Inilah saat yang dinanti-nanti, rasa darah mengalir panas dengan semangat cintakan negara yang membuak-buak apabila melihat atlet negara berjalan megah dalam perarakan pembukaan Olimpik 2012.

Walaupun sepanjang hujung minggu ini warga siber agak riuh mengkritik logo dan lagu sempena Hari Merdeka ke 55 negara, tidak dinafikan rasa cinta, semangat pratriotik masih menebal di dalam jati diri semua orang. perasaan ini, rasa ini bukan boleh dinilai oleh pihak lain atau digambarkan dalam bentuk sekian-sekian. Ini adalah rasa yang dalam tak perlukan balasan.

perarakan masuk pasukan malaysia olimpik 2012

Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya "Games of the XXX Olympiad" (Sukan Olimpiad XXX) diadakan di London, England, United Kingdom dari  27 Julai – 12 Ogos 2012.   Kalau di  London 27 Julai masa majlis pembukaan, kita di Malaysia dah 28 Julai.

London menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas tahun 1908 dan 1948.  Negara pertama yang menjadi tuan rumah sebanyak tiga kali.

Malaysia menghantar 30 atlet  yang mengambil bahagian di dalam sembilan acara sukan iaitu memanah, olahraga, badminton, berbasikal, terjun, lawan pedang, belayar, menembak dan berenang.

Tumpuan sudah semestinya kepada penembak wanita negara, Nur Suryani Mohamed Taibi yang sedang sarat mengandung lapan bulan.  Beliau satu-satunya penembak negara yang layak ke Olimpik 2012 secara merit.

Moga atlet kita mencapai kejayaan yang membanggakan di sana.

gambar pembukaan sukan olimpik 2012
Stadium Olimpik London

Rowan Atkinson Mr Bean

Mr Bean ( Rowan Atkinson ) pun buat persembahan bersama orkestra.  Gimik ketibaan Queen Elizabeth II melalui payung terjun dengan diiringi oleh James Bond (Daniel Craig) pun menarik.

gambar pembukaan sukan olimpik london 2012

gambar stadium olimpik london

Ini gambar pembukaan sukan Olimpik 2012 dari skrin tv kat rumah saya… cantiklah juga walaupun kamera senget  #pujidisisendiri

Banyaknya nama negara-negara yang tak pernah tahu muncul di kaca TV, jadi jangan terkejut kalau penduduk dunia lain  pun baru pertama kali mengetahui mengenai negara Malaysia.

Antaranya Gabon ,Burkina Faso, Kiribati , Vanuatu

gambar david beckham naik bot olimpik 2012

Perghhh………. macam Bond 007!  David Beckham memandu bot melalui Tower Bridge menuju ke Stadium Olimpik London membawa Jade Bailey yang membawa obor

gambar stadium olimpik london 2012

Gambar ni comel.  Stadium Olimpik London yang  menjadi tempat upacara perasmian dan upacara penutup pada 12 Ogos 2012 nanti menjadi perkampungan British dengan teme 'Green and Pleasant' .  Ada awan yang gebu-gebu lagi.

Gambar dari  london2012.com

Youtube juga menyediakan siaran langsung pembukaan Olmpik 2012 di Official Olympic Channel

logo olimpik 2012 dan maskot olimpik 2012Logo Olimpik 2012  dan Maskot

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Majlis Perasmian Pasaraya My Agro Hypermart Dan Karnival Asas Tani 2012
  2. Cuti Umum Malaysia 2012
  3. EURO 2012 – Belanda Adalah Netherlands Bukan Holland
  4. Gambar Pelajar Malaysia Yang Dirompak Di London
  5. Jadual Persekolahan 2012, Cuti Ganti Raya Cina Dan Raya Haji 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


~UJANA RAUDHAH~: Cuti-cuti Malaysia <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 09 Jul 2012 02:01 AM PDT

Assalamualaikum wbt..

Hi, sebelum ke Sarawak..Wani kena stay kat umah abg dlu kat Sg. Besi sbb hubby ada team building kat Sungkai, Perak...2 malam jer..pastu terus naik belon ke Sarawak :)

Sampai kat airport Kuching, dah ada org tunggu...bro pemilik kete sewa...kami sewa kete viva..kereta baru lagi..alhamdulillah...

Destinasi seterusnya, kami pi hotel yg dah booking tu ler...hehe..hotel murah2 aja..area hotel grandcontinental kat Jalan Ban Hock...

Pas simpan2 barang, kami ke Masjid Negeri Sarawak...tercari2 jgk laa...sbb masa tu GPS tunjuk merapu jek..haha..kami tersilap pergi ke Majlis Bandaraya Kuching..kami ingatkan Masjid Negeri..lawak betol...yer lah kan...punyer nampak macam masjid dari jauh..pastu plak terletak tinggi je atas bukit...

Tpi jumpa jgk la masjid yg dicari tu :)

 Masjid Jamek Negeri Sarawak. Pemandangan dari dalam.
Lepas tu, kami gi round2 bandar kuching...singgah di Sarawak Plaza...asalnya nak cari main bazzar..tapi xjumpa..haha..beli biskut2 wat bekal kat hotel nanti...
Dalam ni xda apa sangat...jual2 mcm biasa jer...kalo nak gi shopping complex, baik gi The Spring..tapi kami xsempat pi..
Membeli belah apa yg patut, then terus balik hotel...ari first ni kami xjalan banyak tempat sangat..just nak familiar ngan jalan di Kuching ni jer...round2 suda...malam xkuar sbb hujan...So, ZZZzzzZZzz la jawabnye..
Hari ke 2, kami ke Damai Central...cantik pemandangan kat sini...berhadapan dengan Kg. Budaya Sarawak..Zafran bukan main seronok lagi..sbb ada kawasan yang lapang yang membolehkannya bebas..hehe...ibu dan ayah duk terkejar2 je laa...
Pemandangan di Damai Central..sangat mendamaikan :D
 budak happy!!! :D seronok sangat dia..kami datang pagi..suasana dia memang best...bagi sapa2 bercadang nak gi ke Damai central ni, better gi pagi sbb dalam kul 11 pg mcm tu, ada pertunjukan tarian kat Kg. Budaya...nak masuk ke Kg. Budaya tu dikenakan tiket RM60 bagi dewasa...
 Kg. Budaya Sarawak...just jalan kaki je dari Damai Central..dekat je...opposite side...
Gunung santubong...Subhanallah..cantik pemandangan ciptaan Allah...gambar ni kami amik dari Jambatan santubong...on da way balik ke Kuching.
Lepas tu, kami singgah di Kubah Ria...kat sni banyak gak jual2...ada food court yg besar..banyak pilihan makanan...
 Suasana di Kubah Ria waktu tengah hari...kalo nak pergi, gi waktu petang..lagi ramai orang dan kedai banyak yg buka..kat sni pon leh dapat kek lapis..
Okies...nanti wani sambung lagi yer di next entry :)

Jumaat, 27 Julai 2012

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Ahmad Ibrahim sedia bertanding <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b> : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 11:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUCHING: Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawah Datuk Ahmad Ibrahim bersedia mempertimbangkan untuk bertanding di Kota Samarahan, sekiranya diberikan peluang dicalonkan pada ...

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Peristiwa <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2012 12:00 AM PDT

Posted in Blog on Date June 17th, 2012 by Najib Razak | CommentsView Comments

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Rejab, dengan harapan akan disusuli dengan Syaaban seterusnya menikmati kemuliaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, 27 Rejab secara tradisinya membawa ingatan kita kepada satu peristiwa agung yang tiada taranya, iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Biarpun kisah ini berlaku melebihi 1400 tahun yang lalu, tetapi kerelevanan dan kepentingannya adalah amat signifikan buat umat Islam.

Sememangnya, ini adalah sesuai dengan apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran apabila Allah SWT memaktubkan peristiwa agung Israk melalui firman-Nya dalam surah al-Israa^ ayat pertama yang bermaksud:-

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Read more…

Tags:

|

  • Islam Universal berlaku di segala zaman/masa…tentu sampai hari akhir nanti.support dari Indonesia.

  • Salam Sejahtera Dan Salam 1MALAYSIA DATUK SERI,   

       Sebagai seorang wakil kepada penduduk di Pekan Marudi Baram, Sarawak ini saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada pemimpin nombor satu kita iaitu DATUK SERI MOHD. NAJIB RAZAK kerana telah sudi datang membuat tinjauan mesra dan beramah mesra dengan penduduk di pekan Marudi ini.
      

       Kami penduduk di pekan Marudi berasa amat terharu dan gembira teramat sangat setelah DATUK SERI dan juga kerajaan 1malaysia di bawah pimpinanbeliau mengumumkan kelulusan peruntukan untuk membina jalanraya darat 1MALAYSIA yang menghubungkan Daerah Pekan Marudi Baram ke Miri Sarawak yang sekian lamanya dinanti-nantikan oleh rakyat penduduk di sini.
       Buat masa sekarang jalanraya tersebut masih dalam proses pembinaan, syukurrrr… alhamdullilahhhh…., TAPI kami rakyat di Pekan Marudi Baram ini ada satu permintaan buat DATUK SERI iaitu sekiranya DATUK SERI sudi datang sekali lagi ke Pekan Marudi ini untuk membuat tinjauan keatas projek jalanraya 1MALAYSIA DATUK SERI yang menghubungkanPekan Marudi ke Miri sebelum pilihanraya umum yng ke-13 ini. Kami penduduk di sini juga mengalu-alukan kehadiran dan kedatangan DATUK SERI untuk menyempurna dan merasmikan projek JALANRAYA 1MALAYSIA  tersebut.
      
    Jutaan Terima Kasih kami ucapkan kepada DATUK SERI dan KERAJAAN 1MALAYSIA….. Syabas!!!…..
    Sekian, Terima Kasih
    PENDUDUK RAKYAT 1MALAYSIA MARUDI BARAM

  • Assalamualaikum w.w..

    Terlebih dahulu saya dan keluarga saya mengucapkan tahniah di atas kepimpinan Datuk Seri yang telah banyak memberikan peluang dan kemudahan kepada rakyat Malaysia dari pelbagai sudut.

    Saya merupakan salah seorang rakyat yang telah menikmati kemakmuran negara dengan mengalami sendiri peluang-peluang yang telah disediakan. Pada tahun 2009 dan 2010 yang lalu, saya telah dilantik sebagai guru kontrak dan hasil pendapatan tersebut, saya dapat membiayai keluarga saya. Ribuan Terima kasih di atas peluang tersebut.

    Pada tahun ini, sekali lagi saya berterima kasih kerana telah diberi peluang untuk menjalani latihan perguruan di salah sebuah IPG Malaysia memandangkan kerjaan telah membuka satu lagi peluang iaitu Program Penyerapan Guru GSTT. Namun saya agak terkejut dan kecewa apabila tawaran tersebut hanya sementara kerana saya hanya bekas guru kontrak di mana syarat lantikan tersebut memerlukan pengalaman sebagai guru GSTT.

    Untuk pengetahuan Datuk Seri, kemasukan saya ke IPG tersebut setelah melalui prosedur yang telah ditetapkan yakni saya telah mengemukakan surat rayuan, menghadiri sesi semakan dokumen dan temuduga singkat yang telah dijalankan oleh pihak KPM, namun kini saya terpaksa menamatkan pengajian dan menanggung kerugian dari segi pekerjaan asal yang telah saya lepaskan, wang ringgit, masa, tenaga dan kini emosi saya serta keluarga saya juga agak terganggu kerana penarikan semula latihan perguruan saya.

    Saya dan keluarga saya merayu kepada Datuk Seri untuk mempertimbangkan dan mengkaji semula perkara ini agar saya dapat melanjutkan pengajian memandangkan saya telah menamatkan satu semester sebelum pembatalan tersebut. Pengalaman kerja dan pengajian sebagai guru yang saya telah lalui memberikan saya pengalaman yang hebat dan rugi rasanya sekiranya saya tidak dapat meneruskan kerjaya tersebut lebih-lebih lagi bidang yang diberikan kepada saya adalah Pendidikan Pemulihan Khas.

    Segala keprihatinan Datuk Seri amatlah saya harapkan dan saya dahului dengan ucpan ribuan terima kasih.

    Nurhayati Abdul Hapid
    miszyat83@gmaill.com
    Tawau, Sabah.

  • Salam Dato' Sri,
    Saya cadangkan agar Dato' Sri dapat meluangkan masa bersama pendengar radio setiap petang sebulan sekali (ala2 Address to Nation) bagi menerangkan isu-isu terkini kepada rakyat serta mendengar permasalahan rakyat marhaen dengan berkesan memandangkan kebanyakannya ketika ini sedang mendengar radio (sambil menghadapi kesesakan lalulintas).

  • mohon datuk seri meneliti kejatuhan harga getah yang mendadak dan amat menghimpit kami pekebun kecil getah. harga FOB smr20 pada hari Jumaat 22/6/12 tutup rendah pada 871.50/kg.  ini bermakna harga peringkat ladang/farmgate rm3.40/kg. ini amat teruk sekali khususnya ketika cuaca/hujan  tak menentu  dan faktor musim daun luruh menyebabkan production low.  peliknya ialah indeks harga getah adalah reverse kepada teori asas ekonomi supply demand, di mana apabila supply low, demand akan naik dan harga turut nak. tetapi dlm industri getah adalah sebaliknya apabila supply kurang harga turut jatuh selari dengannya….atau mungkinkah wujud 'soros" dalam industri getah??? tangan-tangan ajaib yang mengatur trend turun-naik harga getah.
    another biggest question mark, siapakah di atas sana yang menetapkan harga FOB getah…mengapakah tiada wakil di kalangan pekebun kecil sendiri (bukan wakil yang dilantik/appointed) terlibat sama di dalam panel penetapan harga getah…
    berbalik kepada harga getah rm3.40/kg bermakna kami pekebun kecil terpaksa juggle dengan kos operasi kami bagi mjemastikan cashflow kami tetap relevan.  kos saya untuk menghasilkan 1 kg getah smr 20 ialah RM2.67/kg. dan dengan kadar harga rm3.40 saya hanya ada take home sebanyak rm0.73/kg.  nak minum secawan teh tarikpun tak lepas tu datuk seri.
    senario ini telah berlanjutran lebih setahun dan paling teruk semenjak jan 2012 apabila harga farmgate kami hanya sekitar rm4.00 – rm4.50 dan semenjak 3 minggu lepas ianya turun ke paras di bawah RM3.50.
    datuk seri,
    saya ada banyak lagi kupasan berhubung isu harga getah untuk makluman datuk seri. sekiranya ada secured channel akan saya kemukan.sila rujuk dengan en ammir warkah utk pm berjudul suatu hari nanti getah sekerap tak akan melanton lagi"
    ikhlas dari
    pekebun kecil getah gen 2.0
    melaka

  • MY SISTER IS HAVING A BABY
    WITH A NIGERIAN MAN
    WHO DOES NOT HAVE A VISA N A JOB
    TO FEED MY SISTER
    HE DID NOT MERRY HER YET
    HE OVERSTAY FOR 2 YEARS
    THE BABY DOES NOT HAVE A FATHER
    I HOPE THE PM OF MALAYSIA WILL GIVE HIM A VISA N A JOB
    SO THAT HE CAN MERRY MY SISTER N TAKE OF THE FAMILY
    I HOPE THE PM WILL HELP HIM

  • Saya orang tuan yang lahir sedbelum perang dunia kedua. Melihat sendiri  tentera Inggeris berkhemah tidak jauh dri rumah saya. Melihat kereta kebal orang putih berundur ke Singapore. Mendengar detuman bom tentera Jepun yang dijatuhkan ke pengkalan tentera Ingeris. Melihat jambatan yang dirohohkan oleh tentera orang putih semasa berundur. Melihat tentera Jepun berbasikal dari utara ke Selatan. Melihat orang makan ubu kayu kerana kekurang makanan terutama beras. Melihat orang kampung yang dipaksa menjadi buruh kereta api. Apabila tentera Jepun menyerah kalah tanpa syarat, melihat gerila bintang tiga masuk bandar dan bermaharaja lela. 

    Warna Tanah Melayu beruibah apabila bangsa Melayu bangun menetang perlembagaan Malayan Union yang mahu menjajah Tanah Melayu secara sah. Dato' Onn menjadi wira kerana berjaya menghapus Malayan Union. Namun beliau gagal dalam perjuangan menyatukan semua keturunan dalam satu parti sepertimana yang sarankan oleh British. 

    Almarhum Tunku telah berjaya menyatukan  tiga keturuan terbesar dalam Tanah Melayu dalam satu parti gabungan yang bernama Perikatan. Almarhun Tun Abdul Razak menjadi tulang belakang kepada kejayaan perjuangan Tunku. Tun Razak menjadi pengasas kepada Negara Tanah Melayu yang berdaulat apabila memimpin Jawatankuasa Perikatan untuk mengubal Memerandum Perlembagaan Tanah Melayu untuk dierahkan kepada  Suruhanjya Reid yang kagum dengan memorandum itu kerana mempunyai saranan yang lengkap. Itulah perlembagaan Malaysika yang kita pakai sekarang.

    Dato' Seri Najib mewarisi lagenda Tun Razak dengan memperkasa inspirasi rakyat Malaysia apabila merancang untuk menyambung pembangunan negara agar menjadi negara maju menjelang 2020 sepertimana yang dirancang oleh Tun Dr. Mahathir. 

    Ramai kagum dengan cara kepimpinan Dato' Seri Najib kerana semua Pak nujum gagal membuat  ramalan tarikh pilihan raya ke 13. Lebih mengkagumkan kerana beliau tidak memperlekeh pembangkang tetapi merancang beberapa strategi sehingga membingungkan pembangkang. Pengumuman yang dibuatnya menjadi rakyat gembira. Allah takdirkan pula pembangkang bergelut denagn pelbagai masaalah dalaman yang diciptakan oleh mereka sendiri.

    Bolehkan Dato' Seri Najib  menguasai  semula 2/3 kerusi parlimen Malaysia? Nampaknya begitu namun kuasa terakhir di tangan Tuhan.

    ABD. MANAF AHMAD Penulis Kontrak Sosial dan Sejarah Perlembagaan Malaysia.   

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


YDP ISMA <b>Sarawak</b> menziarahi Ahli ISMA <b>di</b> Luar Kuching <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 09:42 PM PDT

SIBU, 8 Julai 2012 – Dr Mohd Khairol bin Jambli, YDP Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Sarawak menyatakan komitmennya dalam meraikan kehadiran ahli-ahli ISMA yang berada di luar Kuching dan Samarahan.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi ahli-ahli ISMA Sarawak di Sibu baru-baru ini. Turut hadir dalam sesi lawatannya ke Sibu ialah ahli-ahli ISMA dari Bintulu, Mukah dan Pusa.

Dalam lawatannya itu, beliau turut memberi pendedahan tentang agenda humanisme kepada umat Islam dan matlamat ISMA dalam usaha ke arah membangun umat beragenda dan menghadapi bahaya agenda humanisme.

Turut menemani beliau ialah Ketua Wanita ISMA Sarawak, Ustazah Hasmida Hassan dan pemangku Ketua Biro dan Penerangan ISMA Sarawak, Mohammad Afiq Shazwan.

Wartawan Media

Tags

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


salam ramadhan semua orang <b>sarawak</b> - Justrieyn.Com » Kembara

Posted: 19 Jul 2012 12:39 AM PDT

assallamualaikum dan salam sejahtera…

nampaknya hari sabtu ni kita dah mula berpuasa dah, selamat berpuasa eh kepada seluruh rakyat malaysia,aku tahu walaupun ada yang mengikuti perkembangan blog ni, sebab aku dah lama tak update dah huhu,al maklum komputer rosak, tapi aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan buat semua orang sarawak

WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN DI NEGERI SARAWAK

Sarawak 1433H

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Sarawak:

Zon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas

Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi

Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu

Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song

Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang

Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak

Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam

Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Sematan

Zon Khas – Kg. Ulu Merapok, Kg. Sungai Merapok, Kg. Manchu, Kg. Bukit Puan, Kg. Tanah Sibagol, Kg. Undop, Kg. Sasa, Kg. Bukit Manang, Kg. Merambai, Kg. Limpaki, Merapok, Kg. Bangkatan, Kg. Ladang Lalang, Kg. Lempaki Tengah, Kg. Lempaki Asal, Kg. Languban dan Kg. Patarikan

 selamat berpuasa semua orang sarawak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ads