Sabtu, 1 Februari 2014

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Penyokong merungut disaman ketika tonton bola <b>di</b> Stadium <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2014 02:03 AM PST

Segelintir penyokong bolasepak Negeri Sarawak merungut apabila mendapati kereta mereka disaman oleh pihak PDRM semasa perlawanan bolasepak antara Sarawak dan Kelantan pada hari Sabtu lepas di perkarangan Stadium Negeri Sarawak.

"Kami tidak berani meletak kenderaan kami di tapak parkir stadium baru (Stadium Sarawak) kerana tempat itu tidak ada lampu dan berisiko tinggi untuk kenderaan kami dipecah. Lagipun pada malam itu, kami meletak kenderaan di tepi jalan ke stadium dengan baik, tidak mengganggu lalulintas", kata salah seorang penonton yang hampa apabila menyedari keretanya disaman selepas tamat perlawanan.

Seorang lagi penyokong yang hampa mengatakan,"tiket cuma RM15 tetapi kami terpaksa membayar tambahan RM80-RM150 hanya untuk menonton perlawanan bolasepak. Kalau begitu, kami tidak sanggup untuk pergi menonton lagi jika pihak PDRM tidak bertolak ansur berkenaan isu parkir".

Para penyokong bolasepak mencadangkan agar pihak stadium menyediakan tempat yang memenuhi ciri-ciri keselamatan di tapak parkir Stadium Sarawak jika PDRM tidak mahu bertolak ansur.

"Kami lebih rela menonton di rumah atau kedai kopi jika tiada tolak ansur PDRM dan keperihatinan pihak stadium."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads