Selasa, 22 Oktober 2013

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Pengusaha teksi <b>di Miri</b> belum berhasrat naikkan tambang <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2013 03:06 PM PDT

Posted on September 5, 2013, Thursday

MIRI: Pengusaha teksi di sini belum berhasrat untuk mengenakan caj tambahan kepada penumpang meskipun berlaku kenaikan harga petrol baru-baru ini.

Pengerusi Pemilik Teksi Sarawak Lias Julaihi berkata, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk mengenakan caj baharu namun perbincangan mengenai tambang baharu akan dibuat kelak.

"Sehingga hari ini, kami masih mengenakan caj biasa bagi kawasan dalam bandar raya Miri sahaja namun jika perjalanan ke kawasan di luar bandar, satu rundingan akan dibuat antara pemandu dan penumpang mengenai caj baharu," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, caj baharu tertakluk kepada lokasi perjalanan, namun harga yang dikenakan tidak begitu membebankan penumpang meskipun sudah ada pihak bercadang untuk menaikkan harga tambang.

"Kita masih belum memutuskan sama ada untuk mengenakan harga tambang baharu terhadap penumpang kerana kenaikan harga petrol turut memberi kesan kepada pengusaha teksi," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau memohon agar kerajaan memberi subsidi minyak atau mengekalkan harga minyak kepada pengusaha teksi iaitu pada harga RM1.90 seliter.

"Kebanyakan pengusaha teksi mempunyai pendapatan tidak menentu dan kenaikan harga petrol memberi kesan secara langsung terhadap pendapatan harian kami.

"Jika kami mengekalkan kadar caj lama, maka seboleh-bolehnya kerajaan menyediakan bantuan khas untuk pengusaha teksi sama ada menyediakan subsidi atau bantuan lain," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, sekiranya pengusaha teksi ingin mengenakan caj baharu terhadap penumpang, satu perbincangan akan dibuat terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan bersama.

"Kami tidak boleh mengenakan caj sesuka hati terhadap penumpang sebaliknya ia memerlukan persetujuan bersama sebelum pemandu teksi meneruskan perjalanan ke lokasi yang dituju," katanya.

Pada masa sama, orang awam yang menggunakan teksi juga harus memahami jika berlaku kenaikan caj tambang berikutan kenaikan harga minyak global, sememangnya ia tidak dapat dielakkan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads