11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
RM582 juta perlu untuk atasi banjir kilat <b>di Kuching</b>, Kota Samarahan Posted: 22 Aug 2013 11:25 AM PDT Posted on August 23, 2013, Friday KUCHING: Anggaran RM582 juta diperlukan untuk mengatasi masalah banjir kilat di pusat bandar raya Kuching dan Kota Samarahan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk James Dawos Mamit berkata, jumlah tersebut telah ditetapkan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 2010. Bagaimanapun, katanya, peruntukan yang diperlukan itu belum disalurkan kepada kementeriannya untuk memulakan pelaksanaan projek. "Unit Perancang Ekonomi (EPU) belum lagi memberi peruntukan. Kalau sudah beri, baharulah saya dapat melaksanakan projek ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam. Dalam pada itu, Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menjelaskan, rancangan projek tersebut tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek tebatan banjir di Sarawak. "Projek tebatan banjir tetap diteruskan. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM162 juta kepada Sarawak bagi tahun ini untuk projek tersebut. "Sebahagian daripada projek juga sudah dilaksanakan," jelasnya. Sementara itu, Dawos berkata, konsep pembangunan lestari perlu diamalkan dalam fasa pembangunan yang pesat di negara ini untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. "Ini sangat penting kerana populasi rakyat meningkat dan fasa pembangunan bertambah pesat. Alam sekitar harus dijaga kerana jika tidak, ia akan menjejaskan kita sendiri. "Kita harus memastikan generasi masa depan turut menikmati manfaat daripada kualiti alam sekitar dan bukannya kemusnahan alam sekitar," katanya. Namun demikian, Dawos menyifatkan pembangunan di Sarawak masih terkawal tanpa wujudnya kemusnahan alam sekitar. "Sarawak tidak begitu teruk dari segi pembangunan bandar raya, ia masih menanam pokok jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur," katanya. Bengkel itu disertai seramai 60 peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Ia adalah anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sarawak Shell Berhad, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta agensi dan jabatan kerajaan terpilih di Sarawak. Bengkel itu bertujuan memberi penjelasan dan latihan kepada peserta yang merupakan bakal guru mengenai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah di bawah program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar. Majlis turut menyaksikan acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Shell dan JAS yang disempurnakan oleh Pengurus Kanan (Kebajikan Korporat) Shell Malaysia Peing Tajang dan Pengarah JAS Ruslan Mohamad. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan