Khamis, 25 April 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Isu luar kawasan tidak jejas sokongan pengundi <b>di Serian</b> - Berita <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2013 07:28 PM PDT

Posted on April 13, 2013, Saturday

SERIAN: Isu-isu luar ka­wasan yang dibawa pihak pembangkang tidak akan menjejaskan sokongan pen­gundi di kawasan Parlimen Se­rian kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Ri­chard Riot.Beliau berkata, sudah ban­yak program pembangunan dibawa oleh kerajaan BN kepada kawasan Serian dan rakyat sudah boleh menilai perkara tersebut.

"Saya percaya isu luar ka­wasan atau isu nasional yang dibawa pihak pembangkang tidak akan mempengaruhi trend pengundi di Serian. Kita tidak terlalu yakin tetapi op­timis BN akan kekal menjadi pilihan penduduk di Serian.

"Rakyat di Serian boleh me­nilai sendiri program pemban­gunan yang telah dibawa oleh BN. Sebagai contoh projek bekalan air bersih berharga RM260 juta yang akan mem­beri kemudahan kepada lebih 70 peratus penduduk dijangka siap menjelang sambutan Hari Gawai nanti," katanya yang juga Timbalan Menteri Luar.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Tebedu Mawang, Tebedu di sini semalam.

Riot yang menyandang jawatan Anggota Parlimen Serian selama lima penggal turut yakin usaha gigih dalam membantu rakyat di situ sejak 1990 mampu membantu BN mengekalkan kerusi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan BN sentiasa komited dalam membantu menyediakan kemudahan asas seperti elektrik, air dan jalan raya.

"Projek bekalan elektrik di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu telah disiapkan dan memberi manfaat kepada 18 buah kampung manakala satu lagi projek bekalan elektrik yang akan mem­beri kemudahan kepada lapan buah kampung di dalam DUN Kedup sudah dirancang dan bakal disiapkan selewat-lewatnya pada 2014.

"Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan sebuah sekolah rendah yang mempunyai kemudahan as­rama di kawasan Tong Nibong yang bakal memberi kemudahan kepada penduduk di 14 kampung di sekitar kawasan tersebut," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Riot menang di Serian yang merupa­kan kawasan majorit kaum Bidayuh mengalahkan Sylvester Belayong Jayang dari Parti Kebangsaan Sarawak dengan majoriti 13,427 undi.

Dua kawasan DUN dalam kawasan itu iaitu Tebedu dan Kedup turut dimenangi BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Mengikut senarai jumlah pemilih yang diwartakan pada 22 Februari lalu, Serian mempunyai 33,765 pen­gundi. — Bernama

<< Previous Entry

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.


Anda sedang membaca artikel tentang

Isu luar kawasan tidak jejas sokongan pengundi di Serian

Dengan url

http://beritatempatin.blogspot.com/2013/04/isu-luar-kawasan-tidak-jejas-sokongan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Isu luar kawasan tidak jejas sokongan pengundi di Serian

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Isu luar kawasan tidak jejas sokongan pengundi di Serian

sebagai sumbernya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads