Selasa, 12 Februari 2013

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Polis Trafik <b>Sarawak</b> Mengenal Pasti 68 Laluan Jalan Raya Kerap <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 06:51 AM PST

MIRI, 30 Januari– Polis Trafik Negeri mengenalpasti 68 laluan jalan raya di seluruh negeri ini termasuk 11 lagi laluan baru yang kerap berlaku kemalangan termasuk kemalangan maut, kebanyakkannya di Saratok.
Sebelas laluan baru yang kerap kemalangan itu ialah KM31-KM38 Jalan Sarikei/Sri Aman; KM40-KM45 Jalan Sarikei/Sri Aman; KM48-KM53 Jalan Sarikei/Sri Aman; KM73-KM80 Jalan Sarikei/Sri Aman di Saratok, KM20-KM29 Jalan Mukah/Selangau di Mukah, KM1-KM2 Jalan Tatau/Bintulu di Tatau; KM9-KM12 Jalan Bintulu/Tatau di Bintulu, KM39-KM42 Jalan Sibu/Bintulu di Sibu, KM20-KM29 Jalan Sri Aman/Sarikei; KM32-KM35 Jalan Sri Aman/Kuching di Sri Aman dan KM15, Batu 21 Jalan Mambong di Kuching.
"Sehubungan itu, sebanyak 450 anggota polis termasuk Unit Polis Peronda (MPV) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan ditempatkan di semua lokasi jalan maut tersebut dan mengadakan sekatan dan rondaan di seluruh negeri sepanjang Ops Selamat, sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini."
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri taklimat Ops Selamat II sempena Tahun Baru Cina 2013 dan Taklimat Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13  di Ibu Pejabat PGA Miri, hari ini.
Sehubungan itu, Acryl menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang terlebih dahulu perjalanan mereka bagi mengelak mereka tergesa-gesa kemudiannya untuk mengejar masa hingga melepasi had laju ditetapkan.
Sementara itu, Ops Selamat II bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi'yang dilancarkan serentak di seluruh negeri bermula 3 hingga 17 Februari ini, memfokuskan kepada penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya.
"Kaedah perlaksanaan operasi ini juga adakah secara rondaan dan statik di jalan raya dengan cara menempatkan khemah atau kanopi dan bergerak ke lokasi-lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan maut."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads