Selasa, 26 Februari 2013

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Anwar Ibrahim berpeluh <b>di Sarawak</b>

Posted: 11 Feb 2013 06:16 PM PST

Tatkala Najib mencatat sejarah buruk dalam kariernya sebagai Perdana Menteri apabila ditolak secara terang-terang oleh rakyat Pulau Pinang semasa konsert PSY, Anwar pula terus mencipta kegemilangan peribadi di Sarawak apabila kunjungan beliau di sana dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat dari segenap lapisan masyarakat.

Kedatangan beliau di Beluru, Bakong disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk. Antara rintihan yang paling memilukan adalah sepanduk 'Majukan Baram' yang mana jelas sekali menunjukkan masyarakat Baram tertindas sehingga sekarang. Kemajuan jauh panggang dari api. Ini kalilah!!!!

Disambut meriah sebaik tiba di lapangan terbang Miri, Sarawak tengah hari semalam.
Waterfront Commercial Centre, Miri


Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan Anwar ke Sarawak pada hari ini. Program dimulakan dengan ceramah Anwar 'Solusi Baram' di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.

7.00 malam tadi Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri. Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.

Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng.
Semoga PR berjaya memerintah kali ini demi kemajuan hidup rakyat secara menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads