Jumaat, 1 Februari 2013

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BICARA PERJUANGAN: RUSUHAN KAUM <b>DI LAWAS</b>, <b>SARAWAK</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2012 06:33 AM PDT

Masyarakat Lum Bawang yang tinggal di sekitar Lawas tentu mengetahui kejadian ini , dimana seorang pemuda Lum Bawang yang bernama Edwin Singa Pelipus telah dibunuh dengan kejam mengunakan objek pemutar skrew terlebih dahulu dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu iaitu 21 September 2012. Mendiang Edwin hanyalah berumur 19tahun.

Apa yang dimaklumkan,kes bunuh ini adalah kerana suspek di bawah pengaruh dadah.



Jadi aku harap sangat orang Lun Bawang dapat bertenang dan berfitkiran waras. Biar pihak polis selesaikan kes ini dengan bijak.


Difahamkan orang Lun Bawang dari kaum dayak ini ingin membuat pembalasan terhadap pembunuh Mendiang Edwin yang dikhabarkan orang Islam. Maka terjadilah kekecohan di bandar Lawas.

Aku amat berharap tragedi ini tidak mencetuskan samada ketegangan kaum ataupun agama. Syukurlah pihak polis setakat ini masih mampu mengawal ketegangan yang berlaku.

Yang bersalah tu tetap akan di hukum dengan hukuman yang setimpal. Jangan kita buat hukuman sendiri. Kita selama di malaysia dapat hidup berbilang kaum dan agama dengan aman sekali. Janganlah sesekali hancurkannya hanya kerana satu kes yang terpencil.



Sayangilah dan hargailah kemakmuran dan keamanan yang ada. Jangan sesekali ada pihak yang cuba melakukan provokasi !

Salam takziah kepada keluarga mangsa. RIP to mendiang Edwin.. 


 







Sumbergambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads