Rabu, 30 Januari 2013

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Lebih 20 kes denggi dikesan <b>di Subis</b> | my <b>Sarawak</b> - News <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2009 01:05 AM PDT

Aktiviti penyemburan akan diteruskan hingga akhir tahun untuk menghapuskan aedes

MIRI: Majlis Daerah Subis (MDS) semalam melaporkan lebih 20 kes demam denggi telah dikesan di beberapa rumah-rumah panjang dan kampung sekitar Niah dekat sini.Pembantu Kesihatan MDS, Kunsil Deria ketika dihubungi semalam memberitahu
pihaknya masih menjalankan semburan asap bagi membunuh nyamuk (fogging) di beberapa kawasan rumah panjang dan kampung.

"Kita akan terus melakukan fogging bermula jam 5 petang di beberapa kawasan terjejas kerana pada waktu itulah nyamuk aedes dilaporkan aktif," katanya.

Kunsil memberitahu, lebih 20 kes telah dilaporkan berkaitan penyakit deman denggi terutamanya di kawasan rumah-rumah panjang dan kampung di Tanjung Belipat, Batu Niah dan sekitarnya.

"Sehingga kini, operasi fogging masih diteruskan hingga ke penghujung bulan ini bagi memastikan jumlah kes denggi di kawasan berkenaan dapat dikurangkan," katanya.

Kunsil menjelaskan, pihaknya telah melaksanakan operasi fogging sebaik sahaja menerima arahan daripada Jabatan Kesihatan Miri beberapa hari lalu.

"Sebaik sahaja kawasan dikenal pasti, anggota MDS akan turun padang dan melakukan kerja-kerja penyemburan dan pembersihan.

"Pada masa sama kita memberi nasihat kepada penghuni rumah panjang untuk menjaga kebersihan sekitar rumah," katanya.

Kes demam denggi di kawasan Niah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus.

Menurutnya, penduduk kampung dan rumah-rumah panjang harus memastikan kawasan laman rumah mereka bersih dan tempat takungan air harus diletakkan ubat (garam khas) sebagai usaha pencegahan.

"Kita menasihatkan supaya orang awam mengambil inisiatif untuk membersih persekitaran perumahan seperti saluran longkang bagi membendung penyakit tersebut," katanya.

Malah menurut beliau, perkakas yang tidak diperlukan seperti tin-tin kosong, bekas makanan, tayar kereta dan botol minuman harus dibuang di tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Category: Tempatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads