11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search |
8000 ahli SWP <b>di</b> Engkilili diragui - Borneo Post Posted: 16 Jan 2013 04:00 PM PST by Edwin Raoh. Posted on January 17, 2013, Thursday Nama diambil daripada buku daftar senarai pemilih tanpa isi borang LUBOK ANTU: Ketua-ketua masyarakat dalam kawasan pilihan raya Parlimen Lubok Antu menjelaskan bahawa dakwaan Timbalan Ketua Bahagian SWP Engkilili Semijie Janting yang mengatakan 8,000 ahli berdaftar dengan Parti Pekerja Sarawak (SWP) adalah satu pembohongan besar kepada rakyat negeri ini. Ini berikutan hasil aduan dan siasatan pihaknya keba-nyakan 8,000 ahli yang dikatakan menjadi ahli SWP di kawasan pilihan raya Lubok Antu itu 'dicuri' dari belakang rakyat Lubok Antu. Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Engkilili Kaunselor Nyambong Merawing mendakwa SWP Bahagian Engkilili mendaftar ahli SWP tanpa pengetahuan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili. Sebaliknya ia dilakukan dengan mengambil nama mereka daripada buku daftar senarai pemilih tanpa perlu mengisi borang ahli parti itu. Lantaran itu nama ahli yang berjaya didaftarkan sama ada secara sah mahupun dilakukan tanpa pengetahuan pengundi akan dihantar kepada pemim-pin atasan SWP pusat untuk mendapat habuan, tambahnya. Menurutnya, sebagai contoh salah seorang penduduk dari Rumah Changgai, Selindong Ili yang dikenali sebagai Achai dan seorang guru dari Rumah Tawi Lipat Tengah, Lidong didaftar menjadi ahli SWP tanpa pengetahuan mereka. Mereka enggan menerima kad ahli parti itu kerana mereka tidak pernah memohon menjadi ahli parti SWP, ujarnya. "Itu yang kami tahu tetapi mungkin lebih ramai lagi yang menjadi mangsa terutama di Rumah Tawi, Lipat Tengah kerana habuan yang diterima oleh beberapa pemimpin SWP yang diberi kepercayaan mengumpul ahli di sini bergantung kepada jumlah berapa ramai ahli yang berjaya didaftarkan oleh mereka. "Lantaran itu mereka sang-gup melakukannya demi kepen-tingan diri sendiri," katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi, di sini semalam. Sementara itu Timbalan Ketua SUPP Cawangan Engkilili Kaunselor Sibat Krutap kesal dengan kenyataan Semijie yang memperkecilkan rakyat Lubok Antu sehingga sanggup menyatakan Presiden SWP Larry Sng pemimpin yang hebat dan layak menjadi wakil rakyat Lubok Antu. Kenyataan Semijie itu amat mengecewakan dan dia berani mengeluarkan kenyataan se-perti itu semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri. Beliau berkata, sebelum ini selama tiga penggal DUN Engkilili ini dipimpin wakil rakyat Toh Heng San dari Song dan kali ini Larry dari Kapit yang ingin mencuba nasib di sini. "Kami bukan takut dengan Larry yang berbangsa Cina itu tetapi enggan orang luar men-jadi wakil rakyat kami di sini, biarlah anak jati kami di sini yang menjadi wakil rakyat kami. "Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali di kawasan kami lagi," katanya. Sementara itu Bendahari Parti Rakyat Sarawak Baha-gian Batang Ai Kaunselor Enteri Balai berkata, hasrat Larry ingin bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) hanya untuk kepentingan politiknya sendiri. Orang luar tidak ikhlas untuk membela nasib rakyat di Lubok Antu sekiranya menjadi wakil rakyat di sini berbanding anak jati Lubok Antu sendiri seperti Wiliam Nyalau Badak, katanya. "Kami bukan sahaja enggan menerima Larry malah tidak mahu sama sekali kawasan pilihan raya Lubok Antu dijadikan bahan 'perjudian' SWP pada pilihan raya nanti," katanya. Sehubungan itu mereka bertekad akan berjuang habis-habisan memastikan calon Barisan Nasional (BN) Nyalau menang besar sekiranya diberi kepercayaan mengi-barkan bendera BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Sementara Pengerusi Persatuan Tuai-tuai Rumah DUN Engkilili Kaunselor Roy Edward Entalai mengajak peng-undi di kawasan Lubok Antu agar bersatu menentang Larry sekiranya dia hendak mencuba nasib bertanding menentang Nyalau di Parlimen Lubok Antu nanti. Tambahan pula Larry me-wakili parti SWP yang menentang kerajaan BN dan sudah pasti Larry tidak akan diterima sama sekali oleh mereka nanti, ujarnya. "Kami di sini fobia sama sekali apabila melihat calon luar bertanding di kawasan kami, tambahan pula Larry orang luar dan pembangkang pula dan sudah pasti kami akan menolaknya," tegasnya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di lubok antu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan