Sabtu, 26 Januari 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Pengalaman bercuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> - Day 1 | ! nama saya nadia !

Posted: 18 Jan 2013 10:19 AM PST

aku sekarang dekat lobby hotel update blog. live update babeee. gigih kannn? hewhew. hari ni first day dekat kuching. pagi tadi flight pukul 9:35 pagi, pukul 11.15 sampai sini. spesis aku, nak gi bercuti mana-mana, aku prefer book hotel dulu siap-siap. tak berani nak gamble datang negeri orang menononggg tak tau nak tinggal mana since tak pernah ada pengalaman datang sini kann.
bersemangattt nak gi berjalan punya pasal kann :P, pukul 5 pagi dah bangun dahh. call teksi datang amek dekat rumah. pukul 6 pagi teksi dah terpacak depan rumah. kalau ikut perancangan asal, kitorang nak teksi hantar terussss ke airport tapi, oleh disebabkan kitorang tak pernah try naik skybas, ape kata kita try naik. time ni la nak cari pengalaman kannn. lagipun kitorang berdua je. skybas ni memang bas khas untuk ke LCCT. boleh dikatakan setiap masa dia ada, 24 hours. tak kesah flight korang pukul berapa. aku naik skybas dekat kl central. pegi balik sorang RM14, aku tak beli online. aku terus beli dekat kaunter sebab keputusan nak naik ni pon last minit kann.
berbalik kepada hotel, malam ni kitorang stay dekat Hotel 360Xpress City Center. dia betul-betul tengah bandar kuching. meh aku tunjuk keadaan bilik.
sejujurnya, untuk first timer datang kuching macam aku, aku sangatttt merekemen korang untuk stay sini. sebab dia punya kemudahan, sangattt lengkap. contohnya, kaw book hotel ni online kan. 1 malam RM102 nett untuk bilik queen bed. kaw mestiii akan fikir, bila sampai airport, nak datang ke hotel macam mana. nak naik teksi ke, nak sewa kereta ke kann. berapa ringgit. jadi, kalau kaw book hotel ni online, masa kaw book, dia akan terus tanya, nak pick up dari airport tak. caj pickup dari airport RM2.99 je babe per head. murahhh gile. sebab, kalau kaw naik teksi, dari airport ke hotel ni dalam RM20 lebih. jadi dah alang-alang, add on terussss pick dari airport. settle satu masalah.:)

haaaa, kat sini la aku sekarang tengah online. kehkehkeh. :P bapak heaven babeee. kaw online la sampai lebam, free of charge. dengan RM102 tu, kaw buat la sesuka hati apa dalam hotel ni. siap ada laundry room for free dekat level 1, kaw membasuh la berpuluh kali pun tak xpe. boleh terus keringkan. :) cuma  kelemahan hotel ni, RM102 tu tak xde free breakfast laa. bagi aku takpe sebab dalam hotel ni memang ada cafe. nak hantar terus ke bilik pun boleh. harga dia mampu bayar jangan risau. 
pagi tadi sebelum sampai kuching, aku memang plan aktiviti untuk hari ni terus pegi Sarawak Culture Village sebab sampai tadi pun still awal lagi kann. aku datang sini hotel memang aku dah book siap-siap. malam ni hotel 360xpress ni. esok hotel lain. saje nak try hotel beza-beza. :) cuma aku gamble datang tak book kereta sewa lagi. tapi hotel ni sangattt membantu ok. tak terfikir pon tadi bila nak check in, ternampak banner ni. 
dorang ada buat shuttle service ke sarawak culture village ni. just bayar RM10 per head per way. so total pergi balik untuk dua orang RM40. jadi hari ni tak perlu la susah-susah nak sewa kereta bagai kannn. terus amek servis shuttle hotel ni. settle satu masalah besar. :P aku amek yang gerak dari hotel pukul 2.15 petang, balik 5.15 petang.
dari bandar kuching ke sarawak culture ni makan masa 1 jam. kalau kaw tak pernah datang, pertama kali kan babe, nak drive sendiri ke tempat ni, aku rasa mauu makan masa 2 jam jugak sebab kuching ni kelemahan dia satu, tak banyak signboard tunjuk jalan. lepas tu kawasan ni memang jauhhhh hujung kaki gunung santubong. 
orang cakap, kalau datang kuching, tapi tak pegi sarawak culture village ni tak berapa nak sah. :P sebab ni memang tempat khas untuk kita tau tentang rumah-rumah dan adat orang sarawak. siap ada show khas untuk setiap jenis kaum dorang sekali. bayaran masuk tempat ni RM60 per head. 


aku tak pahammmm kenapa tempat ni patung ukiran kayu dia mesti majoriti stok lucah. keje nak mensetekkkk je. (x__x)
yang patung versi lelaki sopan sikittt. yang versi perempuan tak perlu nak berputing sangatt lahhh. sengallll gile kan. dah la sebijik rupa! kahkahkah. 
dekat sarawak culture village ni ada 7 buah rumah berlainan jenis. banyak sangattt gambar. aku main letak je la eh. sorryyyy kalau kaw berbuluuu asyik-asyik muka aku, asyik asyik muka aku. :p laki i pegang camera uolsss. :)) 
kretipp kan dorangg. buah kelapa pon boleh buat jadi monyet. 
dalam ramai-ramai, aku palingggg risau amek gambar dengan lelaki ni. seksi sangatttt babe. wa pulak seramm. dia rilekkks je. huhu
dalam banyak-banyak rumah pulak, aku palingg suka rumah ni. rumah orang ulu. sebab, dia punya tiang rumah unik sangat. bercorak-corak. 
tengok, tinggi dia tak menahan babe. dah la time ni hujan. nasib baikkk hotel bagi bekal payung. 
tepat pukul 4, semua pengunjung kena masuk bilik teater sebab time ni dorang menari-nari dan ada beberapa pertunjukan. 
part paling tak boleh blaaa bila dorang jemput beberapa pengunjung naik stage menari dengan dorang. kaw nampak tak kaw nampak tak. #pitammmm. 
show ni abis ngam-ngam pukul 5.00 petang. sambil menunggu van hotel datang pick up, sempat la amek gambar dekat burung besar tepi pantai damai ni. :)
balik-balik dah tak larat, order makanan suh hantar dekat bilik je senang. membungkang tak ingat dunia, tiba-tiba pukul 11 malam masing-masing cerah mata balik, nak keluar dah lewat sangat. turun ke lobby mengonline kan diri la kitaaa. sekian, pukul 2 pagi. nak naik bilik dah. terlupaaaa. datang sini nak honeymoon kannn. tak memasal honeymoon dekat lobby hotel malam-malam buta. tapi kaw jangan risau babe, hanimum tak semestinya malamm. siang-siang pun boleh. kohkohkoh (x__________x)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads