Khamis, 15 November 2012

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Bingkisan Persidangan Persatuan Belia <b>Negeri Sarawak</b> 2012

Posted: 13 Nov 2012 12:56 AM PST

persidangan belia sarawak

Golongan belia lazimnya dilabelkan sebagai pewaris kepimpinan dan peneraju masyarakat pada masa hadapan. Asas kekukuhan masyarakat pada masa akan datang adalah bergantung sepenuhnya kepada keberkesanan pembangunan generasi muda pada peringkat awal.

Persidangan yang dianjurkan ini adalah platform untuk belia membincangkan isu yang berkaitan pembangunan belia. Dengan adanya persidangan seperti ini, sebenarnya sedikit sebanyak membantu Persatuan Belia untuk terus bergerak bersama-sama Kerajaan dalam usaha membangunkan modal insan berkualiti. Kerana kaedah yang diterapkan seperti perkongsian idea, strategi dan teknik berketepatan dengan kehendak belia masa kini.

Pembentangan Kertas Kerja SCORE

Persidangan Persatuan Belia Negeri Sarawak Siri Kedua yang dianjurkan ini, dan julung-julung kalinya diadakan di Limbang telah memilih Hotel Purnama sebagai tempat pertemuan 60 orang belia. Mereka yang hadir daripada pelbagai Persatuan dan organisasi, rata-ratanya memberikan reaksi yang optimis apabila dorongan yang padu telah diberikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Hasbi Bin Habibollah semasa ucapan perasmian.

Dalam pada itu juga, aturcara majlis turut diisi dengan pembentangan kertas kerja daripada Haji Sapiah Binti Haji Daud Pengarah Unit Pembangunan Tenaga Kerja Jabatan Ketua Menteri Sarawak, yang membentangkan SCORE Sarawak Dan Keperluan Tenaga Kerja untuk Belia telah menarik minat mereka yang hadir.

Ini kerana, kebanyakan informasi dan maklumat daripada kerajaan tidak sampai ke akar umbi secara menyeluruh. Hal ini disebabkan keadaan geografi fizikal muka bumi Sarawak yang menyukarkan maklumat untuk sampai, kerana beberapa kawasan di dalam negeri ini masih lagi sukar untuk di akses. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan, kerana beberapa agensi kerajaan lain misalanya Jabatan Pendaftaran Negara juga berhadapan cabaran yang sama.

Isu ini telah disuarakan oleh Joseph Anak Unggu, Setiausaha Agung Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) semasa sesi soal jawab bersama pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Beliau mendedahkan masih lagi wujud beberapa kawasan yang dikatakan terputus dengan dunia luar.

Dengan nada penuh semangat, beliau menggesa supaya pihak berwajib untuk membantu Persatuan mereka dengan memberi dalam pelbagai bentuk bantuan mahupun kerjasama supaya mereka untuk terus bergerak membantu mereka yang tercicir ini.

Ujar beliau lagi, agak menyedihkan apabila banyak perkara penting dalam negeri seperti peluang-peluang yang diberi kerajaan juga tidak sampai kepada mereka. Tegas beliau, ini semua adalah kerana tiada saluran yang mewakili suara mereka. Apabila adanya sokongan yang lebih diberikan kepada Persatuan seperti mereka, segala informasi dan maklumat akan sampai menyeluruh dan pembangunan belia juga seimbang.

Joseph Anak Unggu, Setiausaha Agung Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) ketika memberi pendapat semasa Persidangan Persatuan Belia Negeri Sarawak 2012 Siri Kedua.

"Culture Shock" seperti yang dikatakan beliau, memang benar. Apabila belia di kawasan luar bandar tidak didedahkan dengan pembangunan pelbagai, termasuk teknologi terkini yang memudahkan pelbagai urusan, juga antara medium penyaluran informasi yang pantas, mereka akan berisiko apabila keluar ke bandar-bandar besar kelak.

Apabila ditanya oleh penulis, mengenai inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan ini, beliau menyambut baik serta menyarankan supaya diadakan lagi Persidangan seperti ini pada masa akan datang. Ujar beliau lagi, input dan output seperti yang diperolehi semasa persidangan boleh disalurkan kepada mereka-mereka yang lain. Dengan cara ini,penyampaian akan lebih berkesan.

Soalan terakhir yang penulis ajukan, Adakah Kelembapan pembangunan di kawasan pendalaman merupakan punca kepada keciciran belia-belia ini? beliau menjawab tidak. Harus diketahui bahawa keadaan muka bumi negeri kita yang memberi cabaran untuk dibangunkan, sebaliknya usaha untuk mendekati mereka di peringkat akar umbi seperti mereka yang berada di pendalaman harus dititkberatkan.

Dengan adanya Persatuan, mereka bergerak bersama-sama disamping memperolehi manfaat bersama. Pembangunan belia itu lebih penting dan lebih baik berbanding pembangunan infranstruktur.

Ini kerana, walaupun maju bagaimana sesebuah negara itu, jika rakyatnya tidak maju dari segi akal dan fikiran apalah gunanya untuk dibangga. Negara kita akan hebat, apabila pembangunan modal insan dan pembangunan negara seiring, pasti kegemilangan milik kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads