Khamis, 29 November 2012

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Ceramah DAP dihadiri kira-kira 500 orang - The Borneo Post Online

Posted: 25 Nov 2012 03:42 PM PST

Posted on November 26, 2012, Monday

KUCHING: Ceramah Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak 'Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia' yang diadakan di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) malam kelmarin (Ahad) dihadiri kira-kira 500 orang.

Hujan yang turun ketika itu tidak mematahkan semangat penyokong parti itu untuk terus mendengar ceramah daripada pemimpin-pemimpin DAP bermula dengan Pembantu Setiausaha DAP Cawangan Stampin Julian Tan.

Seramai sembilan penceramah berucap sepanjang malam itu, tiga dari luar bandar raya Kuching termasuk Setiusaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kemunculan Lim di atas pentas sekitar jam 9.45 malam menarik semula kehadiran penyokong yang pada mulanya agak suram sebelum itu. Lim dikatakan baharu sahaja tiba dari Serian.

Menurut Lim seminar bersama DAP di Serian dihadiri hampir 2,000 penyokong untuk mendengar beliau berucap.

Berucap dalam bahasa Mandarin dan Hokkien, Ketua Menteri Pulau Pinang itu meminta rakyat Sarawak memilih polisi dan sistem yang lebih baik bukannya pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata rakyat Sarawak mesti mengutamakan dasar dan sistem apabila bercakap mengenai pembangunan Malaysia.

"Polisi harus ditentukan terlebih dahulu, apa bentuk kemajuan yang boleh kita jangkakan dan sistem yang seharusnya membolehkan negara terus maju bukan hanya segelintir pemimpin sahaja," ujarnya.

Lim berkata beliau hairan dengan rakyat Sarawak yang masih menaruh kepercayaan kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) sekarang sedangkan beberapa janji ditaburkan tidak ditepati.

Beliau kemudiannya mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya semasa pilihan raya negeri tahun lepas yang mengatakan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan.

"Jika Najib tidak boleh meminta Taib meletak jawatan, maknanya beliau tidak serius tentang perubahan.

"Sekiranya mereka tidak membuat perubahan ini, rakyat sendiri akan melakukannya dengan menggantikan Barisan dengan Pakatan," katanya.

Turut berucap pada ceramah itu Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong, ADUN Meradong Ting Tze Fui, ADUN Padungan Wong King Wei, ADUN Batu Kawah Christina Chiew dan pembantu khas Chong Mordi Bimol.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads