Sabtu, 24 November 2012

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Tiada rancangan tempatkan anggota polis <b>di</b> Pulau Bruit - my <b>Sarawak</b>

Posted: 23 Nov 2012 12:07 PM PST

KUCHING: Kerajaan belum ada perancangan untuk mendirikan pondok polis dan menempatkan anggota polis di Pulau Bruit, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datu Len Talif Salleh.

Menurutnya, kaedah yang diamalkan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan berkenaan ialah mendapat khidmat polis dari Matu atau Daro.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Abdullah Saidol (BN-Semop) pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Abdullah bertanya, "Apakah ada perancangan kerajaan untuk menempatkan anggota polis atau pondok polis di Kampung Bruit bagi memastikan keselamatan di kawasan tersebut?"

Len Talif dalam menjawab soalan tambahan Abdullah berkata, selain itu polis dari Tanjung Manis akan melakukan rondaan di sekitar kawasan Jambatan Serdeng.

Jarak dua lokasi itu, kata-nya, ialah kira-kira 15 minit perjalanan menggunakan kenderaan.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads