Helikopter Terhempas <b>Di Sri Aman</b>, <b>Sarawak</b> | yusufultraman[dot]com Posted: 20 Jul 2012 01:15 AM PDT Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 dipercayai milik seorang ahli korporat tempatan dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama berkata, berdasarkan laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pesawat terbabit yang dipandu juruterbang warga asing bersama tiga lagi penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 8.57 pagi. "Saya dimaklumkan oleh DCA, helikopter itu dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit dari KIA dengan seorang juruterbang dan tiga penumpang," katanya di sini. Bagaimanapun, beliau berkata, juruterbang terbabit diselamatkan sekumpulan nelayan selepas empat jam berenang di muara sungai itu dan seterusnya dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau. Menurutnya gerakan mencari tiga lagi penumpang yang hilang masih diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).- BERNAMA Rating: 0.0/10 (0 votes cast) Related posts: - Juruterbang Helikopter Terhempas Di Dataran Sibu Meninggal Dunia
- Gambar Helikopter Terhempas Di Dataran Sibu
- Gambar helikopter terhempas di Malim Nawar
- Fakta Terbaru Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
- Aman Shah didenda RM3,000 kerana khalwat
- PRN Sarawak 2011 – Senarai Pemenang Kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak
- Keputusan Rasmi PRN Sarawak 2011 – Pilihan Raya Negeri Sarawak
- Helikopter penyerang Eurocopter Tiger
- Senarai Pencalonan PRN Sarawak – Pilihan Raya Negeri Sarawak
- JPJ Menyamar Penumpang Bas | Operasi Bersepadu Musim Perayaan Aidilfitri (14 Ogos-14 September 2011)
- Simbol 'aman' (peace) untuk tolak senjata nuklear
- Bidaan Nombor Pendaftaran WWW Dibuka 30 April 2012
- Terkini Tragedi bas pelancong – Angka korban 27 orang termasuk 3 rakyat Malaysia
- Sarawak Tuan Rumah Tilawah Al-Quran Kebangsaan Ke 54 (13 – 17 Jun 2011)
- Gerabak Kereta Api Ekspres Senandung Wau Terbakar
- Helikopter buatan sendiri
- Video banjir di Kedah – 01 dan 02 NOV 2010
- Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) Di Semua IPT
- Tragedi bas pelancong terbabas di Simpang Pulai – 23 maut
- Bot nelayan tenggelam di Kuantan – Lima hilang
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan