Universiti Kolej Teknologi Bakal dibina <b>di Sibu</b>, <b>Sarawak</b>. - Pengerindu Posted: 11 Sep 2012 01:36 AM PDT SIBU - Pembinaan Universiti Kolej Teknologi Sarawak di sini bakal melahirkan pakar dalam bidang teknikal dan teknologi untuk menampung tenaga kerja projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Komuniti Negeri Datuk Seri Wong Soon Koh. Beliau berkata projek SCORE memerlukan ramai tenaga kerja dan pembinaan Universiti Kolej Teknologi Sarawak dilihat mampu untuk menampung keperluan itu. "Taman teknologi, perpustakaan digital dan stadium tertutup merupakan prasarana yang akan dibina di dalam universiti ini," beliau berkata demikian dalam sesi dialog dengan persatuan-persatuan dan komuniti Cina di sini hari ini.
Beliau berkata taman teknologi ini akan menempatkan pakar-pakar untuk membuat penyelidikan selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan kelak. "Pembinaan universiti ini juga akan membuka lembaran baru kepada taraf pendidikan selain daripada menyumbang kepada pembangunan di Sibu," katanya. Beliau berkata ia juga diharap dapat menarik minat pelajar dari negara luar seperti pelajar dari China dan Indonesia untuk melanjutkan pelajaran di sini. "Yuran universiti ini juga adalah lebih murah berbanding University Swinburne dan University Curtin di negeri ini," katanya. Sementara itu, beliau juga menyeru pakar-pakar dan tenaga pengajar kelahiran Sibu yang berada di luar negara untuk kembali mencurahkan bakti di universiti ini. "Fasa pertama pembinaan universiti ini akan siap pada Julai tahun depan dan proses pembelajaran dijangka bermula pada September," katanya.- Bernama Bonus: |
BLOG SARAWAK: 11 <b>di sibu sarawak</b> - Google Blog Search Posted: 10 Sep 2012 03:09 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info URL Sumber Asal :-
BLOG SARAWAK: 11 <b>di sibu sarawak</b> - Google Blog Search Posted: 12 Jul 2012 03:32 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info URL Sumber Asal :-
Dr Khairol Sambut Ahli ISMA <b>di</b> Luar Kuching <b>...</b> - ISMA <b>Sarawak</b> Posted: 08 Jul 2012 09:42 PM PDT SIBU, 8 Julai 2012 – Dr Mohd Khairol bin Jambli, YDP Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Sarawak menyatakan komitmennya dalam meraikan kehadiran ahli-ahli ISMA yang berada di luar Kuching dan Samarahan. Beliau berkata demikian ketika menziarahi ahli-ahli ISMA Sarawak di Sibu baru-baru ini. Turut hadir dalam sesi lawatannya ke Sibu ialah ahli-ahli ISMA dari Bintulu, Mukah dan Pusa. Dalam lawatannya itu, beliau turut memberi pendedahan tentang agenda humanisme kepada umat Islam dan matlamat ISMA dalam usaha ke arah membangun umat beragenda dan menghadapi bahaya agenda humanisme. Turut menemani beliau ialah Ketua Wanita ISMA Sarawak, Ustazah Hasmida Hassan dan pemangku Ketua Biro dan Penerangan ISMA Sarawak, Mohammad Afiq Shazwan. Wartawan Media Tags featured |
| BLOG SARAWAK: 11 <b>di sibu sarawak</b> - Google Blog Search Posted: 11 Jul 2012 12:00 AM PDT |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan