Isnin, 1 Oktober 2012

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 03:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 03:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2012 03:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2012 03:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 03:43 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 03:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2012 03:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

BLOG SARAWAK: 11 <b>di serian sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kedai Rakyat 1Malaysia Pertama <b>di Sarawak</b> dibuka <b>di</b> Bt 11, Jln <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2012 05:11 PM PDT

DAPAT SAMBUTAN: Kedai Rakyat 1Malaysia pertama di Sarawak yang dinanti-nantikan kini dibuka di Batu 11, Jalan Kuching-Serian.

KUCHING: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pertama dibuka di Sarawak di Batu 11, Jalan Kuching-Serian mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Mula beroperasi pada Jumaat lepas, ia menawarkan pelbagai barangan keperluan yang hampir sama dengan pasar raya lain dan lebih murah.
KR1M yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menjual sekitar 250 barangan alternatif pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
Pemanca Edward Sian, 72, memberitahu, kedai tersebut membolehkan pelbagai lapisan masyarakat, khasnya golongan berpendapatan rendah membeli-belah tanpa perlu berbelanja besar.
"Ini kerana di Kedai Rakyat 1Malaysia ini, harga barang-barangnya adalah berpatutan, agak berbeza dengan kedai biasa.
"Tambahan pula, ia juga menjual pelbagai barang keperluan harian sama seperti di pasar raya lain," kata ketua masyarakat Bidayuh Serian itu ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.
Dari segi lokasi pula, beliau yang berasal dari Serian, berkata ia agak strategik memandangkan banyak perkampungan di kawasan tersebut.
"Bagaimanapun, saya rasa papan tanda lebih besar perlu diletakkan, mungkin di tepi jalan bagi memudahkan orang ramai yang baharu pertama kali berkunjung ke sini mengenal pasti kedai tersebut," katanya.
Bagi seorang kerani di sebuah sekolah berdekatan Semenggok di sini, Nyaie Eddie, 33, pula pembukaan kedai tersebut sejak diumum untuk diwujudkan pada tahun lepas sememangnya dinanti-nantikan.
Lebih menggembirakan, katanya apabila ia dibuka di Kota Padawan iaitu berdekatan dengan rumahnya.
"Di sini bukan sekadar menjual produk 1Malaysia sahaja tetapi turut menawarkan produk-produk lain.
"Saya boleh mendapatkan barang-barang keperluan yang lazim dibeli di sini," katanya.
Manakala Abdul Rhani Mohd Dawi, 64 berkata, beliau menghargai kerajaan atas pembukaan KR1M pertama di negeri ini.
Ini kerana, katanya ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban individu yang berpendapatan rendah.
"Ini merupakan usaha kerajaan untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah.
"Dengan itu rakyat perlu menyokong usaha tersebut," katanya yang mengusahakan perniagaan menternak ikan dalam sangkar.
Beliau yang tinggal di Batu 9 1/2 menambah, jarak kedai yang tidak jauh dari rumahnya itu juga memudahkan keluarganya membeli-belah tanpa perlu pergi jauh.
Sementara itu, seorang suri rumah, Mantan Sigan yang berasal dari Siburan memberitahu, mereka kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli-belah dengan adanya KR1M tersebut.
"Ia juga memudahkan kami membuat perbandingan harga dan saya rasa KR1M sememangnya menawarkan harga barang keperluan yang lebih murah daripada kedai-kedai lain," katanya.

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2012 06:32 PM PDT

SELAMA 40 tahun, masyarakat Iban di lima kampung iaitu Krangan Trusan, Krangan Jaya, Krangan Baru, Krangan Engkatak dan Krangan Tekalog di Serian, Sarawak terpaksa menadah air hujan dan mangambil air perigi yang kotor untuk kegunaan harian.
Akhirnya pada 17 Ogos lalu, mereka tersenyum lebar dan boleh menarik nafas lega apabila melihat titisan air bersih pertama keluar daripada paip di rumah masing-masing.
Meskipun masih di peringkat percubaan kerana projek air graviti itu belum siap sepenuhnya, perkembangan tersebut cukup melegakan 765 penduduk yang majoritinya menetap di rumah panjang.
Bagi penduduk berkenaan, mereka berasa amat berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan kerana bertungkus-lumus menyiapkan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi kemudahan mereka yang selama ini tidak pernah menikmati bekalan air bersih terus daripada paip di rumah masing-masing.
Lebih menggembirakan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin sendiri sanggup datang ke kampung mereka pada 18 Ogos lalu bagi meninjau tapak projek di Kampung Krangan Jaya.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot.
Menurut Zulkifli, ATM terlibat dalam pembinaan 27 projek BALB di Sarawak dan 17 di Sabah dengan 60 peratus daripadanya sudah siap sepenuhnya.
Beliau berkata, hanya 30 peratus daripada projek tersebut dalam pembinaan manakala baki 10 peratus akan siap dalam tempoh terdekat ini.
"Bagi menyiapkan projek BALB di lima kampung ini, anggota Rejimen Skuadron Jurutera Diraja (RAJD) terpaksa menggunakan tangan untuk memasang paip dan mengambil masa kira-kira sebulan bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut yang menelan kos RM80,000," katanya.
Sementara itu, Richard memberitahu, selain projek air graviti, pihak kerajaan juga akan menyediakan 200 tiang lampu menggunakan sistem solar bagi mendapatkan bekalan elektrik kepada penduduk kampung berkenaan.
Beliau berkata, kemudahan bekalan elektrik tersebut dijangka boleh dinikmati dalam masa sebulan lagi.
Katanya, sebanyak RM260 juta sudah diluluskan oleh kerajaan untuk memajukan projek kemudahan asas di daerah Serian bagi 2011 hingga 2012.
"Setakat ini, 70 peratus pelaksanaan projek itu sudahpun siap. Kita harap penduduk dapat bersabar kerana bukan mudah mahu menyediakan kemudahan ini di semua kampung di kawasan Parlimen Serian yang mempunyai keluasan sebesar Melaka," katanya.
Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Krangan Jaya, Jaban Uja, 57, berkata, projek BALB memang ditunggu-tunggu oleh penduduk di kampungnya yang sebelum ini terpaksa menggunakan air hujan dan perigi untuk kegunaan harian.
"Kita menghargai usaha dilakukan oleh ATM itu dan berharap penduduk kampung sentiasa menyokong kerajaan jika tidak mahu ketinggalan dari segi pembangunan," ujarnya yang merupakan pesara ATM.
Seorang lagi penduduk, Gerigi Liran, 50, berkata, dia berasa begitu seronok kerana tidak perlu lagi bersusah payah mengepam dan mengangkut air dari perigi setelah mempunyai paip air di rumah nanti.
Katanya, walaupun belum pernah ada penduduk dilaporkan sakit kerana meminum air hujan dan perigi sebelum ini, mereka yakin kesihatan penduduk akan lebih terjamin dengan adanya air bersih yang disediakan melalui projek tersebut.
Seorang lagi pesara ATM, Jaol Manju, 56, berkata, sejak meninggalkan kampung pada 1986 untuk menjalani latihan rekrut di Melaka sebelum ditugaskan di Tawau, Sabah; Perlis dan Kem Oya di Sibu, Sarawak sehingga bersara pada 2002, dia mendapati keadaan di tempat kelahirannya itu tidak banyak berubah kerana masalah ketiadaan bekalan air dan elektrik.
"Memang saya rasa kecewa apabila mendapati kampung kami masih ketinggalan tetapi kekecewaan itu kini terubat kerana bakal mendapat bekalan air dan elektrik tidak lama lagi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads