11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
Life is colorful: Sugar Bun @<b>Kuching</b>, <b>Sarawak</b> Posted: 28 Sep 2012 12:09 AM PDT Saya tak pasti sama ada di Semenanjung Malaysia ada Restoran Sugar Bun atau pun tidak, tapi restoran makanan segera ini memang banyak di Sarawak, terutamanya di Bandaraya Kuching. Pada mulanya memanglah saya hairan, kenapa ada di Sarawak tapi tak ada di Semenanjung. Selepas menggoogle kesana-kemari, akhirnya saya dapat jawapannya: Restoran ini dimiliki oleh Borneo Oil Berhad. Oleh kerana saya memang tak pernah nampak Restoran Sugar Bun di Kuala Lumpur, maka sudah tentulah saya teringin sangat nak melihat apa yang dijual di Restoran ini. Kesempatan berada di Kuching digunakan untuk makan tengah hari di Sugar Bun. Menu di Sugar Bun ni bukan hanya ada makanan segera seperti burger dan ayam goreng, malah ada juga ditawarkan menu-menu Asia seperti Nasi Lemak, Bihun Bebola Daging dan Kari Ayam. Tapi saya ni memang nak makan fast food, jadi saya pun order fast food. Saya teringin sangat nak cuba ayam goreng kat sini. Jadi saya order 3 pieces Broasted Chicken. Saya makan 2 pieces je, satu lagi Mr. Hubby makan. Mr. Hubby pula pilih set Fish Burger. Juga ada pilihan menu untuk kanak-kanak. Untuk Hasya saya orderkan set 8 pieces Chickies berserta kentang lenyek, kentang goreng dan milo ais. Kesimpulannya, sedap juga makan kat sini. Ayam gorengnya ada rasa lada hitam. Fish burger dia pun sedap. Lain kali boleh cuba menu lain pula. Tapi lambat lagilah, sebab lama lagi nak balik Sarawak. |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan