Khamis, 12 Julai 2012

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Kubena Kabong juara tarik tali sempena Pesta Gudi : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2012 02:14 PM PDT

BINTULU: Pasukan Kubena Kabong muncul juara dalam Pertandingan Tarik Tali sempena Pesta Gudi Sarawak 2012 di tapak lapangan terbang lama Bintulu baru-baru ini.

Pada pusingan akhir pertan-dingan yang berlangsung pada 23 dan 24 Jun lalu Kubena Kabong menewaskan pasukan MPOB, manakala di tempat ketiga, Luwie KRT.

Kubena Kabong merupakan satu-satunya pasukan dari luar daerah ini yang menyertai pertandingan itu.

Pasukan yang juga dikenali sebagai Kumpulan Belia Negara atau Kubena Kabong itu menewaskan 10 pencabar lain dari bahagian ini.

Ketua pasukannya yang dikenali sebagai Darmizan berkata, penyertaan mereka dalam pertandingan itu adalah sempena kunjungan ke Pesta Gudi Sarawak.

"Kami ingin mencuba, mengambil bahagian serta melihat sendiri kemeriahan Pesta Gudi Sarawak yang setiap tahun diadakan di Bintulu," jelasnya.

Category: Sarawak, Sukan

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads