Isnin, 23 Julai 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


http://iniduniaku-lindahadi.blogspot.com: <b>Marudi</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 30 Jun 2012 05:07 PM PDT



Aku pergi ni tahun 2010. Masa ni tengah mengandungkan si Kyrol Jr. I. Sebenarnya pergi tu nak pinangkan anak dara orang untuk adik ipar aku. Jadi bidan terjun lah sekejap, lagi pun tambang di tanggung pergi je lah kan. Aku pun memang suka lah benda yang free ni... Pergi sana pun tak ramai. Iya lah jauh kan, tambang je dah berapa. Cuma berlima saja.

Sampai di airport Miri tu kitaorang terus naik transport yang dah stand by kat situ terus ke hotel..  Esoknya baru pergi ke Pekan Marudi by 4WD. 4WD tu pulak selagi tak penuh macam tin sardin tak akan jalan lah kan... Bayangkan lah Mr. Right Wrong dengan adik ipar aku yang beso begitu, duduk seat belakang sekali berhimpit dengan aku yang tengah mengandung. Stress betul aku masa tu... tapi diam je lah, nak marah kat siapa pulak kan.. marah lah kat diri sendiri. Siapa suruh ikut. Pergi dah free banyak bunyi pulak.
Wah... dah bergerak tu rasa lega lah lalu kat pekan dia semua... Tetiba dah 1/2 jam perjalanan, 4WD tu masuk ke kawasan macam bukit-bukau yang pokok-pokoknya baru lepas ditebang. Konfius aku sekejap.. Rasa tertipu pun ada juga.. ha..ha..ha.. sebenar nya aku yang fail geografi.

Dari Miri, ada tiga cara untuk ke pekan ini. Pertama dengan menggunakan pengangkutan udara (MasWing). Kedua melalui Sungai Baram dengan menggunakan bot ekpress. Bot ekspress ini akan membuat perjalanan setiap hari dari Jeti Kuala Baram (20km dari pusat Bandar Miri) ke Pekan Marudi. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam setengah bergantung kepada keadaan kesibukan sungai. Cara ketiga pekan ini juga dapat dihubungi dengan pengangkutan darat iaitu melalui jalan pembalakan dan ladang kelapa sawit dari Miri yang mengambil masa 2 jam. Jalan yang agak teruk berbukit-bukit melalui lereng bukit menyebabkan aku separuh pitam. Kalau lah masa tu aku dah cukup bulan memang terberanak juga aku dalam 4WD tu.  Mana taknya asyik melambung-lambung je duduk dalam 4WD tu. Memang satu pengalaman yang agak mencabar bagi perempuan yang mengandung seperti aku pada masa itu kerana terpaksa meredah jalan balak dan melalui 2 buah sungai, sungai apa aku pun tak ingat. Tempat yang aku nak pergi pinang anak dara orang ni pun aku tak ingat apa tah namanya. Masalah lupa ingatan aku ni semakin teruk sejak beranak tiga.

Bila dah sampai kat Pekan Marudi, tempatnya tak lah teruk sangat. Semua kemudahan cukup lengkap macam kampung-kampung yang lain yang dah maju. Keadaan kawasannya bersih dan aman je. Mungkin cara nak masuk ke kawasan ini agak mencabar.






Masa nak balik ke Miri kitaorang naik bot. Aku siap merayu lagi kat Mr. Rigth Wrong naik lah apa pun helikopter ke apa ke janji jangan naik 4WD lagi, Taubat nasuha aku. Tak larat weh aku nak naik 4WD. 1st  time naik bot express,. ngerinya. Macam-macam perasaan aku rasa. Kot-kot bot ni terbalik ke, pastu ada bujang senang lak menunggu. Ee.. takutnya! Tawakkal je lah. Dah hampir 2 jam dalam bot, tiba-tiba enjin berhenti pula. Eh, apa pasal ni.? Suspen betul. Rupanya bot tengah melalui kawasan hanyutan balak-balak. (eh betul ke apa tulis ni, hanyutan?). Akhirnya selamat  sampai Miri, lega. The next day balik JB. Tak sempat pun nak shopping penat sangat. Cuma beli barang makanan je (kek lapis sarawak dekat pasar malam).

Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Peristiwa <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 03:05 PM PDT

Posted in Blog on Date June 17th, 2012 by Najib Razak | CommentsView Comments

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Rejab, dengan harapan akan disusuli dengan Syaaban seterusnya menikmati kemuliaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, 27 Rejab secara tradisinya membawa ingatan kita kepada satu peristiwa agung yang tiada taranya, iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Biarpun kisah ini berlaku melebihi 1400 tahun yang lalu, tetapi kerelevanan dan kepentingannya adalah amat signifikan buat umat Islam.

Sememangnya, ini adalah sesuai dengan apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran apabila Allah SWT memaktubkan peristiwa agung Israk melalui firman-Nya dalam surah al-Israa^ ayat pertama yang bermaksud:-

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Read more…

Tags:

|

  • Islam Universal berlaku di segala zaman/masa…tentu sampai hari akhir nanti.support dari Indonesia.

  • Salam Sejahtera Dan Salam 1MALAYSIA DATUK SERI,   

       Sebagai seorang wakil kepada penduduk di Pekan Marudi Baram, Sarawak ini saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada pemimpin nombor satu kita iaitu DATUK SERI MOHD. NAJIB RAZAK kerana telah sudi datang membuat tinjauan mesra dan beramah mesra dengan penduduk di pekan Marudi ini.
      

       Kami penduduk di pekan Marudi berasa amat terharu dan gembira teramat sangat setelah DATUK SERI dan juga kerajaan 1malaysia di bawah pimpinanbeliau mengumumkan kelulusan peruntukan untuk membina jalanraya darat 1MALAYSIA yang menghubungkan Daerah Pekan Marudi Baram ke Miri Sarawak yang sekian lamanya dinanti-nantikan oleh rakyat penduduk di sini.
       Buat masa sekarang jalanraya tersebut masih dalam proses pembinaan, syukurrrr… alhamdullilahhhh…., TAPI kami rakyat di Pekan Marudi Baram ini ada satu permintaan buat DATUK SERI iaitu sekiranya DATUK SERI sudi datang sekali lagi ke Pekan Marudi ini untuk membuat tinjauan keatas projek jalanraya 1MALAYSIA DATUK SERI yang menghubungkanPekan Marudi ke Miri sebelum pilihanraya umum yng ke-13 ini. Kami penduduk di sini juga mengalu-alukan kehadiran dan kedatangan DATUK SERI untuk menyempurna dan merasmikan projek JALANRAYA 1MALAYSIA  tersebut.
      
    Jutaan Terima Kasih kami ucapkan kepada DATUK SERI dan KERAJAAN 1MALAYSIA….. Syabas!!!…..
    Sekian, Terima Kasih
    PENDUDUK RAKYAT 1MALAYSIA MARUDI BARAM

  • Assalamualaikum w.w..

    Terlebih dahulu saya dan keluarga saya mengucapkan tahniah di atas kepimpinan Datuk Seri yang telah banyak memberikan peluang dan kemudahan kepada rakyat Malaysia dari pelbagai sudut.

    Saya merupakan salah seorang rakyat yang telah menikmati kemakmuran negara dengan mengalami sendiri peluang-peluang yang telah disediakan. Pada tahun 2009 dan 2010 yang lalu, saya telah dilantik sebagai guru kontrak dan hasil pendapatan tersebut, saya dapat membiayai keluarga saya. Ribuan Terima kasih di atas peluang tersebut.

    Pada tahun ini, sekali lagi saya berterima kasih kerana telah diberi peluang untuk menjalani latihan perguruan di salah sebuah IPG Malaysia memandangkan kerjaan telah membuka satu lagi peluang iaitu Program Penyerapan Guru GSTT. Namun saya agak terkejut dan kecewa apabila tawaran tersebut hanya sementara kerana saya hanya bekas guru kontrak di mana syarat lantikan tersebut memerlukan pengalaman sebagai guru GSTT.

    Untuk pengetahuan Datuk Seri, kemasukan saya ke IPG tersebut setelah melalui prosedur yang telah ditetapkan yakni saya telah mengemukakan surat rayuan, menghadiri sesi semakan dokumen dan temuduga singkat yang telah dijalankan oleh pihak KPM, namun kini saya terpaksa menamatkan pengajian dan menanggung kerugian dari segi pekerjaan asal yang telah saya lepaskan, wang ringgit, masa, tenaga dan kini emosi saya serta keluarga saya juga agak terganggu kerana penarikan semula latihan perguruan saya.

    Saya dan keluarga saya merayu kepada Datuk Seri untuk mempertimbangkan dan mengkaji semula perkara ini agar saya dapat melanjutkan pengajian memandangkan saya telah menamatkan satu semester sebelum pembatalan tersebut. Pengalaman kerja dan pengajian sebagai guru yang saya telah lalui memberikan saya pengalaman yang hebat dan rugi rasanya sekiranya saya tidak dapat meneruskan kerjaya tersebut lebih-lebih lagi bidang yang diberikan kepada saya adalah Pendidikan Pemulihan Khas.

    Segala keprihatinan Datuk Seri amatlah saya harapkan dan saya dahului dengan ucpan ribuan terima kasih.

    Nurhayati Abdul Hapid
    miszyat83@gmaill.com
    Tawau, Sabah.

  • Salam Dato' Sri,
    Saya cadangkan agar Dato' Sri dapat meluangkan masa bersama pendengar radio setiap petang sebulan sekali (ala2 Address to Nation) bagi menerangkan isu-isu terkini kepada rakyat serta mendengar permasalahan rakyat marhaen dengan berkesan memandangkan kebanyakannya ketika ini sedang mendengar radio (sambil menghadapi kesesakan lalulintas).

  • mohon datuk seri meneliti kejatuhan harga getah yang mendadak dan amat menghimpit kami pekebun kecil getah. harga FOB smr20 pada hari Jumaat 22/6/12 tutup rendah pada 871.50/kg.  ini bermakna harga peringkat ladang/farmgate rm3.40/kg. ini amat teruk sekali khususnya ketika cuaca/hujan  tak menentu  dan faktor musim daun luruh menyebabkan production low.  peliknya ialah indeks harga getah adalah reverse kepada teori asas ekonomi supply demand, di mana apabila supply low, demand akan naik dan harga turut nak. tetapi dlm industri getah adalah sebaliknya apabila supply kurang harga turut jatuh selari dengannya….atau mungkinkah wujud 'soros" dalam industri getah??? tangan-tangan ajaib yang mengatur trend turun-naik harga getah.
    another biggest question mark, siapakah di atas sana yang menetapkan harga FOB getah…mengapakah tiada wakil di kalangan pekebun kecil sendiri (bukan wakil yang dilantik/appointed) terlibat sama di dalam panel penetapan harga getah…
    berbalik kepada harga getah rm3.40/kg bermakna kami pekebun kecil terpaksa juggle dengan kos operasi kami bagi mjemastikan cashflow kami tetap relevan.  kos saya untuk menghasilkan 1 kg getah smr 20 ialah RM2.67/kg. dan dengan kadar harga rm3.40 saya hanya ada take home sebanyak rm0.73/kg.  nak minum secawan teh tarikpun tak lepas tu datuk seri.
    senario ini telah berlanjutran lebih setahun dan paling teruk semenjak jan 2012 apabila harga farmgate kami hanya sekitar rm4.00 – rm4.50 dan semenjak 3 minggu lepas ianya turun ke paras di bawah RM3.50.
    datuk seri,
    saya ada banyak lagi kupasan berhubung isu harga getah untuk makluman datuk seri. sekiranya ada secured channel akan saya kemukan.sila rujuk dengan en ammir warkah utk pm berjudul suatu hari nanti getah sekerap tak akan melanton lagi"
    ikhlas dari
    pekebun kecil getah gen 2.0
    melaka

  • MY SISTER IS HAVING A BABY
    WITH A NIGERIAN MAN
    WHO DOES NOT HAVE A VISA N A JOB
    TO FEED MY SISTER
    HE DID NOT MERRY HER YET
    HE OVERSTAY FOR 2 YEARS
    THE BABY DOES NOT HAVE A FATHER
    I HOPE THE PM OF MALAYSIA WILL GIVE HIM A VISA N A JOB
    SO THAT HE CAN MERRY MY SISTER N TAKE OF THE FAMILY
    I HOPE THE PM WILL HELP HIM

  • Saya orang tuan yang lahir sedbelum perang dunia kedua. Melihat sendiri  tentera Inggeris berkhemah tidak jauh dri rumah saya. Melihat kereta kebal orang putih berundur ke Singapore. Mendengar detuman bom tentera Jepun yang dijatuhkan ke pengkalan tentera Ingeris. Melihat jambatan yang dirohohkan oleh tentera orang putih semasa berundur. Melihat tentera Jepun berbasikal dari utara ke Selatan. Melihat orang makan ubu kayu kerana kekurang makanan terutama beras. Melihat orang kampung yang dipaksa menjadi buruh kereta api. Apabila tentera Jepun menyerah kalah tanpa syarat, melihat gerila bintang tiga masuk bandar dan bermaharaja lela. 

    Warna Tanah Melayu beruibah apabila bangsa Melayu bangun menetang perlembagaan Malayan Union yang mahu menjajah Tanah Melayu secara sah. Dato' Onn menjadi wira kerana berjaya menghapus Malayan Union. Namun beliau gagal dalam perjuangan menyatukan semua keturunan dalam satu parti sepertimana yang sarankan oleh British. 

    Almarhum Tunku telah berjaya menyatukan  tiga keturuan terbesar dalam Tanah Melayu dalam satu parti gabungan yang bernama Perikatan. Almarhun Tun Abdul Razak menjadi tulang belakang kepada kejayaan perjuangan Tunku. Tun Razak menjadi pengasas kepada Negara Tanah Melayu yang berdaulat apabila memimpin Jawatankuasa Perikatan untuk mengubal Memerandum Perlembagaan Tanah Melayu untuk dierahkan kepada  Suruhanjya Reid yang kagum dengan memorandum itu kerana mempunyai saranan yang lengkap. Itulah perlembagaan Malaysika yang kita pakai sekarang.

    Dato' Seri Najib mewarisi lagenda Tun Razak dengan memperkasa inspirasi rakyat Malaysia apabila merancang untuk menyambung pembangunan negara agar menjadi negara maju menjelang 2020 sepertimana yang dirancang oleh Tun Dr. Mahathir. 

    Ramai kagum dengan cara kepimpinan Dato' Seri Najib kerana semua Pak nujum gagal membuat  ramalan tarikh pilihan raya ke 13. Lebih mengkagumkan kerana beliau tidak memperlekeh pembangkang tetapi merancang beberapa strategi sehingga membingungkan pembangkang. Pengumuman yang dibuatnya menjadi rakyat gembira. Allah takdirkan pula pembangkang bergelut denagn pelbagai masaalah dalaman yang diciptakan oleh mereka sendiri.

    Bolehkan Dato' Seri Najib  menguasai  semula 2/3 kerusi parlimen Malaysia? Nampaknya begitu namun kuasa terakhir di tangan Tuhan.

    ABD. MANAF AHMAD Penulis Kontrak Sosial dan Sejarah Perlembagaan Malaysia.   

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads