Sabtu, 2 Jun 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Malaysia Zoom » PPWS-FAMA anjur program <b>di Simunjan</b>

Posted: 11 Jan 2012 03:03 PM PST

SAMARAHAN 11 Jan. – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) daerah Simunjan telah mengadakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Balai Raya, Kampung Kepayang dekat Simunjan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) baru-baru ini.

Program sehari itu melibatkan 22 cawangan PPWS di daerah Simunjan dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PPWS Sarawak yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Dalam ucapan perasmian, Nancy berkata, program seumpama itu secara tidak langsung dapat mendedahkan bidang keusahawanan kepada kaum wanita di kawasan luar bandar.

"Saya amat terharu melihat penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli PPWS daerah Simunjan dalam menjayakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Kampung Kepayang ini.

"Usaha seperti ini sekali gus membuktikan wujudnya semangat kerja berkumpulan dalam PPWS daerah Simunjan untuk bergerak maju ke hadapan," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Kampung Kepayang, Simunjan, dekat sini.

Dalam pada itu, Nancy memberitahu, menerusi gerai yang disediakan oleh FAMA juga, kaum wanita yang terlibat boleh menjual hasil kraftangan kepada para pengunjung di samping mendidik mereka untuk berdikari dalam bidang keusahawanan.

Terdahulu, beberapa aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan program terbabit seperti pertandingan karaoke, ceramah motivasi keusahawanan, pertandingan memasak Laksa Sarawak, persembahan kebudayaan, pertandingan Pakaian 1Malaysia dan jualan beraneka produk serta hasil kraf tangan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads