Ahad, 10 Jun 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Buat sesuatu yang praktikal tingkat sistem pengangkutan <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2012 05:24 PM PDT

Posted by admin on June 6th, 2012

KUCHING: Sesuatu yang praktikal perlu dibuat untuk meningkatkan sistem peng-angkutan dan jalan raya di Sarawak bagi menyelesaikan isu kadar kematian yang tinggi terutamanya melibatkan pengguna motosikal. Perkara itu disuarakan oleh Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil me-nyatakan bahawa adalah lebih praktikal lorong motosikal disediakan khususnya di jalan raya di bandar utama kerana motosikal merupakan antara yang masih banyak digunakan sebagai pengangkutan untuk bekerja dan menghantar anak ke sekolah. Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni berkata kini, jumlah penunggang motosikal amat ramai, terutamanya pada waktu puncak dan sesetengah daripadanya menunggang secara berbahaya di tengah jalan. "Menyediakan lorong motosikal boleh membantu kerajaan untuk melihat kepada keselamatan pengguna motosikal dan seterusnya mengurangkan kesesakan jalan serta kemalangan. "Projek ini mungkin mahal tetapi adalah perlu untuk kerajaan menstruktur semula dan merangka pelan induk terhadap sistem pengangkutan dan jalan raya di Sarawak," katanya pada sidang media di sini, semalam. Di Malaysia, kira-kira 40 peratus pengguna jalan raya adalah penunggang motosikal dan ia menyumbang sebanyak 60 peratus terhadap kemala-ngan maut. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dipetik sebagai berkata, sokongan dari semua pihak diperlukan untuk membantu kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini terutamanya melibatkan pengguna motosikal. Dalam pada itu, kerajaan juga telah mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya termasuk menganjurkan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah renadah. "Bagaimanapun, ini tidak akan menyelesaikan isu kadar kematian tinggi melibatkan pengguna motosikal dan ia juga tidak akan memudahkan masalah dengan mengulas mengenai statistik kemala-ngan setiap hari melainkan sesuatu yang praktikal dibuat untuk meningkatkan sistem pengangkutan dan jalan raya kita," kata Voon. Selain itu, Voon berkata ,pihaknya juga berharap agar Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang memberikan tindak balas terhadap isu longkang dalam di tengah jalan menuju ke lampu isyarat Batu 10, Kota Padawan kepada Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng untuk tindakan lanjut. Menurut Voon, longkang dalam tersebut memberikan risiko kepada pengguna kenderaan yang melalui jalan tersebut terutamanya pada waktu malam kerana ketiadaan lampu jalan. "Kita bukan menyalahkan MPP, tetapi hanya berharap mereka melihat perkara ini. "Setidak-tidaknya, buatlah penghadang jalan bagi mengelakkan kemalangan teruatamanya melibatkan penunggang motosikal," katanya sambil menambah ramai pengguna kenderaan terutamanya penunggang motosikal yang terbabas ke longkang dalam tersebut kerana tiada papan tanda amaran atau penghadang jalan. Lo yang pernah diminta mengulas mengenai keadaan tersebut berkata beliau juga bersetuju bahawa longkang terbabit adalah berbahaya kepada pengguna jalan namun menyatakan peruntukan jalan tersebut bukan di bawah kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat.

Follow this link:
Buat sesuatu yang praktikal tingkat sistem pengangkutan Sarawak: PKR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads