Sabtu, 16 Jun 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Tuai Rumah, Peniaga Bantah Konsert SWP <b>di Lubok Antu</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2012 01:57 AM PDT

LUBOK ANTU: Seramai 14 tuai rumah dan dua peniaga membantah konsert persem-bahan lagu anjuran Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang dijadual akan diadakan Cafe 88, Lot 159 Pekan Lubok Antu pada 21 Jun ini.

Zainie berkata, konsert yang berniat politik itu akan mengganggu lalu lintas di pekan ini serta kegiatan meminum alkohol dalam kalangan penonton boleh menimbulkan kekecohan sekali gus mengganggu ke-tenteraman penduduk.
"Konsert ini strategi mu-rahan SWP yang gagal mendapat sebarang sambutan daripada penduduk di kawasan rumah panjang sekitar Lubok Antu selama ini.
"Tuai-tuai rumah di sini berpendapat jika SWP mahu mengadakan program, maka mereka bolehlah menganjurkannya di kawasan Kuching dan rumah, termasuk pejabat Presiden SWP, Larry Sng," katanya kepada pemberita ketika ditemui, semalam.
Selain itu, menurut Zainie, kumpulan bantahan ini yang mewakili rakyat di Parlimen Lubok Antu enggan menyokong SWP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
"Penduduk berasa malu dan tercabar dengan SWP yang dipimpin oleh orang bukan Dayak tetapi mahu meletakkan calon mereka di kawasan majoriti Dayak pada pilihan raya nanti.
"Atas sebab ini, kami menolak kepimpinan SWP," kata Zainie.
Kumpulan bantahan itu juga memberitahu mereka menyokong penuh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak bagi mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) pada PRU13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads