Ahad, 3 Jun 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Najib tiba <b>di Betong</b> sempena sambutan Pesta Gawai | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2012 08:38 PM PDT

BETONG, 03 Jun : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pedalaman Sarawak pagi ini untuk menyertai masyarakat Dayak yang menyambut pesta menuai tahunan iaitu Pesta Gawai.

Najib dijangka bertemu penduduk rumah panjang, kampung serta pekan di sini, Pakan dan Julau.

Turut serta bersama Najib ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu dan kenamaan negeri yang lain.

Selain beramah mesra dengan penduduk tempatan, lawatan sehari Najib ke kawasan pedalaman Sarawak itu membuktikan beliau mengamalkan konsep 1Malaysia.

Pada majlis itu, tetamu akan menikmati juadah Gawai Dayak dan diraikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta tradisi Dayak.

Majlis itu yang akan dihadiri 3,000 penduduk diadakan di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini.

Najib dan rombongannya kemudian akan melawat Rumah George Chungut 34 pintu, di Pakan, bahagian Sarikei sebelum ke Rumah Jana anak Sweng di Batu Matup, Julau.

Beliau akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur lewat petang dari Sibu. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads