Jumaat, 4 Mei 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Utusan <b>Sarawak Sri Aman</b>: Program Orientasi Pegawai Persekutuan <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2012 11:05 PM PDT


SRI AMAN, Selasa (10 April) – Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sarawak akan mengadakan Program Orientasi Pegawai Persekutuan yang baru bertugas di negeri ini bermula 12 hingga 17 April kelak.
Siaran kenyataan media memberitahu program hasil kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Pejabat Residen Sri Aman itu nanti akan melibatkan penempatan para peserta dalam keluarga angkat dan lawatan ke rumah panjang.
"Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, Kumpulan Sokongan I serta II dari pelbagai jabatan persekutuan akan mengikuti program terbabit.
"Para peserta yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan  Labuan ini akan melaporkan diri di Hotel Hoover Sri Aman pada 12 April kelak sebelum mengikuti lain-lain selepas itu," katanya.
Kesemua mereka akan menghadiri ceramah di hotel dan tinggal bersama keluarga angkat di Kampung Hilir, Sri Aman selama dua malam sebelum melawat ke Rumah Panjang Edward Radin Utek, Putat, Sembauh Sri Aman selepas itu.
Dengan objektif utamanya iaitu untuk mempertingkatkan kerjasama dan perbincangan mengenai cabaran yang mereka hadapi ketika bertugas di Sarawak, program itu juga akan turut diserikan menerusi penganjuran sukaneka, senam seni perpaduan, jiwa murni serta persembahan kebudayaan masyarakat setempat.
 "Ia juga bertujuan untuk menyediakan kefahaman mengenai adat resam dan cara hidup masyarakat tempatan dikalangan para peserta disamping membekalkan pengetahuan asas mengenai sistem pentadbiran kerajaan negeri.
"Justeru kami berharap agar Program Orientasi Pegawai Persekutuan terbabit akan membolehkan kesemua peserta untuk bekerja dengan lebih selesa dan bergaul mesra dengan masyarakat setempat di sini pada masa akan datang," katanya.
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis akan merasmikan program tersebut pada 16 April ini di Dewan Suarah Sri Aman sebelum penyerahan balik peserta kepada anak angkat dilakukan pada keesokan harinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads