Ahad, 20 Mei 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


KURSUS KEUSAHAWANAN PERSEKUTUAN PERKUMPULAN <b>...</b>

Posted: 18 May 2012 01:00 AM PDT

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

MPC Wilayah Sarawak telah menganjurkan dengan jayanya dua Kursus Keusahawanan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) pada tahun ini iaitu di Tg. Manis, Sarikei pada 28 & 29 April 2012 dan di Simunjan, Samarahan pada 9 & 10 Mei 2012. Sejumlah 48 peserta di Tg. Manis dan 79 peserta di Simunjan terdiri daripada ahli-ahli PPWS dari pelbagai kawasan dan pelbagai latar belakang telah menghadiri kursus selama 2 hari ini.

Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah keusahawanan yang disampaikan oleh En. Muhd Halil Abd Manaf di Tg. Manis dan Pn. Audrey Goh di Simunjan. Pada hari kedua pula, bengkel keusahawanan telah diadakan untuk mendedahkan peluang-peluang dan potensi perniagaan yang boleh diceburi oleh para peserta iaitu seni jahitan manik dan demonstrasi membuat kek cawan.

Program kali ini juga dipenuhi dengan pelbagai program-program menarik bertujuan untuk menggalakkan penglibatan para peserta kursus dan menampilkan kelainan pada program tahun ini berbanding tahun lepas antaranya 'Women Walk the World' 2012, Sambutan Jubli Emas PPWS dan perasmian bangunan baru PPWS Daerah Simunjan.

Program di Simunjan diserikan dengan kesudian KeBawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj mencemar Duli berangkat merasmikan kursus keusahawanan anjuran bersama MPC dan PPWS.

Kursus Keusahawanan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) 2012 di Tg. Manis

Ceramah Keusahawanan Oleh En. Muhd Halil Ab Manaf

Sesi 'Ice Breaking'

Bengkel Kek Cawan Oleh Pn. Zoraidah Leen dari Di Wannie Cake

Program 'Women Walk The World"

Kursus Keusahawanan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) 2012 di Simunjan

Ketibaan Tengku Puan Pahang Di Dewan Mesra, Simunjan Di Sambut Meriah Rakyat Jelata

Nyanyian Lagu Negara Ku dan Ibu Pertiwi

Y. Bhg. Dato' Ursula Goh menyampaikan ucapan

Y.B Hajah Nancy Hj. Shukri menyampaikan ucapan aluan

Perasmian oleh Tengku Puan Pahang

Penyampaian Cenderahati oleh MPC

Hampir 400 tetamu hadir pada majlis perasmian Kursus Keusahawanan

Menikmati sajian tempatan semasa perasmian bangunan baru PPWS Simunjan

Antara peserta Kursus Keusahawanan yang hadir

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus

Bengkel seni jahitan manik oleh Cik Hasnina Hairani dari Farwide Sdn Bhd

Peserta mencuba sendiri jahitan manik

"1Malaysia!!!!" - Bergambar kenangan bersama Pengarah MPC Sarawak, Urusetia dan Peserta

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads