Rabu, 30 Mei 2012

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


<b>Sarikei</b> cemerlang didik awal kanak-kanak: Fatimah | sarawakpage

Posted: 25 May 2012 02:27 AM PDT

TAHNIAH: Fatimah menyampaikan tanda penghargaan kepada dua Tokoh Guru Negeri Sarawak 2012 iaitu Cikgu Chan (kiri) dan Cikgu Rabiah (kanan) sambil disaksikan oleh Abdillah (tiga kiri).

99.5 peratus dapat pendidikan awal pada tahun ini 

SARIKEI: Pendidikan daerah Sarikei telah mencapai keputusan yang cemerlang dan menduduki tempat teratas dari segi peratusan pendidikan awal kanak-kanak selama tiga tahun berturut-turut.

Bagi tahun 2012, jumlah kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal telah mencecah peratusan yang amat memberangsangkan iaitu pada kadar 99.5 peratus.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, pencapaian ini menunjukkan masyarakat sudah peka dan sedar betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak sebagai asas menggerakkan misi pendidikan negara untuk melahirkan modal insan berkualiti.

Katanya Kementerian Pelajaran merupakan nadi kepada usaha untuk membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan.

"Matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020 amat bergantung kepada keupayaan pendidik menyediakan pendidikan berkualiti yang menekankan pembangunan insan secara holistik serta membangunkan daya inovasi dan kreativiti pelajar.

"Dalam sesebuah negara berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya, pendidikan merupakan wadah utama melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran masa depan.

"Guru juga memainkan peranan penting untuk bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang relevan untuk zamannya," katanya.

Fatimah berkata demikian pada majlis Perasmian Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei, semalam.

Kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada warga pendidik dari seluruh negeri ini menghadiri majlis berkenaan.

Turut diadakan upacara Penyampaian Anugerah Tokoh Guru Negeri Sarawak  2012 kepada dua tokoh guru iaitu Cikgu Rabiah Johari dan Cikgu Chan Kim Kuay @ Christopher Tan.

Turut hadir Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing, Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak Jaidah Alek.

Source: Utusan Borneo

Short URL: http://www.sarawakpage.com/?p=6942

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads