Jumaat, 25 Mei 2012

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


BN yakin mampu pertahankan kerusi <b>Saratok</b> : my <b>Sarawak</b> – News <b>...</b>

Posted: 11 May 2012 05:02 PM PDT

SEDIA MEMBANTU: Empat sayap SPDP terdiri daripada Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera akan turun padang membantu untuk memastikan BN menang di empat kerusi Parlimen termasuk Saratok.

SPDP akan gerak kerjasama semua parti komponen untuk memastikan kemenangan pada PRU13

KUCHING: Barisan Nasional (BN) diyakini mampu mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Meskipun kemungkinan dicabar oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali Biju yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, BN yang berdiri atas tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tetap berkeyakinan tinggi.

Timbalan Ketua Wanita SPDP, Theresa Udam berkata, tiada alasan untuk BN tidak mempertahankan kemenangan di Saratok.

Apatah lagi, katanya, rakyat Saratok sendiri masih dahagakan pembangunan dan ia hanya boleh dinikmati daripada kerajaan BN.

"Kami yakin BN akan menang di kerusi Parlimen Saratok pada PRU13 dan tiada sebab untuk BN tidak menang di kerusi ini.

"Beliau (Ali) bebas untuk bertanding, tetapi kami di pihak jentera BN khasnya SPDP akan bekerja keras untuk terus menang," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti di sini semalam.

Tambah Theresa, dalam usaha mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Saratok, keempat-empat parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan SPDP sendiri bekerjasama antara satu sama lain.

Katanya, ketiga-tiga parti komponen ini memberikan kerjasama yang padu kepada SPDP untuk memastikan calon berpotensi menang BN atas tiket SPDP akan menang pada PRU13 akan datang.

Sebagai persiapan menjelang PRU13, empat sayap SPDP, Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera saling bekerjasama dalam pelaksanaan pelbagai program yang relevan.

Bagi kawasan Saratok, katanya, bakal berlangsungnya majlis makan malam anjuran Pemuda Saratok pada hujung bulan Jun depan yang mana sasarannya adalah belia penduduk di dua DUN iaitu Kalaka dan Krian.

Pada masa yang sama, pihak Putera pula kini giat mengadakan aktiviti-aktiviti berbentuk sukan dalam kalangan belia bagi menarik penglibatan belia dalam pengundi muda amnya.

Melihat semula keputusan Pilihan Raya Negeri lalu, calon BN-Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz menang dengan majoriti lebih daripada 5,000, manakala calon PKR-Krian Ali Biju menang dengan majoriti 2,000 lebih.

Berdasarkan kepada keputusan itu, meskipun BN telah tewas di DUN Krian namun peluang untuk BN menang pada PRU13 tetap ada dengan majoriti 3,000 menurun daripada 7,000 yang diperolehi pada PRU12 lepas jika mempertaruhkan penyandangnya, Jelaing Mersat yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads