11 di saratok sarawak - Google Blog Search |
BUAYA MENGGANAS <b>DI SARATOK SARAWAK</b> | Posted: 18 Jul 2011 11:54 PM PDT Number of view6059 SARATOK: Lebih 2,000 penghuni empat rumah panjang dan dua perkampungan di sepanjang Sungai Seblak, Kabong di sini, diarah menjalani perintah berkurung selama lima hari selepas pihak berkuasa membabitkan polis dan tentera menggerakkan operasi besar-besaran bermula semalam bagi memburu buaya ganas di sungai itu. Arahan pihak berkuasa itu membabitkan penduduk Iban dan Melayu di kawasan berkenaan yang diminta menghentikan semua aktiviti di sungai bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam sehingga Jumaat ini.Arahan itu bagi melicinkan operasi menangkap kira-kira 60 buaya ganas setiap satu berukuran 2.5 meter dan dikenal pasti mengancam keselamatan penduduk kawasan itu. Ketua Penyelaras Operasi merangkap Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Daerah Kabong, Nazari Bujang berkata, larangan turun ke sungai itu bertujuan memastikan keselamatan penduduk terjamin ketika operasi dijalankan.Menurutnya, arahan perintah berkurung itu dibuat kerana pihaknya bimbang kemungkinan penduduk terkena peluru sesat kerana anggota yang terbabit dalam operasi berkenaan akan melepaskan tembakan jika terserempak buaya dikenal pasti mampu mengancam nyawa. "Memang kita akui sungai menjadi nadi utama kehidupan harian penduduk di kawasan itu, tetapi kami berharap sepanjang tempoh operasi, mereka mematuhi arahan supaya menghentikan sementara aktiviti di sungai."Jika penduduk mahu keluar ke pekan, mereka boleh menggunakan jalan darat dari Kampung Emplam," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Operasi yang dijalankan kira-kira jam 8 pagi itu membabitkan 30 anggota Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Ikatan Relawan Rakyat (Rela). The Hot Keywords:buaya besar di sarawak, buaya besar ditemui, buaya besar ditemui di sarawak, buaya ganas di sarawak, buaya ganas di sungai sarawak, buaya makan anjing, buaya makan babi, buaya makan manusia, haiwan besar di malaysiaYou must be logged in to post a comment. |
You are subscribed to email updates from di saratok sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan