Rabu, 2 Mei 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Berita Harian Edisi <b>Sarawak</b>: Politeknik Metro yang akan dibina <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 11:10 AM PDT


BETONG : Sarawak bakal menerima sebuah lagi institusi kemahiran iaitu Politeknik Metro yang akan dibina di bahagian Betong.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang berkata pembinaan politeknik yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) itu akan menawarkan kursus yang berkaitan dengan bidang perkhidmatan seperti hospitaliti, perakuanan dan teknologi maklumat (IT).
Jabu berkata,bahawa permohonan pembinaan sebuah politeknik metro di bahagian ini telah mendapat kelulusan.
Katanya, dengan tertubuhnya politeknik itu nanti ianya akan dapat membantu dengan menyumbang kepada melahirkan ramai graduan bekelulusan teknikal yang sememangnya diperlukan oleh kerajaan negeri bagi memajukan SCORE.
"Kelulusan pembinaan sebuah politeknik metro di bahagian ini telah pun diluluskan dan dengan itu ia akan dapat melahirkan keperluan tenaga kerja teknikal bagi pembangunan SCORE," ujarnya.
Selain itu, Jabu yang juga ADUN Layar menambah kata bahawa dalam tempoh sepuluh tahun yang lepas Betong telah mengalami pembangunan yang memberangsangkan.
Menurutnya, rakyat di bahagian ini juga sentiasa memberi sokongan padu yang jelas bagi memastikan Bariasan Nasional (BN) mengekalkan kerusi di kawasan berkenaan
"Kepercayaan rakyat Betong terhadap BN jelas dibuktikan dengan sokongan kepada calon BN setiap kali pilihan raya diadakan," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads