11 di sri aman sarawak - Google Blog Search |
Pameran Pendidikan <b>di</b> Dewan Suarah <b>Sri Aman</b>, 30 Mac 2012 <b>...</b> Posted: 24 Mar 2012 02:04 PM PDT Jurucakap penganjur, Lucy Chuo berkata pameran yang akan bermula dari 8.30 pagi hingga jam 3 petang di Dewan Suarah Sri Aman itu turut mendapat kerjasama daripada Syarikat Minda Inovatif. "Pameran Pendidikan anjuran Persatuan Guru Bimbingan Dan Kaunseliong Sarawak Zon Sri Aman dan Minda Inovatif ini akan disertai oleh institusi-institusi pengajian tinggi, Institut Kemahiran Belia dan Yayasan Sarawak. "Tujuan Pameran Pendidikan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan lanjut berhubung peluang melanjutkan pelajaran, tawaran kursus dan cara mendapatkan bantuan kewangan kepada mereka yang hadir pada pameran tersebut," katanya. Chuo turut memberitahu bahawa semua pelajar sekolah menengah, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan ibubapa tidak harus melepaskan peluang untuk berkunjung ke pameran terbabit. Justeru pihaknya berharap agar orang awam terutama sekali para pelajar dari sekitar kawasan Sri Aman, Lubok Antu, Betong dan Sarawak tidak melepaskan peluang untuk datang ke pameran berkenaan pada masa yang telah dinyatakan. "Mereka yang ingin mengetahui keterangan lebih lanjut tentang Pameran Pendidikan pada 30 Mac ini nanti boleh menghubungi saya sendiri menerusi talian telefon 019-8187708," menurut beliau. - Utusan Sarawak / Sri Aman News |
Wakil rakyat <b>di Sri Aman</b> kunjungi rumah terbuka pemimpin <b>...</b> Posted: 24 Jan 2012 03:57 PM PST Posted on January 25, 2012, Wednesday SRI AMAN: Tiga wakil rakyat di Sri Aman iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Sarawak Datuk Francis Harden Hollis serta Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat tidak melepaskan peluang mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat di sekitar Sri Aman kelmarin. Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar telah meluangkan masa hampir tiga jam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman dan rumah Kapitan Kuek Aik Seng di Jalan Hup Seng, Jalan Brayun, Sri Aman. Manakala, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang meluangkan masa hampir empat jam berkunjung ke majlis rumah terbuka di kawasan beliau termasuk ke rumah Temenggung Sii Toh Peng, Kapitan Kuek Aik Seng serta pemimpin-pemimpin Cina yang lain di kawasan beliau. Sementara itu, Masir pula meluangkan masa hampir sejam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman. Rohani yang sempat ditemui Utusan Borneo menjelaskan bahawa perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh masyarakat Cina merupakan salah satu perayaan 1Malaysia yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia. "Di sini kita dapat melihat kaum melayu dan Iban mengambil peluang berkunjung ke majlis rumah terbuka rakan-rakan Cina mereka dan ini menunjukkan kita semua dalam satu rumpun rakyat Malaysia. "Kita semua tidak bergaduh sesama sendiri malah kita semua bersatu dan kita semua berpeluang meraikan semua perayaan di Malaysia," katanya. Turut bersama-sama mengiringi kunjungan Rohani, Harden dan Masir ke majlis rumah terbuka berkenaan, para pemimpin masyarakat daripada kaum Melayu serta kaum Iban. |
You are subscribed to email updates from di sri aman sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan