Sabtu, 28 April 2012

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


<b>Sarawak</b> Cadang Tubuh Universiti Teknologi <b>di Sibu</b> ~ namaberita <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 05:06 PM PDT


Berucap pada sambutan ulangtahun ke-110 SMK Methodist Sibu di sini malam tadi, beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut berhubung penubuhan universiti tersebut.
Namun, beliau menyeru semua pihak di sini agar bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan penubuhannya menjadi kenyataan.
Menurutnya, pada masa sekarang terdapat empat universiti dan banyak pusat latihan perniagaan dan pengurusan di negeri ini.
Katanya, memandangkan Sarawak memerlukan lebih ramai tenaga kerja terlatih dalam bidang teknikal, tumpuan akan diberikan kepada pendidikan dan latihan teknikal.
(SCORE ialah singkatan bagi Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak).
Sementara itu, Taib menyatakan rasa bangga dengan kejayaan cemerlang sekolah itu yang ditubuhkan pada 1903 dan mampu bertahan hingga ke hari ini.
"Sibu juga patut bangga kerana tiga ahli perniagaan terkemuka iaitu Datuk Hii Yii Peng (Kingwood Group), mendiang Datuk Sri Lau Hui Kang (KTS Group) dan Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau Group) dan ramai lagi, adalah bekas pelajar sekolah ini.
"Manakala dalam arena politik pula (antara) bekas pelajar sekolah ini yang menjadi ahli politik terkemuka ialah Datuk Sri Wong Soon Koh (Menteri Kanan Kabinet Sarawak) dan Datuk Tiong Thai King (Ahli Parlimen Lanang).
"Ini menjadikan sekolah ini sebagai "nursery of successful people", katanya.
Pada majlis itu beliau mengumumkan peruntukan RM250,000 bagi menampung perbelanjaan membina perpustakaan digital sekolah itu bernilai RM4 juta.

ISN in the NEWS: Pusat Satelit ISN dibina <b>di Sibu</b> - Borneo Post

Posted: 08 Apr 2012 11:54 PM PDT

Pembinaan ketiga di negeri ini bukti Sarawak penjana kuasa sukan utama negaraMIRI: Sarawak bakal menjadi penjana kuasa utama sukan negara melalui kewujudan tiga Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) di negeri ini sahaja.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Senator Gan Ping Sieu berkata bahawa ISN pusat telah membuat penelitian justeru Pusat Satelit ISN seterusnya akan dibina di Sibu.

"Kita telah teliti dengan mengambil kira keadaan geografinya. Sarawak ternyata memerlukan lebih banyak pusat seperti ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Satelit ISN Cawangan Miri di Stadium Miri petang semalam.

Beliau turut mengakui Sarawak sudah terbukti kuasa sukan di negeri ini dengan melahirkan ramai atlet yang bertaraf antarabangsa dan ia adalah hasil komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri dalam pembangunan sukan di negeri ini.

"Baik dari segi kejurulatihan, kewangan mahupun program, Sarawak antara (negeri) yang terbaik dalam arena sukan secara keseluruhannya," ujarnya.

Atas sebab itulah katanya, pusat seumpama itu mampu membantu dari banyak aspek baik dari segi psikologi sukan, fisiologi senaman, pemakanan sukan, suaian fizikal, jurulatih dan juga atlet sendiri.

Gan turut menjelaskan bahawa ISN mensasarkan penubuhan sebanyak 19 buah Pusat Satelit ISN lagi di seluruh negara menjelang penghujung tahun 2013.

"Setiap pusat akan ditubuhkan di setiap negeri dan buat masa ini, tiga atau empat negeri di Malaysia belum lagi mempunyai pusat seumpama itu akibat masalah logistik," ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau berharap kekangan logistik seperti penempatan pegawai akan dapat diatasi sebelum pelancaran pusat yang seterusnya.

Pusat Satelit ISN Cawangan Miri ini adalah yang kedua di Sarawak selepas Kuching dan ia merupakan pusat yang ke-10 dilancarkan di Malaysia.

Selain di Sarawak, Pusat Satelit ISN seumpama itu turut telah dilancarkan di Pulau Pinang, Sekolah-Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Larkin, Kelantan, Terengganu, Kota Kinabalu, Melaka dan Pahang.
Pada majlis yang sama, program "Projek Sprint" turut dilancarkan iaitu satu program di bawah kejurulatihan bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Hadir sama pada majlis perasmian itu termasuklah Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin, Datuk Bandaraya Miri Lawrence Lai dan Residen Bahagian Miri, Antonio Kahti Galis.

by Mohd Achil Norrlatep. Posted on April 8, 2012, Sunday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads