Selasa, 10 April 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Pelajar harus pilih bidang pengajian sesuai : my <b>Sarawak</b> – News <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 03:28 PM PDT

Ia untuk memudahkan mereka mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian

ENGKILILI: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas mengingatkan pelajar lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pengajian ke insitusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) agar mengetahui  pengajian yang sesuai supaya mudah mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian kelak.

Menurutnya, adalah amat merugikan sekiranya setelah menamatkan pengajian di IPTA mahupun IPTS, pelajar tidak mendapat sebarang pekerjaan.

"Oleh itu anak-anak yang hendak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi seperti ke universiti  harus mengetahui  pengajian  yang diambil supaya mudah untuk mendapat pekerjaan kelak.

"Ini kerana saya sering menerima aduan daripada ibu bapa yang mengatakan anaknya sudah keluar dari universiti tetapi belum mendapat sebarang pekerjaan," katanya.

Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Penubuhan Yayasan Pendidikan 1Engkilili  dan SABERKAS Daerah Engkilili di dewan serba guna Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili, semalam.

Turut hadir dalam majlis itu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal Datu Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa dan Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat.

Dalam majlis itu Yayasan Pendidikan 1Engkilili berjaya mengutip sumbangan RM90,000 hasil sumbangan wakil-wakil rakyat yang hadir.

Uggah memperuntukkan RM30,000, Len (RM10,000), Nyalau (RM20,000) dan Dr Rayong RM30,000.

Sementara itu Uggah selaku Pengerusi Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menasihati rakyat di Engkilili termasuk Batang Ai agar memberi sokongan padu kepada calon BN yang akan bertanding di Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ini amat penting supaya rakyat akan terus menikmati arus pembangunan berterusan nanti, tambahnya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads