Sabtu, 3 Mac 2012

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Tenis <b>Sarawak</b> sudah berada <b>di</b> pentas dunia, kata Patrick <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 02:15 PM PST

Posted on February 27, 2012, Monday

KUCHING: Sukan tenis Sarawak tidak hanya terus bersinar di Malaysia sahaja, tetapi kini lebih terkenal sebagai destinasi tenis di peringkat antarabangsa.

Ini adalah komitmen dan dedikasi Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) serta ahli jawatankuasanya yang berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk menggalak dan membangunkan tenis di negeri ini dan meletakkan Sarawak di peta dunia.

"Kami (SLTA) telah berjaya mencipta nama Sarawak di peta dunia dan memperolehi reputasi yang baik serta pengiktirafan sebagai tuan rumah kejohanan antarabangsa.

"Tiada negeri lain di negara ini yang mampu menjadi tuan rumah dalam beberapa acara tenis antarabangsa setiap tahun dalam tempoh 10 tahun lalu," kata Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew yang bangga dengan pencapaian persatuan itu.

Patrick berkata, SLTA akan terus mengorak langkah menaik taraf kemudahan yang sedia ada untuk standard dunia yang lebih tinggi selain menggalakkan peminat tenis di negeri ini untuk memastikan lebih ramai mereka terlibat dalam tenis.

"Kami berhasrat bukan sahaja menghasilkan juara Sukma di tahun yang lalu, tetapi kini kita berbangga dengan dua pemain ranking teratas di negara ini," katanya.

Beliau merujuk kepada Ariez Elyass Deen Hesham yang kini menjadi pemain nombor satu junior kebangsaan dan Mohd Assri Merzuki yang bergelar pemain perseorangan junior ITF.

Ariez mengatasi Si Yew Ming sebagai junior nombor satu kebangsaan selepas menjuarai sirkit Kebangsaan di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Assri, yang kini bermain di kejohanan Kumpulan 4 ITF Junior di Melaka merupakan pemain utama negara dalam ranking perseorangan junior ITF lelaki pada ranking ke-276.

Beliau juga adalah satu-satunya pemain negara yang memiliki dua kali ganda mata kedudukan ATP dan kini berada di tempat ke-798.

"Ini mambawa perbezaan yang ketara dalam kalangan pemain tenis negara kerana kita akui Sarawak bukan hanya sebagai penganjur kejohanan antarabangsa ,tetapi mempunyai produk pemain tenis berkaliber," katanya.

Patrick berkata, dua tahun lagi kita akan menyaksikan Ariez dan Assri beraksi di arena antarabangsa sebagai profesional sekali gus menjadikan Sarawak lebih terkenal di persada dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads