11 di padawan sarawak - Google Blog Search |
Abdullah Saidol Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri - <b>Sarawak</b> <b>...</b> Posted: 26 Feb 2012 10:22 PM PST ADUN Semop Abdullah Saidol akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri esok hari. Majlis dijadualkan bermula pada sebelah petang esok itu akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri. Beliau menggantikan Abdul Karim Rahman Hamzah yang kini menganggotai kabinet negeri sebagai Menteri Muda Pembangunan Belia dan Menteri Muda Perumahan. Sebelum ini Abdullah juga dipilih sebagai timbalan pengerusi Kelab ADUN Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Malaysia. Abdullah merupakan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Sarawak, juga menggantikan Abdul Karim Rahman Hamzah. Abdullah menang dengan majoriti besar di Semop dalam Pilihan Raya Negeri Ke-10, selepas menggantikan Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar. Abdullah ketika dihubungi, menjawab dengan SMS berkata: Perlantikan ini adalah satu amanah serta tanggungjawab yang harus di pikul selaras dengan agenda politik pembangunan dan perpaduan kaum yang menjadi teras agenda politik BN yang sering kita dengar menjadi intipati ucapan serta pesanan YAB KM Sarawak. Insyallah, saya akan sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik menepati falsafah dan agenda politik ini untuk kesejahateraan kita bersama di negeri Sarawak tanah tumpah darah kita. Kita harus berkerjasama dan bersatu di semua peringkat masyarakat. |
You are subscribed to email updates from di padawan sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan