Isnin, 26 Mac 2012

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Dua Polis <b>di Limbang</b> Terbabit Penyalahgunaan Dadah <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 04:47 PM PDT

LIMBANG: Dua anggota polis di bahagian ini disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ujian saringan air kencing menunjukkan kedua-duanya positif dadah dalam kejadian berasingan yang berlaku  sepanjang bulan ini.

Ketua Polis Daerah Pemangku Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, ia kes pertama yang direkodkan tahun ini melibatkan pegawainya yang tidak berdisiplin atau terbabit dengan kes jenayah.
"Sampel air kencing kedua-dua anggota polis berkenaan didapati positif dadah dan tindakan sewajarnya akan diambil di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Bahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Polis Ke-205 di  Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis DSP Charles Saches Semob, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Limbang (PERKEP) Asiah Hasan, pegawai-pegawai kanan, ketua jabatan kerajaan dan anggota polis lain.
Mohd Bukhori menjelaskan, tangkapan dilakukan hasil siasatan dan pemeriksaan  terhadap anggota termasuk keadaan dan perbezaan fizikal mereka.
"Seorang anggota sudah dituduh di mahkamah dan dibebas dengan jaminan manakala seorang lagi sedang ditahan dan menunggu pertuduhan di mahkamah.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius  terhadap segelintir anggota polis yang terbabit dengan kesalahan tatatertib yang membabitkan penyalahgunaan dadah yang boleh memberi imej negatif kepada masyarakat.
Mohd Bukhori berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota, termasuk pegawainya yang tidak berdisiplin atau terbabit dengan kes jenayah.
Menyentuh berhubung pengurangan kadar jenayah di daerah ini, pihaknya berjaya menyelesaikan jenayah harta benda sebanyak 11 kes tahun ini berbanding 10 kes tahun lalu.
"Kami turut berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah dan curi tahun ini berbanding satu kes tahun lepas. Begitu juga enam kes curi yang berjaya  diselesaikan berbanding lima kes dalam tempoh sama," tambahnya.
Jelasnya secara keseluruhannya jumlah indeks jenayah yang dapat diselesaikan meningkat sebanyak 14 kes  pada 2012 berbanding 13 kes tahun lalu.
Katanya kes pecah rumah yang berlaku di daerah ini adalah rendah dan kebiasaannya berlaku pada musim cuti sekolah dan perayaan selepas orang ramai meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads